KFC Bohong!
Published June 9th, 2009 in Informasi, Isu semasaSalam semua, semoga semua sihat selalu.
Dah cuba ayam goreng KFC perisa baharu yang dikatakan pedas sehingga menitiskan air mata tu? Aku rasa mereka tak cakap serupa bikinlah, iklan merata-merata tak kira TV mahu pun radio. Mereka berani cakap, ayam goreng “Spicy” mereka tu lebih pedas daripada yang sebelum ini.
Tapi segala-galanya indah kabar dari rupa, aku cukup kecewa bila sudah merasai ayam gorengĀ tersebut. Bagi akulah, jauh panggang dari api apa yang diiklankan di TV atau radio. Aku tak tau, bahagian mana yang pedas tu. Langsung tak pedaslah, sama saja macam aku makan “original”.
Mula-mula aku makan ayam KFC “spicy” tu di restoran KFC berhampiran tempat aku, memang tak pedas. Tapi aku fikir positif la, aku anggap mungkin lidah aku yang tak berapa nak selera makan KFC semalam. Tapi, bila aku makan lagi KFC “spicy” baru tu kat kawasan tempat kerja aku hari ni sama saja rasanya. Hampeh! Poyo la. Wahai KFC, bahagian mana yang pedas tu?
Apa yang aku nampak, serbuk cili yang ditaburkan di atas ketulan ayam goreng tu. Dah la taburan tu tak rata, sikit pula tu. Kecewa! Kecewa!
Lepas ni tak mahu aku makan ayam goreng KFC lagi kalau berterusan macam ni, cakap tak serupa bikin. Aku takkan puas hati, selagi aku tak dapat rasa ayam goreng KFC sebenar yang dikatakan “pedas” tu! Mungkin korang anggap benda ni remeh, tetapi aku sebagai pelanggan ada hak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati aku! Mungkin esok aku akan tulis borang komplen di restoran KFC tu…
Ayam Goreng McD vs Ayam Goreng KFC?
Ayam Goreng McD lagi sedap dan pedas! KFC? poyo!
p/s: Aku cuba untuk mencari kandungan ayam goreng “spicy” KFC ni, tapi tak dapat apa-apa maklumat sebab mereka tengah upgrade website. em…
p/p/s: Sori ayat tunggang langgang, aku nak cepat ni kat CC.
Salam.









hohoh semangat p CC semata2 nak cerita pasal KFC…
[reply this comment]
admin reply on June 10, 2009:
Bengang siot… Ko tengok iklan diorang macam mane? Cakap tak serupa bikin!
McD punya lagi sedap…
Karang kalau pedas sgt susah..
kena ko minum air ujan..
huhuhuhuh
[reply this comment]
admin reply on June 10, 2009:
Hahah
tak mungkin, aku makan sambal macam makan nasi la… Sampai kadang-kadang perut senak or cirit-birit.
nak buat macam mana, dah faveret aku makan benda pedas-pedas.
tak pedas eh? aku tak rasa lagi la. ni nak kena try baru leh mengiyakan kebenaran kata2 ko ni.
tapi aku mengiyakan kata2 ko pasal ayam McD tu. aku rasa ayam McD lebih pedas dan sedap la. disebabkan kesedepannya itu la tiap kali aku ke McD akan kecewa, sbb cashier kata ayam dah abis. aku tak suka makan burger. kolestrol tinggi…
cewahh…kolestrol tinggi kunun, ayam pun sama je
haha…
[reply this comment]
admin reply on June 10, 2009:
McD mana tu? Teruk betul servis diorang.
Ko rasa la, kalau ko cakap KFC yang ko makan tu pedas aku nak cuba!
mmg x pedas pun…nak je aku sound diorang tu balik !
[reply this comment]
admin reply on June 17, 2009:
KFC penipu! Takde ke orang KFC singgah sini? Hahah saja nak bagi diorang panas… Berbulu je dengar iklan diorang kat radio Hot FM hari-hari… hampeh!
tipu tu takdelah. tapi memang kita dah tau. iklan tu takkan sama dengan feel sebenar nanti. Haha..kat tv pun, iklan beger besar gedabak. Bila kita beli, kecik aje..
aku dah rasa yang baru tu. Tak sedap. Aku lagi prefer ayam yg spicy lama tu. Lagi sedap banding yg baru nih..
[reply this comment]
admin reply on June 22, 2009:
Betul tu, ayam spicy yang lama tu lagi sedap.