Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Blog Kita
Join My Community at MyBloglog!
PageRank
hihera.com
TwitterCounter for @mohea

Delivered by FeedBurner

Archives

Survey



Selamat Hari Jadi PanjangAkal.Com

Salam semua.

Sepatutnya 01.01.09 adalah harijadi blog ini yang pertama, yakni semalam la. Namun disebabkan atas beberapa sebab, dan disebabkan bangun lambat hari ni(semalam tidur lambat, new year lepak dengan kawan-kawan) pastu siap main boling lagi kat Banting Superbowl. Maka saya tak sempat nak bagitau berita baik ni pada rakan-rakan blogger dan pembaca setia blog ini. Eceh-eceh, ada pembaca setia ke blog ni?

Dan, ada sedikit pembaharuan yang ingin dibuat. Mungkin selepas ini saya akan menggunakan ganti diri saya, dan bukannya aku seperti sebelum. :) Macam mane? Sesuai tak? Aku jadi saya, dan korang jadi anda semua?

Kata ganti nama ini mungkin akan digunakan untuk artikel-artikel tertentu, selain bergantung pada mood saya ketika menulis. Biasanya, saya akan menggunakan aku ketika marah, serabut, dan tension. Dan akan menggunakan saya ketika berada dalam keadaan mood positif. ;)

Sesuatu yang anda semua tidak tahu, domain name blog ini telah dibeli pada 04.08.2007. Manakala blog ini pula dihasilkan pada 01.01.2008, kira-kira 4 bulan selepas domain name PanjangAkal.Com di beli. Kenapa blog ini lambat untuk dihasilkan? Mesti ada yang tertanya-tanyakan? Sebab utama kelewatan ini adalah kerana waktu itu saya tidak tahu untuk menghasilkan blog dot com sendiri. Ketika tu saya sangat berminat untuk menghasilkan duit dengan blog, dan saya telah mengeluarkan sedikit modal dengan membeli ebook daripada saudara Smartzul, iaitu Pakej Kit Blogger. Alhamdulillah, dengan panduan daripada ebook tersebut saya berjaya menghasilkan blog ini sendirian tanpa bantuan sesiapa pun, walaupun daripada Smartzul sendiri. Apa yang penting kita semua mengikuti langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Alhamdulillah, hanya dengan blog ini sahaja saya sudah mampu untuk menghasilkan duit melalui program affiliate, dan juga pengiklanan. Maka, matlamat asal saya telah tercapai selepas terhasilnya blog ini. :D Alhamdulillah…

Untuk tahun ini, saya sedang fokus dengan pertandingan Nescafe Kickstart Entrepreneur, dan juga juga bercadang untuk menceburi perniagaan di Ebay. Saya berharap, anda semua dapat mendoakan kejayaan saya nanti.

Okay, saya tinggalkan anda dengan maklumat menarik mengenai blog ini yang anda semua tidak tahu. :)

1. Jumlah “unique visitor” blog ini adalah seramai 58,823 orang, dan dilawati sebanyak 100,556 kali pada tahun 2008.

2. Secara purata, pelawat blog ini menghabiskan 5 minit ketika melayari blog ini.

3. Windows merupakan sistem penggerak yang paling banyak digunakan selain daripada Macintosh dan Linux, sesuatu yang menarik perhatian aku adalah Sony Playstation Portable(apa benda ni?)

4.Sesuatu yang saya tidak gemari adalah, pelawat blog ini kebanyakannya gemar menggunakan Internet Explorer(IE), FYI IE ni sucks. Sila gunakan firefox ketika menggunakan blog ini, pasti anda puas hati. ;)

5. Pelawat blog ini paling ramai datang daripada Google search, kedua adalah yahoo, dan yang ketiga adalah Google Image. Selain daripada Digg, Windows Live, dan MSN search.

6. Bawah ni pula “keyword” yang paling banya dicari dalam blog ni. :) Minta maaf, saya terpaksa delete keyword tu, ini bagi mengelakkan persaingan. :P

Baiklah, itu sahaja yang nak dikongsi. Jika anda berminat untuk mengiklan di blog ini, sila hubungi saya. Harga boleh dirunding. :) InsyaAllah berpatutan. Ruang iklan anda tentukan sendiri di mana anda ingin letakkan. Namun bergantung juga pada budi bicara saya. :)

Wassalam.


10 Responses to “Selamat Hari Jadi PanjangAkal.Com”

  1. 1 CypherHackz

    Saya rasa (ceh…nak guna gak perkataan saya tu), blog awak ini mesti akan merajuk sebab awak lambat sambut birthday dia. He3. Whatever pun, happy birthday tu PanjangAkal.Com.

    [reply this comment]

    admin reply on January 2, 2009:

    Harap-harap tak merajuk la… :) nak tau tak mane datangnya nama PanjangAkal.Com tu? ;)

  2. 2 titan

    hoho. apapun. selamat hari jadi Panjangakal.com :)

    [reply this comment]

    admin reply on January 4, 2009:

    Thanks Titan. Ko lah orang terawal yang mula datang blog ni! :D

  3. 3 spatt

    wah, nak start ebay…gudluck bro…

    and selamat hari jadi to panjangakal.com.. :D
    blog aku baru 4 bulan…hoho

    p/s - aku nk tau mana dapat nama panjangakal.com… :)

    [reply this comment]

    admin reply on January 4, 2009:

    Ebay insyaAllah.

    Nama panjangakal ni aku dapat, berdasarkan rancangan Panjang Akal yang pernah popular kat TV3 sekitar tahun 1996 dulu, kalau ko sebaya, atau tua sikit daripada aku mesti ko tau. :)

    Aku suka sangat tonton rancangan tu dulu. Ada pantun, dikir barat, dan boria tak silap aku. :D

  4. 4 KampungBoy

    Selamat ari jadi gak kat ko…eh blog ko…Hoho…

    [reply this comment]

    admin reply on January 7, 2009:

    Thanks Bro! :) besday aku bulan May la. ;D

  5. 5 kakeru

    Happy Birthday for PanjangAkal.com! Semoga bertambah MAJU Emme.

    ADIOS!! :)

    [reply this comment]

    admin reply on January 21, 2009:

    Terima kasih, ni pun baru balik kursus Anjakan Paradigma. InsyaAllah akan berlaku anjakan paradigma dalam masa terdekat ni. :)

Leave a Reply





[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Iklan

freeKAD by IklanorAds

3K2 theme by Hakan Aydin