Seronoknya Layan eBay!

Salam semua, apa khabar?

Maaf sekiranya aku jarang update blog ni dengan info-info atau knowledge terbaru, ketika ini aku agak sibuk dengan pelbagai perkara. Namun dalam kesibukan itu, aku sudah mula berjinak-jinak dengan eBay. :) Seronok juga berniaga di eBay ni. Walaupun belum ada jualan daripada list yang aku senaraikan, tapi aku yakin dengan izin Allah dalam tempoh 24 jam ni pasti ada yang terjual kerana ada beberapa barang yang aku listkan sudah di “bid”. Yeyy! Kalau aku boleh, korang pun boleh juga!

Buat masa ni kita tunggu dan lihat, mungkin jika aku berjaya dengan eBay nanti. Aku akan ceritakan kisah penglibatan aku di eBay di blog ini. Jika korang berminat, korang pun boleh cuba nanti.

Setakat ni, apa yang aku belajar sebelum berniaga di ebay adalah.

  1. Minat mesti ada.
  2. Ilmu mesti ada.
  3. Modal mesti ada. <Rm500.00 untuk modal pusingan. (Ini bergantung kepada individu la)
  4. Mesti ada akaun Paypal.
  5. Tidak mudah putus asa.
  6. Sanggup berjaga malam sampai pukul 2-3 pagi. :P (bergantung juga la)
  7. Usaha.
  8. dan Tawakal.

Kalau ada nak tambah boleh…

Okaylah, nantikan post seterusnya sama ada aku berjaya membuat jualan pertama daripada ebay atau tidak?

Salam…

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Seronoknya Layan eBay!”

  1. 1 abrablog

    hoho..tahniah sebab sanggup cuba ebay. :)

    [reply this comment]

    admin reply on July 7, 2009:

    Kita kenalah mencuba betul tak? Macam edisi siasat ko tu… heheh :) Aku tau takde benda yang senang, sebab tu aku nak mencuba dulu. “On job training” kata orang, jangan kata asyik belajar je. kenalah lakukan tindakan dulu. :D

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin