Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Blog Kita
Join My Community at MyBloglog!
PageRank TwitterCounter for @mohea

Delivered by FeedBurner

Archives

Survey



Salam semua.

Hari ini saya ingin membuat sedikit saranan kepada pihak yang berkenaan (Kementerian Pengangkutan, JKJR dan lain-lain) supaya mewajibkan penggunaan jaket keselamatan untuk pengguna Motosikal. Jika kita melihat kepada statistik yang saya perolehi, jumlah kemalangan dan kematian bagi penunggang dan pembonceng motosikal adalah lebih tinggi daripada kenderaan jenis lain. Sila lihat statistik ini;

kenderaan

kematian-sept

kematian

Sumber: panducermat.org.my

Jika diperhatikan, memang terbukti pengguna motosikal lebih berisiko mengalami kemalangan. Adakah anda semua setuju? Saya bercakap berdasarkan statistik, bukan cakap kosong. Pada pandangan saya, penunggang motosikal lebih berisiko mengalami kemalangan kerana saiznya yang kecil, selain sikap pemandu itu sendiri yang memandu laju. Pengalaman saya sendiri ketika memandu kereta, sering terlepas pandang terhadap pemandu motosikal ni, kerana mereka mengikut terlalu rapat selain tidak kelihatan disebabkan kedudukan mereka berada di “titik hitam”.

Adakah anda setuju dengan cadangan saya ini? Boleh berikan pandangan anda diruangan komen. Kenapa anda setuju, dan jika anda tidak bersetuju pula sila tinggalkan alasan mengapa tidak setuju?

Saranan saya ini bukannya untuk menyusahkan sesiapa, tetapi saya mengambil berat tentang keselamatan diri anda semua, walaupun mungkin anda tidak? Mungkin? :) Rakan-rakan saya, termasuk anda semua pasti ramai yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama, kerana itu saya rasa saranan bagi “Mewajibkan Penggunaan Jaket Keselamatan (memantul cahaya)” adalah tepat.

jaket keselamatan

Mungkin sesetangah pihak terlepas pandang dengan statistik kematian penunggang dan pembonceng motosikal lebih ramai yang maut. Oleh itu, biarlah saya yang memulakan permasalahan ini. Dari sibuk-sibuk untuk mewajibkan pemakaian tali pinggang keselamatan di tempat duduk belakang kereta. Kenapa pula pihak berwajib tidak terfikir untuk lebih mengutamakan penunggang motosikal? Pelik bin ajaib la…

Kalaulah, saranan ini dapat diambil perhatian dan dilaksanakan. InsyaAllah lebih ramai nyawa yang dapat diselamatkan. InsyaAllah.

Wassalam.

Mungkin juga, pada masa hadapan. Semakin ramai yang menghasilkan jaket keselamatan yang lebih stylo dan bergaya? :D Ramalan saya, YA! Jika semakin ramai yang menggunakan jaket keselamatan ini, maka para pelabur tidak berasa was-was untuk menghasilkan jaket yang lebih cantik dan bergaya. :D


13 Responses to “Wajibkan Penggunaan Jaket Keselamatan Untuk Pengguna Motosikal”

  1. 1 Azrin

    ada pon tak guna kalau sub standard..yang kerja kat atas jalan raya pon sekarang tak lulus piawaian ..dan kos terlalu tinggi…

    azrin @ www.azrin.net

    [reply this comment]

    admin reply on January 7, 2009:

    Owh macam tu ke? Bagi aku yang penting la, orang lain boleh nampak, boleh pantul cahaya sudah… :)

  2. 2 che-mie

    haiyak

    macam macam mau wajib ka?

    [reply this comment]

    admin reply on January 8, 2009:

    Ni cadangan aku je, macam mane? Agak2nya bagus tak cadangan ni? :D

  3. 3 abdfatah

    idea yang menarik. teruskan usaha membuahkan idea-idea menarik berkenaan keselamatan jalan raya.

    kalo pakai topi keledar dalam kereta okey jugak kan kan kan???

    [reply this comment]

    admin reply on January 25, 2009:

    Sepatutnya macam tu la abdfatah, pakai helmet dalam kete. :) tapi orang cakap bodoh plak nanti, tapi mana ada bodoh. Aku rasa yang cakap bodoh tu, dialah bodoh agaknya. :P

    Satu hari nanti insyaAllah benda ni akan dilaksanakan juga, kalau pakai tali pinggang belakang boleh selamatkan 40% nyawa, maknanya kalau pakai helmet lagi tinggi peratusan nak selamat. :D

  4. 4 catzer

    Percaya atau tidak, jaket tu tak byk membantu pun. Aku dah 15 tahun membonceng motor sehinggalah skang. Statistic tu korang kena kira balik accident di kawasan mana. Kerana lokasi accident wajar di amik kira kerana keadaan jalanraya ketika accident berlaku. Then masa accident pun perlu di nilai semula, kalau accident byk berlaku masa hujan mmg normal lah sbb tahap visual menjadi pendek dan sukar.

    Jaket yang dijual di Malaysia kurang berkualiti, pakailah 3 bulan dah pudar. Kalau nak selamat just amalkan perkara basic jerk. Jgn beli helmet murah cap ayam, beli mahal skit sbb lebih bermutu tinggi dan masa memandu mlm pakailah baju cerah2. Helmet aku warna putih so mmg senang nak nampak. Motorpun mestilah dlm keadaan proper, lampu hadapan dan belakang berfungsi, gunakan signal dan horn bile perlu.

    Yg penting keadaan motor berfungsi dengan baik..dan pakai helmet dengan betul. Jgn sangkut jek kat kepala..kalau arahan WAJIB pakai helmet pun depa tak ikut, itu mmg kesalahan mereka..Malaysian ni DEGIL.

    [reply this comment]

    abdfatah reply on January 28, 2009:

    jeket keselamatan pun sebagai alternatif aje kalo nak guna. ekseden dalam situasi apaun boleh berlaku…. pemantul cahaya tu yang penting… kena beli jugak apaaaa…

    situasi yang tidak terduga memang banyak yang boleh dihitung dan dikumpulkan…

    malang tidak berbau…

    admin reply on January 30, 2009:

    Yup, memang betul apa yang kamu berdua cakap tu, semua betul. kita semua ada pandangan dan pendapat masing2…

    Bagi aku, aku masih berpendapat mewajibkan pemakaian jaket keselamatan adalah langkah terbaik mengurangkan jumlah kemalangan pengguna motosikal.

    Cuba bayangkan, jika lampu depan dan lampu break motosikal tersebut tidak berfungsi. Benda terakhir orang boleh nampak adalah pantulan daripada jaket keselamatan tersebut.

    Pokoknya, apa yang saya tekankan di sini adalah supaya penunggang motosikal mudah dilihat oleh pemandu lain. Faktor lain seperti memandu laju, keadaan jalan, mahupun cuaca kita tak mampu buat apa-apa…

  5. 5 tun sri lanang

    masalahnye keadaan moto tu sendiri, cc kecil terlalu ringan & merbahaya untuk moto2 kecik berada di atas jalanraya… lebih sesuai & praktikal kalo motosikal berkuasa 150cc-250cc untuk tunggangan harian. mempunyai lampu & signal yang terang, kuasa yang cukup untuk memotong kenderaan besar/laju & sistem brek yang cekap untuk berenti.

    kami pengguna motosikal ni bukan semua x mampu nak berkereta cuma kami x nak menyesakkan & menambah kesesakkan lalulintas jer disamping nak jimat tol & parking.

    [reply this comment]

    tun sri lanang reply on July 15, 2009:

    jeket keselamatan x perlu diwajibkan.. cuma pemandu kereta perlu lebih peka, memandu dengan berhemah, pandu dilorong yang betul ikut kelajuan & jangan lupa beri signal bile nak memotong atau masuk simpang. itu yang menyebabkan kecelakaan kepada penunggang motosikal.

    admin reply on July 15, 2009:

    Susah juga la nak cakap, masing-masing ada peranan dan boleh menjadi punca terhadap kemalangan di jalanraya. Apa kata suh JKJR buat kajian berkenaan benda ni? :)
    Berkenaan spesifikasi, dan kelajuan motosikal tu memang sudah ada dipasaran. Soalnya mampu atau tidak, itu sahaja. Masyarakat kita majoritinya tak mampu menggunakan motosikal berkuasa tinggi macam tu…

  6. 6 tun sri lanang

    masyarakat kita mampu kalau cukai moto yang sangat tinggi tu kerajaan turunkan,. modenas dah pon maju, turunkan la cukai moto bawah 350cc seperti zaman2 80an dulu. sekurang2nya dapat kita ngurangkan kesesakkan lalulintas yang bertambah2 sesak. negara2 maju menggalakkan rakyat menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utk ke tempat kerja, mengapa kita tidak? bukan menggalakkan dengan naik kapcai yer sebab kapcai tu x cukup selamat.

    [reply this comment]

Leave a Reply





[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Iklan

freeKAD by IklanorAds

3K2 theme by Hakan Aydin