Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Fenomena Nur Kasih

Salam semua, Selamat Hari Raya Haji saya ucapkan. Hari ini rasanya tak banyak aktiviti boleh dibuat, kerana kebanyakan tempat seperti di tempat saya ni, majlis menyembelih haiwan qurban diadakan esok hari kerana hari ni terlalu singkat disebabkan selepas itu solat Jumaat pula.

Malam ni, drama kegemaran rakyat Malaysia Nur Kasih akan melabuhkan tirainya. Terus terang saya hanya pernah menonton drama ni sebanyak dua atau tiga kali sahaja, itu pun tidak menonton episod penuh. Ini kerana saya jarang dapat menonton televisyen kerana pulang lewat selepas bekerja, selain keletihan lepas balik daripada kerja.

Apa yang saya tahu, cerita ini mengenai sebuah keluarga Islam yang mempunyai konflik cinta tiga segi antara adik dan abang jika saya salah sila betulkan. Agaknya, apa yang membuatkan drama ini sangat diminati rakyat Malaysia sehinggakan pihak tv3 sendiri berani meramalkan bahawa episod terakhir malam ini akan ditonton oleh 5 juta orang penonton seluruh Malaysia? InsyaAllah saya sendiri akan menonton malam ni, sebab ingin tahu apa kesudahannya dengan nasib watak Sarah yang dilakonkan Ummi Nazeera, yang menjadi batu api dalam drama bersiri ni. Memang sakit hati dengan watak Sarah, harap-harap malam ni biarlah dia betul-betul terkena. :)

Siapa boleh teka, apa jadi dengan episod malam ni? :D

5 juta dijangka tonton episod akhir Nur Kasih

KUALA LUMPUR 26 Nov. - Dianggarkan lima juta orang akan menonton episod terakhir drama bersiri Nur Kasih malam esok. Drama bersiri yang mencetus fenomena baru di kalangan penonton televisyen di negara ini akan menutup tirai selepas disiarkan sebanyak 26 episod sejak 29 Mei lalu.

Ketika ditayangkan minggu lepas, Nur Kasih mencatat jumlah penonton paling tinggi dalam sejarah iaitu 3.9 juta penonton,

Rating yang dicatatkan itu sekali gus meletakkan Nur Kasih sebagai drama bersiri paling popular dan paling ramai ditonton ketika ini.

Menerusi kajian yang dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research, sebanyak 3.9 juta penonton mewakili 53.9 peratus penonton televisyen di Malaysia memilih untuk menonton Nur Kasih setiap kali ia ditayangkan pada hari Jumaat pukul 9 malam.

Nur Kasih juga mencatat rekod tersendiri apabila ia turut diulang siarannya tanpa iklan dengan jumlah penonton mencecah dua juta setiap kali ditayangkan pada pukul 7.30 malam setiap hari Selasa hingga Jumaat.

Drama arahan Khabir Bhatia itu mendapat sambutan luar biasa kerana penghasilan skrip, jalan cerita selain teknik sinematografi yang cukup kreatif.

Menurut Pengurus Besar Jenama TV3, Nurul Abu Bakar, faktor utama yang mendorong kepada kejayaan Nur Kasih terletak pada jalan cerita yang menarik serta disokong oleh pelakon dan pengarah yang hebat.

Sehubungan itu, untuk episod terakhir malam esok, stesen berkenaan menyasarkan jumlah penonton yang lebih tinggi berikutan esok merupakan hari cuti umum Aidiladha.

”Episod terakhir Nur Kasih menjanjikan tayangan yang akan lebih meruntun jiwa dan perasaan penonton dan sekali gus menjawab tanda tanya kisah cinta tiga segi antara Nur dengan Adam dan Aidil,” kata Nurul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Nur Kasih merupakan drama bersiri yang sarat dengan kisah cinta lakonan aktor muda Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ummi Nazeera dan Sharifah Sofia.

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to “Fenomena Nur Kasih”

  1. 1 safar

    aku tak sempat nak tonton.

    [reply this comment]

  2. 2 mantra

    Woo ramainya penonton.
    Saya pun ada tengok 2 ke 3 kali tapi tak follow
    drama ni…

    [reply this comment]

  3. 3 titan

    haha. aku pun tengok gaklast episode tu..

    [reply this comment]

  4. 4 Nur Kasih

    Huhu, macam fenomena mawi pulak

    [reply this comment]

  5. 5 Adney

    Aku pula x pernah tonton pun citer ni.. tpi kat fb kecoh.. hoho

    [reply this comment]

  6. 6 enKHA

    Aku tengok episode 1 dan episod akhir sahaja..hehe :-)

    [reply this comment]

  7. 7 Atiqah Asri

    Fuhh!! Citer nie sangat best bagi saya! Semua episod saya tengok. Mak saya pun sama. Satu saat terlepas pun saya rasa rugi sangat2. Citer nie memang saya bagi gred A !

    [reply this comment]

    admin reply on December 19, 2009:

    Adik belilah DVD Nur Kasih ni, nanti hari-hari boleh tengok. :)

  8. 8 Atiqi Asri

    Saya x tengok 3 atau 4 episod seperti kakak saya Atiqah Asri. Tapi, saya setuju dengan kata-kata kakak saya.

    [reply this comment]

  9. 9 nurnAbilah

    episod last x dramatik lgsg

    [reply this comment]

    admin reply on January 11, 2010:

    Memang dibuat macam tu…

  1. 1 Ilmu Komputer Ui Vs Geodesi Itb :: Computers and Equipment

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin