Billionaires 2009
Published March 15th, 2009 in InformasiSalam semua, jika anda jadi billionaire apa yang mula-mula sekali anda ingin lakukan? Jika saya, mula-mula sekali saya nak hantar mak bapa bapa saya pergi umrah atau Haji dulu. Lepas tu, sediakan rumah yang serba lengkap. Tak sepertinya rumah tu besar tau, yang penting selesa.
Kalau ada rumah besar, tapi yang tinggal dua orang je pun tak guna. Membazir tu namanya…
Lepas tu saya nak mengelilingi dunia, kalau boleh nak jadi pelancong angkasa pertama warga Malaysia.
heheh… Selain tu, macam biasalah nak beli rumah yang selesa. Yang paling penting, saya nak beli Lamborghini sebiji, Nissan R35 sebiji, kereta F1 keluaran BMW Sauber Petronas sebiji…
Amal jariah insyaAllah saya tak lupa, kalau boleh nak buat sebuah sekolah agama siap ada hostel, bilik kuliah, surau/masjid, dan segalanya dalam kompleks tu seperti mana yang dilakukan oleh Syed Mokhtar Al-Bukhary. Barulah berkat rezeki tu.Itu adalah impian saya, ikut suka koranglah kalau nak gelak sebab tak mustahil bro… percayalah…Bercerita tentang billionaire, mari kita usha billionaire-billionaire dunia yang dah jatuh “miskin”. Iskh-iskh… Kesian dengan diorang ni, ada ke billionaire jadi miskin? Memang ada pun, tapi apa yang aku nak cerita ni bukannya miskin “bankrupt” tapi miskin dari segi kekayaan mereka yang semakin merosot… So, tak mustahil mereka-mereka ni boleh muflis bahkan lebih miskin daripada aku.
Ramai juga yang guna “keyword” ni masuk ke blog aku, so aku pun bagi la info terbaru mengenai billionaire ni, selamat berinfo.
TRIVIA:
- Tahun lepas ada 1,125 billionaire, tahun ni tinggal 793 orang sahaja.
- Kebanyakan billionaire yang hilang tu berasal dari India dan Russia.
- 18 billionaire dah mati, tapi ada 38 billionaire baru.
- Kekayaan kesemua billionaire adalah $2.4 trilion, berbanding tahun lepas $4 trilion.
- Bill Gate hilang $18 billion, Warren Buffet pula hilang $25 billion.
- Anil Ambani (tokey besi buruk) menerima kesan paling teruk kehilangan kekayaan sebanyak $32 billion.
- New York paling ramai billionaire iaitu 55 orang berbanding Moscow tinggal 27 orang sahaja.
- Kebanyakan billionaire yang baru naik ni, mereka jual benda pelik-pelik seperti Joaquin Guzman Loera yang jual kokain, Wang Chuan Fu penjual kereta elektrik, dan juga John Paul Dejoria yang menjual syampoo… em…
Senarai terkaya di dunia;
1. Bill Gates

2. Warren Buffet

3. Carlos Slim

Senarai penuh di Forbes.
Billionaire Malaysia juga turut berkurangan, jika sebelum ini Syed Mokhtar dan beberapa lagi billionare Islam Malaysia tersenarai tetapi kini nama mereka telah tiada. Boleh refer sini.
Billionaire Malaysia yang tinggal hanyalah 6 orang sahaja, di mana Ananda Krishnan telah menjadi orang paling kaya di Malaysia menewaskan Robert Kuok dengan kekayaan $7 billion.

Segala info dan gambar dalam artikel ini, saya perolehi daripada laman web www.forbes.com. Anda juga boleh memperolehi maklumat lengkap di sana.
Sibuk-sibuk cerita mengenai kekayaan orang lain, aku pun sedang membina kekayaan dengan internet. Walaupun hasilnya belum menampakkan aku seorang jutawan atau “billionaire” tetapi aku tetap puas dengan apa yang aku dapat. Daripada tak dapat apa-apakan?
Ini check terbaruĀ yang aku dapat daripada Nuffnang.

Baiklah, sampai sini sahaja, salam…









kalau aku jadik billionaire…
amiinn..
[reply this comment]
admin reply on March 17, 2009:
InsyaAllah, cuba cipta sesuatu bisnes yang orang lain tak buat lagi, lepas tu monopoli bisnes tu. Jangan bagi peluang orang lain buat.
perghhhh kaya2 la semuanya…. hehe
[reply this comment]
duit yang penting cukup
kalau ada sejuta
tapi
kita beli barang 2 juta
tak elok jugak
nice post nyway
[reply this comment]
knizam - memang sangat kaya, kebanyakan Billionaire ni mereka bisnes monopoli. Tak percaya, cuba baca latar belakang mereka. Termasuklah Ananda krishnan dan Robert kuok…
umar - Betul 3x, ada orang tu gaji rm10k pun dia cakap tak cukup. Agak2nya apalah yang dia buat dengan duit tu? em…
[reply this comment]
nurr reply on February 17, 2010:
aku setuju dgn UMAR, akak ipar aku gaji dekat 10k anak baru sorang. kat mulot dia still gaji tak cukup.. adoi..
tahniah sebab dapat cek nuffnang.
[reply this comment]
wow, congratz dpt cek nuffnang….
[reply this comment]
titan - TQ, ko dapat lagi banyakkan?
jacob - Thanks, bukan senang nak dapat.
[reply this comment]
….. Bukan senang nak jadi billionaire. Millionaire pun aku rasa dah tak cukup jari tangan dan kaki untuk kira RM tu (usd lagi best kan?)…
Tahniah dpt cek nuffnang ..
[reply this comment]
Semoga akan wujud lagi jutawan dari MALAYSIA….
[reply this comment]
samdaddycool - Kalau ada impian nak jadi billionair, kena fikir luar dari kotak fikiran manusia biasa. Kita kena cipta satu bisnes atau satu produk unik yang belum ada dipasaran, tapi kena pastikan benda tu ada permintaanlah…
hazman - Jutawan ramai di Malaysia ni, kalau boleh tambah billionair di Malaysia.
[reply this comment]
tu lah tuhan nak tunjuk, klu tuhan nak tarik balik kejap jek harta kekayaan dunia ni ..sekelip mata jekkk
bilion2 hilang..
[reply this comment]
admin reply on March 28, 2009:
Betul tu Aleya.
Jangan cakap kosong je..do it if you mean it. Buat apa beli banyak kereta laju-laju…silap hari bulan accident masuk longkang. Kalau ada rumah dan kereta untuk bergerak ke point A ke point B…sudah cukup bagus. Ramai lagi manusia yang perlukan duit untuk suapkan anak-anak mereka….kamu bagi dorang Ferarri pun dorang tak mau. Saya suggest kalo you dah kaya satu hari nanti…dermalah pada organisasi humantarian.
[reply this comment]
admin reply on May 19, 2009:
Bagaimana pula dengan impian kamu? kamu ada impian?
Usually, teachers want to check out the term paper creative writing ability of some their students, nevertheless not all students are able to write correctly just because of lack of knowledge or other reasons. Therefore, a media essay service would aid to write the argumentative term paper professionally.
[reply this comment]