Ramadhan Bakal Datang Lagi InsyaAllah

Salam semua.

InsyaAllah bulan 8 ni, ramadhan datang lagi. Aku tak sabar nak puasa untuk tahun ni, ye la nak merasa puasa di tempat kerja baru. Selain tu, nak kurangkan berat badan. :) Aku rasa tak terlalu awal untuk menulis berkenaan bulan puasakan?

Jika diikutkan, ramai yang dah mula cari niat puasa, dan niat berbuka untuk bulan ramadhankan? Aku tau la, sebab tiap-tiap hari ada orang masuk blog aku cari niat puasa bulan ramadhan. :) Seingat aku, tahun lepas aku takde ponteng puasa… So, tak payah gantilah…

InsyaAllah nanti aku nak buat puasa sunat, untuk latihan perut aku sebelum menempuh bulan ramadhan yang pastinya banyak ujian dalam bulan tersebut. Terutamanya dengan cuaca panas yang lebih hangat daripada biasa, dan dugaan bazaar-bazaar Ramadhan yang akan membuatkan nafsu makan aku memberontak kerana rambang mata melihat lauk pauk yang enak-enak belaka. :D

Okaylah, korang yang “terlupa” niat puasa tu boleh dapatkan di post aku yang sebelum ni berkenaan niat puasa ye. ;)

Sambil-sambil tu boleh layan Upin dan Ipin ni.

Salam.

Related Posts with Thumbnails

0 Responses to “Ramadhan Bakal Datang Lagi InsyaAllah”

  1. No Comments

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin