Emas untuk sebuku roti?
Published January 2nd, 2010 in emas, Informasi, IslamSalam semua, semoga semuanya sihat selalu. Hari ini saya ingin kongsikan sesuatu yang mungkin anda belum tahu, dan jika anda tahu pun belum tentu anda ambil berat mengenai masalah ini. Mungkin isunya nampak mudah, tetapi jika kita biarkan begitu sahaja suatu hari nanti mungkin membuatkan anda semua terfikir termasuk juga dengan saya. Keadaan negara kita yang aman, dan selesa ini mungkin membuatkan rakyatnya malas atau liat untuk berfikir mengenai masa hadapan negaranya yang barangkali akan menerima nasib yang sama seperti sebuah negara di Afrika iaitu Zimbabwe. Mari kita lihat apa yang saya maksudkan…
Duit di negara mereka sudah tiada nilai lagi, sedangkan suatu ketika dahulu ketika mula-mula diperkenalkan dolar Zimbabwe mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dolar Amerika iaitu ZWD 1 = USD 1.47. Kesian betul dengan nasib rakyat Zimbabwe ni. Nak beli sebuku roti perlu mencari emas seberat 0.1 gram! Jika diikutkan dengan nilai emas sekarang, bersamaan RM13.20 untuk sebuku roti… Sudahlah nak cari emas susah, sepanjang hari cari pun baru dapat beberapa gram? Kalau yang muda tu bolehlah membanting tulang empat kerat mereka, yang dah tua tu macam mana? Dah tentu mati kelaparan dibuatnya…
Selepas saya menonton video ini membuatkan saya berfikir, dan mungkin anda juga memikirkan perkara yang sama. Jika kita menyimpan RM10,000 tunai dirumah kita selama 10 tahun, adakah nilai wang tersebut semakin menurun atau meningkat? Jawapannya nilai wang tersebut semakin menyusut nilainya akibat daripada inflasi dan kesan kegawatan ekonomi yang berlaku selang 10 tahun, berbeza sekiranya kita menyimpan emas yang bernilai RM10,000 di dalam rumah kita. Selepas 10 tahun pastinya nilai emas tersebut semakin bertambah.
Baiklah, izinkan saya membuat sedikit analisis bagi menunjukkan nilai emas ini menokok sepanjang tahun bahkan melebihi dividen yang diberikan oleh ASB atau mana-mana pun amanah saham di Malaysia.
Saya mengambil contoh Syiling Kijang Emas yang di keluarkan oleh Bank Negara Malaysia(BNM). Kijang Emas mempunyai tiga jenis, iaitu dengan berat 1 oz, 1/2 oz, dan 1/4 oz di mana 1 oz bersamaan dengan 31 gram. Dalam kiraan ini saya mengambil contoh syiling Kijang Emas seberat 1 oz.
Pada 31/12/2008 harga Syiling Kijang Emas untuk berat 1 oz adalah RM3200.00.
Pada 31/12/2009 harga Syiling Kijang Emas untuk berat 1 oz adalah RM3902.00.
Kijang Emas 1 oz = RM3902-RM3200 = RM702
Peningkatan sebanyak 21.9%!
Sedangkan, dividen ASB untuk tempoh tersebut hanyalah sebanyak 8.55% sahaja. Jika pada 31/12/2008 tersebut anda menyimpan nilai emas yang bernilai RM10,000, maka hari ini andalah orang yang paling gembira kerana berjaya mengaut keuntungan sebanyak RM2190.00 jika diambil kira daripada nilai emas pada tarikh yang nyatakan di atas.
Tapi harus diingat, “pelaburan” emas ini adalah pelaburan jangka masa panjang. Biasanya perlukan 3 tahun ke atas baru kita nampak hasilnya, jika anda nak cepat kaya menyimpan emas tidak sesuai untuk anda…
Sampai di sini sahaja perkongsian saya, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut selok-belok “pelaburan” emas ini boleh dapatkannya di sini rahsiaemas.com
Jika anda ada pengalaman menarik mengenai emas, boleh kongsikannya di sini.
Salam…








Nampaknya pelaburan emas lebih menguntungkan daripada simpan wang dirumah
Mesti kerja lebih kemudian ikut pelaburan emas ni…
[reply this comment]
admin reply on January 3, 2010:
Yup, emas dan perak sudah diiktiraf selama beribu2 tahun sebagai logam paling mahal di dunia. Sangat berbaloi, berbanding simpan duit di bank.
insaf. bersyukur kita di bumi malaysia, walau brg naik tiap2 tahun, boleh gak makan.
[reply this comment]
admin reply on January 3, 2010:
Baguslah macam tu, ramai orang kat Malaysia ni yang tak pandai bersyukur. Sebab tu cuma tau nak salahkan orang lain je.
salam..info yg baik dn menarik..
minta izin copy n share di fb saya..
[reply this comment]