Lompat Si Katak Lompat

…lompatlah tinggi-tinggi.

Salam semua, pernah dengar bait-bait lirik lagu di atas? :) Agak-agaknya, boleh tak disamakan ahli politik yang melompat parti dengan Katak Si Katak lompat?

Jika katak dijadikan begitu kerana mempunyai kaki belakang yang panjang, maka terpaksa la dia melompat macam tu. Katak melompat untuk mencari makanan, bersosial, mencari pasangan, dan mencari tempat tinggal yang selesa. Jika, katak tersebut rasa terancam atau pun kawasan kediaman atau kuasanya diganggu gugat, maka terpaksa la dia melompat-lompat sama seperti sesetengah ahli politik mahu pun sesiapa sahaja yang merasakan dirinya tergugat dan kehilangan kuasa.

Maka, terkantoilah kenapa seseorang itu sanggup melompat dari satu parti ke parti yang lain. Ini adalah bagi mengekalkan kelangsungan dirinya supaya kekal mempunyai kuasa, bukankah orang berpolitik untuk memiliki kuasa? Kalau salah sila perbetulkan, jika bukan kuasa yang diinginkan mengapa orang politik ini sanggup melompat-lompat macam katak?

Cukup meluat aku melihat golongan seperti ini, melompat parti dengan alasan rakyat inginkan perubahan? Persetakan itu semua, wahai si katak. Kamu telah menghianati para pengundi yang mempercayai kamu, dan parti yang menaungi kamu. Jangan pula, bila parti yang kamu khianati itu kembali mendapat kepercayaan pengundi, kamu akan menggunakan alasan sama untuk melompat kembali?

Pokoknya, aku tak setuju dengan ahli politik yang suka-suka melompat parti ni. Mereka hanya menjaga kepentingan diri sendiri daripada menjaga kepentingan orang ramai, terutama sekali para pengundi yang menjadikannya seorang ADUN mahupun Ahli Parlimen.

Rasanya ada yang tak setuju dengan pandangan aku ni, namun aku tetap bertegas. Melompat parti bukanlah satu cara yang beretika, dan baik untuk dicontohi… Analogi seperti ini, jika anda mencintai dan menyayangi seseorang dan mengikat tali pertunangan. Bila sampai hari persandingan, tunang anda itu dinikahi oleh orang lain! Pedihnya hati, hanya Allah saja yang tahu…

Di mana anda letakkan Prinsip dan Moral anda wahai si katak lompat?

Sila baca artikel menarik ini, mungkin anda akan faham nanti >> harakahdaily.net

Siapa makan cili, dialah yang rasa pedasnya. Wassalam

Related Posts with Thumbnails

7 Responses to “Lompat Si Katak Lompat”

  1. 1 Shaffik

    Biasa laa bro..bila permintaantak di tunaikan..lompat laa ke tempat lain…

    [reply this comment]

    admin reply on February 1, 2009:

    Namun, sangat tidak beretika! Di tempat aku pun ada ADUN yang kehilangan jawatan dalam pemilihan UMNO di daerah tempat aku. Walaupun dialah satu2nya calon dari parti BN yang menang di PARLIMEN aku, namun dia tidak mendapat tempat dalam pemilihan parti UMNO di daerah aku.

    Jika difikirkan memang tidak adil bagi dia, namun itu semua kuasa Allah. Bersyukurlah, dia tak melompat parti. Kalau dia pun melompat, memang orang yang suka melompat-lompat ni aku anggap pengkhianat.

  2. 2 Rizal

    hoho…pandangan ko sama mcm pandangan aku bro … tak kisah la samada yg melompat dari pembangkang kepada kerajaan atau kerajaan kepada pembangkang… sepatutnya diorang nih melepaskan kerusi masing2, kemudian lompat parti dan kemudian bertanding semula, tgk siapa pilih siapa… betul tak..?

    semua pasal duit jek…ampeh…

    [reply this comment]

    admin reply on February 1, 2009:

    Ye, aku setuju. Aku pun fikir macam tu, cuma tak tertulis… :) Memang patut mereka melepaskan jawatan, kemudian diadakan pilihanraya semula.

    Namun, aku rasa mereka tak berani nak buat macam tu. betul tak? Siapalah yang nak hilang kuasa? :lol: Poyolah diorang ni.

  3. 3 amy

    mmg betul sesangat pe yg ko tulih ni.pengundi yg undi dema sbb parcaya,tup2 nk lompat parti plak,mmg tak amanah lansung.walau sapa pun wakil rakyat,biarlah pengundi yg tentukan,kalau ada masalah lain kelak,pengundi tu sndiri yg akan nmpak n pk lain kali nak undi sapa..org luar hanya berhak bg nasihat je…

    [reply this comment]

    admin reply on March 2, 2009:

    Tapikan, idea lompat melompat ni semuanya Anwar Ibrahim punya ideakan? em…

  4. 4 abdfatah

    lompat…… lompat……..

    lompat lah tinggi tinggiiiiiiii…

    lompat… melompat lebih tinggiiiiiiiiiiiiii…

    semuanya boleh melompat asalkan mahu dengan tak mahu aje…

    nak melompat silakan… nak taknak melompat silakan…

    melompat dapat bayaran komisen lagi best woooooooooo…….

    [reply this comment]

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin