Kisah Dongeng Yang Menjadi Kenyataan - Mesti baca!
Published September 8th, 2009 in InformasiSalam semua.
Pernahkah kamu mendengar mengenai kisah burung gagak dengan sebuah kendi? Disebabkan kehausan, burung gagak tersebut telah memasukkan batu kecil ke dalam kendi supaya dia dapat minum air dari kendi tersebut. Pernah dengar? Kalau belum boleh baca kisah dongeng tersebut di bawah:
Pada suatu musim yang sangat kering, dimana saat itu burung-burungpun sangat sulit mendapatkan sedikit air untuk diminum, seekor burung gagak menemukan sebuah kendi yang berisikan sedikit air. Tetapi kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang tinggi dengan leher kendi sempit. Bagaimanapun burung gagak tersebut berusaha untuk mencoba meminum air yang berada dalam kendi, dia tetap tidak dapat mencapainya. Burung gagak tersebut hampir merasa putus asa dan merasa akan meninggal karena kehausan.
Kemudian tiba-tiba sebuah ide muncul dalam benaknya. Dia lalu mengambil kerikil yang ada di samping kendi, kemudian menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung gagak itu memasukkan kerikil ke dalam kendi, permukaan air dalam kendipun berangsur-angsur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat di capai oleh sang burung Gagak.
Sumber: ceritakecil
Tahukah kamu bahawa, di negara barat mereka telah melakukan kajian terhadap burung gagak berdasarkan kisah dongeng tersebut? Jika tidak percaya, sila hayati video di bawah.
Persoalannya sekarang, adakah kisah itu hanyalah kisah rekaan semata-mata atau ianya benar-benar pernah berlaku ratusan atau ribuan tahun dahulu? Jika benar, ini membuktikan tamadun kita sekarang ini jauh ketinggalan berbanding tamadun yang pernah hidup suatu ketika dahulu? Kerana banyak lagi kisah-kisah “dongeng” yang tak masuk akal sering diceritakan ketika kita kecil, yang mungkin kisah-kisah tersebut adalah kisah benar yang pernah berlaku satu ketika dahulu.
Walau apa pun sila ikuti pendedahan seterusnya…
Sekali Percubaan Sahaja!
Kajian telah dilakukan ke atas seekor burung gagak, di mana sebuah bakul kecil yang diisi dengan ulat telah diletakkan di dalam sebuah tube silinder. Manakala di sebelah tube tersebut telah diletakkan sebatang dawai lurus… Untuk pengetahuan kamu, burung tersebut pertama kali melihat objek-objek tersebut. Dan tanpa gagal, burung tersebut telah membengkokkan dawai besi tadi supaya dapat mencangkuk bakul kecil yang mengandungi ulat-ulat tadi.
Tidak seperti haiwan-haiwan lain, yang kebiasaannya melakukan “try and error” sebelum berjaya melakukan sesuatu perkara. Burung gagak tersebut berjaya melakukannya tanpa tunjuk ajar daripada burung-burung lain, ini menunjukkan tahap kebijaksaan burung ini yang tinggi!
Perhatikan bagaimana burung gagak ini membengkokkan dawai tersebut, dan berjaya mengeluarkan bakul kecil tersebut.




Sumber: dailymail
Semoga bermanfaat, salam…
8 Responses to “Kisah Dongeng Yang Menjadi Kenyataan - Mesti baca!”
- 1 Trackback on Sep 8th, 2009 at 9:22 pm

kira bijak juga tu.
[reply this comment]
admin reply on September 9, 2009:
Sangat bijak la, otak burung ni kecik je… DEngan sekali percubaan pula tu, padahal takde sesiapa yang ajar pun…
erk..apa motif burung tu wat camtu ek..
[reply this comment]
admin reply on September 16, 2009:
Cuma nak tunjuk burung tu boleh berfikir, walau pun kita anggap burung takde otak…
cerita dongeng orang melayu kira ada betulnya.
bukan main reka.mungkin perlu jadi seperti
golongan yang menguasai ilmu dan terus mengkaji.
[reply this comment]
kat mane awk jumpa burung tu. logik jugak awk ckp.
[reply this comment]
admin reply on December 30, 2009:
Refer kat Sumber yang saya letak kat atas tu.