Demam Denggi vs H1N1(Selesema Babi)
Published May 15th, 2009 in Informasi, Isu semasa, IslamSalam semua.
Hari ni ada sesuatu yang ingin kongsikan, atau bincangkan dengan anda semua. Antara dua penyakit ini, iaitu Demam Denggi dan selesema Babi yang mana lebih anda takuti? Untuk pengetahuan anda semua, di negara kita Demam Denggi merupakan penyumbang utama kematian berbanding dengan Influenza A (H1N1) atau selesema babi ni. Dan yang paling penting, belum ada selesema babi ini dilaporkan positif di negara kita,
Syukur, alhamdulillah. Mengikutkan senarai negara yang telah dijangkiti oleh H1N1 ni, belum ada sebuah pun negara Islam yang dilaporkan mempunyai penyakit ini. Ajaibkan? Allah nak tunjuk kepada kita agaknya, mengapa babi ni diharamkan…
Setakat ini, 34 negara dilaporkan telah dijangkiti oleh H1N1. Maklumat ini adalah setakat hari ini 15 May 2009, antara negara yang terlibat yang belum mempunyai kes kematian adalah Argentina (1), Australia (1), Austria (1), Belgium (1), Brazil (8), China (4), Colombia (10), Cuba (3), Denmark (1), El Salvador (4), Finland (2), France (14), Germany (12), Guatemala (3), Ireland (1), Israel (7), Italy (9), Japan (4), Netherlands (3), New Zealand (7), Norway (2), Panama (40), Poland (1), Portugal (1), Republic of Korea (3), Spain (100), Sweden (2), Switzerland (1), Thailand (2), and the United Kingdom (71). Negara lain yang telah mencatatkan kematian adalah Mexico(2446)(mati 60), Costa Rica(8)(mati 1), Canada(449)(mati 1), dan United States(4298)(mati 3).
.jpg)
Virus H1N1
Berbalik kepada soalan asal saya, antara H1N1 dan Demam Denggi yang mana harus kita lebih takutkan? Hampir setiap minggu kematian dilaporkan disebabkan demam denggi di negara kita, berbanding dengan H1N1 yang bermusim ini.Jadi, jangan fikirkan sangat tentang selesema babi tu. Kita fikirkan cara yang berkesan untuk menghindari daripada dijangkiti demam denggi. Ini kerana, masalah penyakit demam denggi ini adalah masalah nasional yang tak pernah selesai sampai hari ini. Saban hari kita ketakutan sekiranya H1N1 menular ke negara kita, sedangkan penyakit lain yang lebih bahaya berada di depan mata… Bak kata pepatah melayu, “kuman diseberang nampak, gajah di depan mata?”.
Fikir-fikirkan. Salam…
Updated:
Kes pertama selesema babi di Malaysia!
Penumpang MH091 13 Mei diminta hubungi Kementerian Kesihatan

0 Responses to “Demam Denggi vs H1N1(Selesema Babi)”
Please Wait
Leave a Reply