Festival Belia Unggul 2009
Published January 23rd, 2009 in InformasiSalam semua,

Hari ni saya ingin mempromosi satu Festival yang akan diadakan pada 22hb Februari 2009, bertempat di PULAPES Jugra, Banting Kuala Langat. Festival ini dianjurkan oleh Kelab Belia Unggul Kanchong Darat, dengan penaja bersama gloKAL Industries Sdn Bhd(Pengusaha Makanan dan Minuman yang terkenal di Banting dan kawasan sekitarnya). Selain itu, Festival ini disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, IPD Kuala Langat, Rakan Muda, MAYC Kuala Langat, Pejabat Daerah Kuala Langat, AADK Kuala Langat, Microssix Resources, Belia Benci Dadah, dan juga Kelab Rekreasi BunthinkHabitz.
Antara aktiviti yang akan diadakan adalah Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki, Belia Niaga, Pameran Anti Dadah, Pameran Cegah Jenayah dan Keselamatan Jalanraya, aktiviti bertali(wall climbing), Paintball, Mini Bike, Adventure game dan Playstation. Untuk pengetahuan anda, Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki tersebut merupakan acara utama yang akan diadakan dalam Festival Belia Unggul ini, di mana jumlah penyertaan sebanyak 64 pasukan akan dibuka(tarikh tutup penyertaan pada 21hb Feb sebelum jam 12 malam).
Kejohanan Futsal ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak;
Johan: RM 3000.00 beserta piala pusingan + piala iringan + medal
Naib johan: RM 2000.00 beserta medal
Ketiga dan keempat: RM 800.00
Kelima hingga kelapan: RM 400.00
Bagaimana? Lumayan tak?
Silap-silap kalau bajet lebih, sijil pun boleh dapat…
Yuran penyertaan yang dikenakan adalah sebanyak RM 150.00 untuk setiap pasukan, bayaran boleh dibuat melalui akaun bank ini;
Maybank
Badrul Hisam bin Aman Shah - 162058736012
Selepas pembayaran dibuat, sila fakskan borang penyertaan dan slip bayaran anda ke no ini 03-31801043 (atas nama En. Hendra).
sila download borang penyertaan di sini.
Borang penyertaan Kejohanan Futsal Terbuka Lelaki 2009
Penyertaan Futsal adalah terbuka kepada semua lelaki. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi En. Badrul-012 6758258, En. Fazlan-013 2333084, dan En. Azlan Omar-012 6247243.
Penganjuran Festival ini adalah bertujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti kelab belia serta menggalakkan aktiviti bersukan sebagai salah satu program yang sihat cergas serta bebas dari gejala yang tidak bermoral.
Kehadiran anda semua amat kami alu-alukan, tidak kira di mana anda berada kerana Festival ini adalah yang julung kalinya diadakan di daerah Kuala Langat ini. Yang pastinya Festival ini sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak kira Melayu, Cina, India, tua dan muda.


Sbnrnya… function diatas telah ditunda tarikhnya pada 1 mac 2009. harap maklum…
[reply this comment]