Buat Duit di Internet - Siapa Kata Tipu?
June 9th 2008
Salam semua.
Hari ni aku nak cerita buat duit di internet pula, selepas beberapa hari yang lalu kita merasai tekanan dan kesusahan kerana kenaikan harga minyak sebanyak 40%…
Kita abaikan sebentar, hal itu adalah realiti yang kita terpaksa hadapi kini. Ya! kita kena hadapi dan sedar, zaman harga makanan murah sudah berlalu… Mungkin lepas ni kita terpaksa melalui zaman makan sayuran yang terpaksa ditanam sendiri dibelakang rumah, atau pun di tepi-tepi rumah bagi menjimatkan duit…
Kat umah aku dah start bercucuk tanam, sekurang-kurangnya jimat duit belanja dapur…
Harga barang semua dah naik, bahasa mudahnya inflasi. Takkan masih nak duduk diam? Kita kena buat sesuatu, kalau nak harapkan bantuan kerajaan sampai bila? Semuanya nak subsidi, sebab itu kita lemah… Jang marah aa, ini kenyataan.
Salah satu cara untuk cari duit poket lebih adalah dengan Internet… Kenapa internet? Sebab melalui internet terlalu banyak cara untuk menjana pendapatan, seperti affiliate, Adsense, Clickbank, PPC (pay per click) dan sebagainya… Tentang itu aku tak mahu cerita lebih, korang kena usaha dan cari sendiri. Aku cuma bagi idea dan jalan…
Baru-baru ni aku memenangi pertandingan Comment Master Duo yang dianjurkan blog earncent, hadiah yang aku dapat walaupun tak banyak sekurang-kurangnya membuktikan internet memang boleh buat duit. yang membezakannya adalah bagaimana kita melakukannya…
Ini dia bukti pembayaran yang dilakukan oleh admin earncent:
Aku bersyukur, 5 dolar ditukar kepada nilai matawang Malaysia adalah dalam RM15…
insyaAllah lain kali aku cerita kisah buat duit internet lagi ye…


















