Panduan Menghadiri Temuduga
Published February 9th, 2010 in jabatan pendaftaran negara, Jabatan Kerajaan, Informasi
Salam semua, semoga semuanya berada di dalam keadaan sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda semua yang masih tercari-cari pekerjaan, dan juga kepada mereka-mereka yang bakal menghadapi temuduga untuk mendapatkan pekerjaan baru atau pun untuk kenaikan pangkat.Apa yang pasti, setiap daripada kita pasti akan merasai pengalaman ditemuduga sepanjang hidup kita tidak kira sama ada untuk tujuan kerja, atau pun ditemuduga oleh bakal keluarga mertua.
Sudah pasti, sebelum temuduga kita perlu membuat persiapan secukupnya supaya kita dapat menghadapi temuduga dengan lebih tenang, dan mudah untuk menjawab sebarang soalan daripada panel penemuduga.
Sebelum saya meneruskan perkongsian ini, kita harus tahu apa itu Temu duga?:
Temu duga adalah satu sesi penilaian oleh panel temu duga untuk memilih calon terbaik bagi tujuan lantikan ke sesesuatu jawatan atau kenaikan pangkat.
Oleh kerana temu duga adalah satu kaedah penilaian, calon hendaklah membuat persiapan sewajarnya untuk meyakinkan panel penemu duga bahawa mereka adalah calon yang paling layak. Aspek yang perlu diberi penekanan adalah seperti berikut:
- Sahsiah diri
- Kelayakan
- Pengetahuan am dan hal ehwal Jabatan/Syarikat
- Pengalaman kerja
- Kebolehan memimpin
- Bidang tugas
- Kebolehan berkomunikasi dengan baik
- Kesesuaian untuk menjawat sesuatu jawatan atau jawatan yang lebih tinggi
Persediaan Sebelum Menghadiri Temu Duga
Kekemasan untuk Lelaki:
- Bertali leher dengan warna dan corak yang sesuai.
- Baju berlengan panjang dan berwarna lembut. Contoh: warna putih, atau biru muda.
- Berseluar gelap dan memakai tali pinggang yang sesuai.
- Berkasut kulit serta memakai stoking berwarna gelap.
- Memakai tanda nama/name tag. (Bonus lebih sikit kalau pakai ni)
Kekemasan unutuk Wanita:
- Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata.
- Menggunakan make-up yang sesuai dan tidak berlebihan.
- Berkasut bertutup penuh (court shoes).
- Memakai tanda nama.
Ketrampilan:
- Bermabut pendek dan kemas (untuk lelaki).
- Jika bermisai, berjambang atau berjanggut hendaklah didandan kemas. (untuk lelaki)
- Pastika kebersihan dan kekemasan diri,
Baiklah, cukup untuk hari ini perkongsian saya. Nantikan panduan seterusnya yang akan saya kongsikan pada hari-hari berikutnya. Jika anda tidak mahu terlepas panduan dan tips menghadiri berikutnya, jangan lupa untuk mendaftarkan emel anda di sebelah kiri supaya anda mendapat update serta merta nanti.
Tajuk-tajuk panduan berikutnya adalah,
- Persediaan minda
- Persiapan dokumen
- Pada Hari Temu duga
- Semasa Temu duga
- Do’s and Don’t(apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan)
Salam

Janggut aku panjang tak jadi masalah pun.
siap boleh sikat lagi tu.hehehe…….
aku pernah datang temuduga.sekali kena halau
mengalahkan harimau belang.kebetulan pula.
tahun baru cina tahun rimau..
[reply this comment]
admin reply on February 10, 2010:
Tak pernah aku terfikir orang datang temuduga kena halau… Ko datang pakai skirt ke apa?
hahah