Salam semua.

Korang setuju tak dengan pendapat aku ni? Sekarang kita duduk di Malaysia sentiasa berada dalam ketakutan, bukannya kerana takutkan serangan nuklear daripada Korea Utara, ataupun serangan lanun seperti di perairan Somalia. Tetapi, serangan-serangan daripada dalam negara sendiri, bukannya serangan daripada serpihan daripada kumpulan JI(Jemaah Islamiah), ataupun KMM(kumpulan militan Malaysia). Tetapi yang lebih kejam dan nyata daripada itu semua.

Saban hari, ada sahaja kes bunuh, rogol, samun bersenjata, samun berkumpulan, dan yang paling parah sekarang kes ragut yang berleluasa! Kebanyakan daripada anda mungkin tidak dapat merasai atau memahami masalah ini secara mendalam, mungkin mereka yang pernah merasainya sahaja faham betapa beratnya masalah ini.

Isu ragut wajib dibendung secara besar-besaran, janganlah berlaku lagi seperti kes ini;

RAZALI Ahmad memeluk dua anak tirinya, Puteri Norasikin Salleh dan Mohamad Khairi Ridwan Salleh ketika menunggu di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, semalam untuk menuntut jenazah isterinya, Jamilah Selamat (gambar kecil), yang menjadi mangsa ragut di Taman Mekar Air Hitam, Johor. Jamilah yang hamil dua bulan meninggal dunia selepas koma tiga hari.

 

Aku simpati dengan keluarga ni, dan juga kepada semua warga ragut. Wajah-wajah mangsa ragut ni aku tatap tiap-tiap hari. Sebabnya, mereka semua terpaksa buat kad pengenalan baru bila beg duit mereka dicuri. Mangsa-mangsa ragut ni tak kira usia, dari muda ke tua, dan kebiasaannya mangsa adalah golongan perempuan.

 

Spesis peragut ni adalah haiwan kacukan syaitan yang direjam, kerana mereka memang takda hati dan perasaan! Kalau aku nampak kes ragut macam ni depan mata, memang aku langgar peragut tu sampai mampos!! Aku harap korang pun buat benda yang sama…

 

BILA BERLAKU?

 

Mengikut pengalaman aku yang bertanyakan bagaimana, di mana, dan waktu bila jenayah ini berlaku,  semua mangsa menceritakan detik hitam itu berlaku pada waktu yang berbeza-beza. Ada yang berlaku waktu pagi sekitar jam 10.00 pagi ke 11.30 pagi. Waktu petang sekitar 2.00 petang hingga 4.30 petang, waktu malam tak payah cerita benda tu boleh berlaku bila-bila masa.

 

Yang menariknya, terutama sekali kepada kaum wanita yang kebiasaannya menggunakan beg-beg yang besar-besar tu. Jika korang berjalan dengan balak korang, atau berjalan ramai-ramai dengan member korang, belum tentu korang boleh selamat daripada peragut ni. Kebanyakan kes turut berlaku ketika korang tengah berjalan, tak kira korang berjalan dengan siapa. Selain tu, jika korang memandu kereta atau motosikal silalah berhati-hati. Lihat sekeliling, kalau boleh belilah motosikal skuter boleh simpan beg dalam “body” dia. Tak pun beli “box”, pasang kat motosikal korang. Tak payahlah nak tayang beg korang yang cantik tu, tak pasal-pasal kena ragut, beg melayang. Nasib tak baik, nyawa pun melayang.

 

PENYELESAIAN?

 

Agak-agaknya, apa yang perlu kita lakukan untuk membendung masalah ragut ni? Janganlah nak harapkan polis sahaja, mereka pun banyak kerja lain nak buat. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya bersama-sama cari jalan untuk menyelesaikannya. Bagi aku, sebelum menjadi mangsa, anda sendiri harus pandai mengelakkan perkara ini berlaku, jangan membuatkan diri anda terdedah kepada jenayah ini.

 

Jika berjalan tu, tolonglah berjalan berlawanan dengan arah trafik. Selain tu, janganlah gantung beg korang kat celah ketiak… Cara paling radikal adalah, letakkan beg korang yang mahal-mahal tu, tak kira jenama GUCCI, PRADA, ataupun LV dalam beg plastik merah yang korang dapat bila beli barang kat kedai runcit tu. Dengan cara ini, insyaAllah peragut takkan perasan beg mahal korang tu. Bila samapai tempat yang selamat, bolehlah keluarkan beg tu. Dan plastik merah tu korang boleh simpan, sebab boleh digunakan semula.  Korang jangan tak tahu, peragut pun suka buat koleksi beg tangan. :)

 

Selain itu, barang-barang berharga seperti kad Pengenalan, kad ATM, duit, lesen memandu dan sebagainya jangan diletakkan dalam beg tersebut. Letakkan di tempat lain, biarkan alat-alat “make up” sahaja dalam tu, kalau peragut ambil pun biar dia pakai alat “make up” tersebut.

 

Itu sahaja cadangan saya, kalau ada yang nak tambah silakan…

 

Salam…

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Malaysia dah Tak Aman Macam Dulu”

  1. 1 ohmelayu | melayu boleh

    soal aman atau tak. Itu susah kita nak cakap. Tapi berhati-hatila..

    [reply this comment]

    admin reply on May 9, 2009:

    Maknanya tak aman la tu, kat syurga je aman. :)

  2. 2 Mohd Zaini

    Salam semua,

    Betul tu, aku setuju. Peragut ini sudah dikategorikan sebagai pembunuh. Dua dalam satu.

    Semua orang cari jalan nak mengatasi tetapi masih juga ada peragut berhati iblis berleluasa. Bagi aku baik bawa bom yang guna remote dalam beg. Bila dia dah ragut, tekan saja alat kawalan jauh biar meletup peragut itu :) biar tinggal debu dan jadi pengajaran.

    [reply this comment]

    admin reply on May 9, 2009:

    Bagus juga idea letak bom ko tu, tapi nanti jadi kes lain pula. Kita pula di tuduh jadi pembunuh. Mungkin kita ble letak benda lain, macam serbuk Antrax atau Plutonium biar dia kena radioaktif. Tak pun letak virus kusta dalam tu…

  3. 3 jawatan kosong 2010

    Betul la tu, Malaysia sudah tak macam dulu lagi.. kita harus berbuat sesuatu dari diri kita sendiri… jom !!!

    [reply this comment]

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin