Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Allah Untuk Orang Kristian?

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) hari ini diberitahu bahawa penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan berkaitan agama Kristian bukan lagi satu larangan.

Keputusan itu terkandung dalam Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Dalam Penggunaan Perkataan Tertentu dalam Dokumen dan Penerbitan) 2009 yang baru diwartakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria, perintah bertarikh 21 Januari lalu berkuat kuasa serta-merta setelah ia diwartakan pada 16 Februari lalu.

Perintah tersebut berbunyi : ”Percetakan, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengedaran dan pemilikan sebarang dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan Solat adalah dilarang melainkan di muka hadapan dokumen dan penerbitan itu ditulis dengan perkataan ‘Khusus Untuk Penganut Agama Kristian’.”

Nizam memberitahu demikian semasa sebutan kes semakan kehakiman (undang-undang) oleh Gereja Katolik terhadap larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly di hadapan Hakim Lau Bee Lan.

Sehubungan itu, Nizam berkata, permohonan semakan kehakiman kini telah menjadi akademik (tak terpakai).

Peguam Porres P. Royan yang mewakili pemohon Gereja Katolik memberitahu, dengan perkembangan terbaru itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan penjelasan.

”Permohonan kami dibuat melalui Akta Percetakan dan Penerbitan 1984, oleh itu kami perlu mengkaji perintah yang dikeluarkan kementerian tersebut sama ada ia boleh dimansuh atau dibatalkan dan kesan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, jika pihaknya menerima baik penjelasan tersebut, sudah tentu kes semakan kehakiman itu tidak akan diteruskan.

Bagaimanapun, katanya, adalah terlalu awal untuk membuat keputusan mengenainya dan pihaknya akan memaklumkan kepada mahkamah jika terdapat persetujuan kes itu secara baik.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 28 Mei ini untuk mendengar permohonan Gereja Katolik bagi mengetepikan permohonan tujuh Majlis Agama Islam Negeri, Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Majlis Gurdwara Malaysia sebagai pencelah dalam kes semakan kehakiman itu.

Tujuh Majlis Agama Islam Negeri terbabit ialah Terengganu, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Johor dan Melaka.

Hakim Bee Lan juga menetapkan 7 Julai ini untuk mendengar permohonan sama ada kes itu perlu dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Mac lalu, Gereja Katolik menamakan Kementerian Dalam Negeri sebagai responden pertama dan Kerajaan Malaysia responden kedua.

Gereja Katolik memohon perintah bahawa keputusan responden-responden pada 12 Februari 2008 berhubung larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly adalah salah di sisi undang-undang.

Gereja Katolik juga memohon perintah bahawa pihaknya berhak menggunakan perkataan Allah dan perkataan Allah tidak khusus kepada agama Islam.

Sumber : Utusan

Salam semua… Akhirnya dapat juga saya menulis, selepas sebulan blog ini tidak di update. Hanya komen-komen anda sahaja yang menjadi teman blog saya. :) Terima kasih kepada semua yang sudi beri komen.

Apa perasaan anda selepas membaca berita di atas? Adakah anda marah, tersinggung, sedih atau sebaliknya? Teringat saya, ketika berkursus beberapa hari yang lepas. Ada seorang penceramah yang berkata, manusia ni sangat sensitif dengan Agama, terutamanya orang Islam. Apabila agama kita dihina dan diejek kita melenting! Saya tak kata salah jika kita melenting atau marah, kerana wajib bagi kita untuk mempertahankan kesucian agama kita

Namun begitu, sedarkah kita? Kebanyakan daripada kita sendiri hanya Islam pada nama, sedangkan solat kita tinggal, zakat kita abaikan, minum arak, seks bebas, sumbang mahram, hiburan berlebihan, rasuah dan banyak lagi perkara buruk yang sedih untuk saya ceritakan. Orang kitalah jadi juaranya! Tapi bila Agama kita dihina baru nak tersedar ke? Jangan jadi Pak Pandir, menang sorang tapi kampung tergadai.

Bagi saya, ujian daripada Allah ini terlalu berat untuk kita tanggung! Mungkin di negara Islam lain, rakyatnya kebuluran, ditindas, berperang dan sebagainya. Tanpa kita sedari kita sendiri menerima dugaan yang cukup berat! Puak agama kristian sudah pandai bermain api, mereka memutar belitkan undang-undang penjajah untuk kepentingan agama mereka. Kita sendiri umat Islam, tidak mampu untuk menentangnya. Itulah kenyataan yang perlu kita hadapi sekarang.

Apa yang perlu kita lakukan? Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah, kembali ke jalan Allah. Amal makruf, nahi mungkar. Seterusnya, didik anak-anak kita ajaran Islam yang sebenar. Jangan hanya diberikan pendidikan Fardu Ain, Fardu Kifayah pun wajib diajar. Kembalilah kita seperti yang pernah berlaku ketika kegemilangan Islam satu ketika dulu, ajarkan mereka apa itu sains, matematik, sejarah, fizik, kimia, dan biologi. Ini kerana, tanpa itu semua umat Islam tidak akan menjadi tamadun yang hebat.

Fikir-fikirkanlah saudaraku sekalian, peringatan ini untuk saya juga. Biar sedikit apa yang saya tulis, yang penting anda faham apa yang ingin saya sampaikan. Salam…

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to “Allah Untuk Orang Kristian?”

  1. 1 social marketing list

    Bagi pendapat saya, selagi umat islam mempertahankan iman dan akidah yang betul, macamana punya besar ujian sekali pun tak akan bergoyang keyakinan mereka…Takbir!…Allah Huakabar….

    [reply this comment]

    admin reply on March 4, 2009:

    Sebab tu kena didik dari kanak-kanak lagi… InsyaAllah. :)

  2. 2 rizalsaid

    Orang Kristian ni cuba mengelirukan fahaman orang islam dgn cuba menyamakan agama islam ngan agama mereka, nanti senang mereka pengaruhi belia dan remaja islam agar mengikuti dakwah mereka. Bila ramai masuk agama mereka maka akan berkuranganlah penganut ajaran islam dibumi malaysia dan sekaligus malaysia boleh melupakan terus penubuhan negara islam.
    Ini semua taktik asal Zionisme 1864 dimana puak yahudi cukup takut ngan kebangkitan islam akhir zaman dirantau asia tenggara, jadi sebelum kita bangkit, mereka cuba kurangkan jumlah pengikut ajaran islam dgn bersekongkol ngan kristian laknattullah.
    Jadi disini bukanlah masa utk orang islam di malaysia bertelagah mengenai perkara remeh temeh spt siapa ambil wuduk sempurna dan bermcm lagi tapi tumpuan harus diberikan kpd teras akidah agar tak goyang langsung jika ditiup saiklon.

    [reply this comment]

    admin reply on March 10, 2009:

    Yup, begitulah nampaknya… Sebab tu kena tanam pendidikan Islam yg sempurna kepada anak-anak kita. InsyaAllah kita dipelihara oleh Allah.

    jack reply on October 31, 2009:

    Kenapa perlu ada fahaman agama yang membataskan pertalian pesahabatan sesama manusia..biarlah engkau dgn agamamu,aku dengan agamaku.Islam itu baik,aman dan damai.Sila rujuk surah Al-Maedah 51.Adakah itu berkonsepkan persaudaraan dengan bangsa dan agama lain??Lu fikirlah sendir.

  3. 3 nurnAbilah

    knape la ade isu mcm ni?saye sbg plajar rase tension ngan isu camni…student cristian yg sblm ni ble wat membe study skunk sume da xnak study saeng lg.herm…susah.malaysia da x harmoni la cmni..mane pegi 1 malaysia yg diagung-agungkan 2?

    [reply this comment]

    admin reply on January 11, 2010:

    Mula-mula persoalkan ketuanan Melayu, pastu nak guna nama Allah. Lepas ni apa lagi yang mereka nak?

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin