Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Michael Jackson Mania

Salam semua.

Lama juga aku tak update blog ni, maaflah sibuk dengan macam-macam hal… Rasanya semua orang dah tahu tentang kematian Jacko atau pun Michael Jackson, atau nama Islamnya Mikaeel. Berita kematian Mikaeel aku dengar awal pagi Jumaat ketika dalam perjalanan ke tempat kerja melalui siaran radio Hot FM. Terkejut juga aku pagi tu, sebabnya beberapa hari sebelum itu aku ada terbaca artikel mengenai Mikaeel yang akan menjalani pembedahan jantung dalam masa terdekat ini. Selain tu, dikhabarkan juga Mikaeel sangat takut untuk mati muda, sehinggakan ketika tidur pun Mikaeel menggunakan balang oxigen.

Tetapi, ketentuan Allah tiada siapa yang dapat mengubahnya. Micheal Jackson telah meninggalkan kita semua pada usia 50 tahun. Alhamdullillah, walaupun cara hidupnya yang begitu sebelum ini Mikaeel telah mendapat hidayah Allah untuk memeluk agama Islam. Sedangkan, ada orang yang kononnya warak pun mati dalam keadaan yang mengaibkan. Subhanallah…Ketika hidupnya, Mikaeel berjaya menempa pelbagai kejayaan yang mungkin tidak dapat ditandingi oleh orang lain dalam satu jangka masa yang lama. Dalam meraih kejayaan, ada juga kisah duka yang menimpa Mikaeel. Seperti kes mencabul kanak-kanak, kes saman, dan juga masalah peribadinya sendiri. Jika ketika hidupnya, Mikaeel terpaksa berhutang sehingga Rm 1,ooo,ooo,ooo. Mungkin selepas kematiannya, apa yang ditinggalkannya dapat menampung hutang-hutang tersebut. Dan mungkin kekayaannya akan bertambah selepas kematiannya, seperti yang terjadi kepada Elvis Presley, Kurt Cobain, dan beberapa orang lagi selebriti.

Dan, akhir sekali apa pula yang aku maksudkan dengan Micheal Jackson Mania? :) Maksud aku adalah, sekarang semua orang nak dengar lagu Mikaeel. Termasuk aku juga la tu. Selain tu baru kejap tadi aku lalu kedai barangan elektronik dan juga kedai CD kat JJ Bukit Tinggi ni. Aku ingatkan ada apa orang berkumpul ramai-ramai, rupanya-rupanya menonton konsert “percuma” Micheal Jackson yang dipasang pemilik kedai tersebut. :D

Pandai owner kedai tu tarik “customer”, ambil kesempatan yang datang seumur hidup sekali…

Salam.

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Michael Jackson Mania”

  1. 1 alone

    setiap yang datang akan pergi jua. semoga Allah merahmati rohnya.

    tapi x dinafikan, lagu dia memang best! a paling minat smooth criminal dan beat it.

    [reply this comment]

    admin reply on June 30, 2009:

    Saya pun sangat suka kedua-dua lagu tu, termasuk juga lagu black and white.

  2. 2 titan

    em..aku tak bape kenal dia. Tapi aku yakin dia lagi tak kenal aku. Hehe..

    [reply this comment]

    admin reply on July 4, 2009:

    Sebab ko tak minat dia… :)

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin