Lagu semangat untuk semua atlit Malaysia di Laos
Published December 16th, 2009 in Isu semasaSalam semua, bersempena dengan sukan SEA ke-25 kali ni saya ingin menujukan lagu Standing In The Eyes of The World nyanyian Ella untuk semua atlit Malaysia yang sedang berjuang di Laos. Supaya dengan lagu ini, dapat menaikkan lagi semangat mereka di sana. Kalau boleh mari kita nyanyikan bersama-sama…
Selain itu, pingat emas yang kita nantikan iaitu daripada sukan bola sepak bakal kita ketahui pada hari esok. Diharapkan pemain-pemain bola sepak kita dapat memberikan persembahan yang terbaik di sana. Ini kerana sudah 20 tahun kita gagal untuk memperolehi pingat emas daripada sukan bola sepak, berbanding sukan yang lain yang sering menyumbangkan pingat setiap kali temasya diadakan tidak kira warna apa pun.
Apa yang pasti, kita tetap mempunyai peluang untuk menang, kerana pemain yang ada di dalam pasukan ini mempunyai banyak pengalaman perlawanan antarabangsa termasuk perlawan menentang Manchester United pada pertengahan tahun ini.
Cuma apa yang saya lihat kekurangan yang ditunjukkan ketika menentang Laos tempoh hari adalah, kurangnya percubaan jarak jauh ke arah pintu gol lawan, hantaran pendek yang kurang lancar, dan hilang punca ketika mengawal bola. Diharapkan mereka lebih tenang ketika menentang Vietnam nanti, tiada apa yang perlu ditakutkan ketika menentang pasukan Vietnam nanti kerana mereka juga manusia seperti kita.
Wassalam.

semoga pasukan bola sepak dapat membawa balik pingat emas tu. go malysia go!!!!!
[reply this comment]
Bola sepak lagi.harap bolehlah bawa balik emas.aku sentiasa doa pasukan bola sepak Malaysia boleh menang.
[reply this comment]
Akhirnya selepas 20 tahun! Apa lagi, lepas ni jadi Dato’ K. Rajagopal lah jawabnya.
[reply this comment]
yeahh…. lepas nie tunggu SUKAN SEA kat indon 2011
[reply this comment]
admin reply on December 19, 2009:
Ramai juga pemain yang ada sekarang akan main lagi untuk 2011.
Aku sangat suka permainan mereka petang tu, sangat menyakinkan dan tersusun mengikut arahan yang diberikan jurulatih. Mungkin pemain kali ini, lebih bijak berfikir berbanding dengan pemain sebelum mereka. 
nice blog you sharing with us.keep it up man..
[reply this comment]
admin reply on December 19, 2009:
Thank you.