Mas kahwin Rm300.00 bukan satu bebanan
Published December 14th, 2009 in Informasi, Isu semasa, Islam
Salam semua, sebelum saya memberikan pendapat saya mengenai mas kahwin di Selangor yang naik mendadak sehingga Rm300.00, saya ingin mengucapkan tahniah kepada skuad bawah 23 bola sepak negara yang berjaya memasuki pertandingan akhir untuk merebut pingat emas Sukan SEA di Laos. Sedikit nasihat daripada saya, jangan diteruskan persembahan seperti tadi ketika bertemu dengan Vietnam, jika tidak kita akan menjadi pasukan belasahan di perlawanan akhir nanti.
Berbalik kepada soal mas kahwin di Selangor yang naik sehingga Rm300.00, bagi saya ianya bukanlah satu beban. Saya berasa malu dengan sesetengah lelaki yang merasakan kenaikan ini sesuatu yang sangat membebankan sehingga boleh merencatkan perancangan mereka untuk berkahwin. Sehinggakan ada yang mengatakan, nanti ramai anak dara tua jika Mas kahwin dinaikkan.
Saya ingin tanyakan sekali lagi, adakah nilai Rm300 terlalu tinggi untuk anda? Bagi saya sendiri nilai tersebut memanglah agak tinggi, namun iannya tidaklah membebankan. Bayangkan, duit Mas kahwin tersebut bukannya hendak diberikan kepada orang lain tetapi diberikan kepada bakal isteri kita sendirikan?
Pelik juga orang kita ni, benda kecik macam ni pun nak riuh sekampung. Rokok sekotak yang berharga Rm8 sanggup dibeli setiap hari, tetapi untuk membayar mas kahwin Rm300 cukup liat. Jika dihitung, sekiranya kita menyimpan Rm25 setiap bulan selama 12 bulan kita sudah memperolehi nilai Rm300 untuk dibuat mas kahwin. Bukankah setiap perkahwinan itu sudah dirancang? Ini berbalik kepada diri sendiri, bagaimana kita menguruskan wang masing-masing.
Itu sekiranya menyimpan Rm300 untuk setahun, bagaimana pula sekiranya kita menyimpan untuk 2 tahun? Kita hanya perlu menyimpan Rm12.50 setiap bulan untuk 2 tahun… Kata orang tua, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Maka rakan-rakan, dan adik-adik diluar sana belajarlah menyimpan dari sekarang supaya tak susah satu hari nanti.
Pokok pangkalnya diri sendiri, dan bagi saya biar apa pun nilai mas kahwin bukanlah satu bebanan bahkan ia adalah satu tanggungjawab yang perlu kita penuhi. Apa yang menjadi masalah adalah nilai hantaran yang terlalu tinggi ketika ini, dan bukannya berapa yang perlu dibayar untuk mas kahwin. Setujukah?
Salam…

Duit rokok sebulan memcecah RM300 sebulan boleh pula.mas kahwin
nak riuh sekampung.
[reply this comment]
admin reply on December 15, 2009:
Tu yang buat panas tu… Rokok sebulan Rm300 rileks je.
Biasa lah, apa saja kos yg naik, org akan bising. Kos rokok lagi mahal, tp org beli juga. Nasib baik aku x merokok. hehe
[reply this comment]
admin reply on December 15, 2009:
Aku bukannya apa, panas pula semalam dengar Hot FM Jam ada juga lelaki yang bangkang melampau-lampau buat malu kaum lelaki je. Bongok betul.
tahnye…300 bukannya banyak….ape sgt boleh buat dgn 3ratus…beli sport rim boleh…rokok boleh…kalau bercinta setahun, dahberiban abis duit buat awek…nak bg mas kawin kec0h…..
[reply this comment]
admin reply on December 16, 2009:
Er… Betullah tu. Ntah papekan?
hantaran tu mahal, mas kawen takat 300 ratus kecik punya hal. ini tidak nak kawen pompuan ade SPM nak jugak 10k
[reply this comment]
admin reply on January 3, 2010:
Jaga standard kot, tak pon nak bersaing siapa hantaran paling tinggi.
betul tu apalah ada pada 300 ringgit tu kalau simpan sehari 50 sen pun 20 bln dah ada 300..rem sport tu lg mahal he he he.
nak bg kat isteri kira ok lah tu.
[reply this comment]
admin reply on January 11, 2010:
Betullah tu.
he2 kompius2 mas kahwin lain duit hantaran lain kan2? sebb ari tu mase kat masjid ade di announce kan wanghantaran tu mas kahwinnyer la betul ke? i mean wanghantaran dah tade dijadikan maskahwin cam tu ke? erkk….
[reply this comment]
admin reply on February 10, 2010:
Macam ni la, kalau mas kahwin rm300.00. Lepas tu hantaran pula rm10,000 maka akan disebut sekali iaitu rm10,300 sebagai wang hantaran… Kalau tak silap la…