Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Boleh Tukar Rm10?

Salam semua.

Akhirnya dapat juga aku menulis sekali lagi di blog kesayangan aku ni, terima kasih ya Allah kerana diberikan aku peluang sekali lagi. Sedangkan ada orang lain, yang baru beberapa saat yang lalu bersama dengan orang yang tersayang namun kini telah terbujur kaku menghadap Allah. Itulah namanya ajal…

Sesiapa pun tak boleh mengelakkan hal ini…

Baiklah, cukuplah aku bercerita tentang itu. Sekadar untuk mengingatkan diri aku dan kita semua yang lalai ni. :)

Okay, ceritanya begini. Korang pernah tak pergi mana-mana bank, tak kisahlah bank Islam ke, CIMB ke, atau Maybank. Korang ada gunakan mesin “cash deposit” kat situ? Pernahkan? Kalau tak pernah tu tak pe, nanti mesti ada peluang nak guna mesin tu. ;) Biasanya kalau nak guna mesin ni mesti kena beratur panjangkan? Ye lah, kalau kat tempat aku ni biasanya diorang sediakan 2 mesin “cash deposit” je kalau satu tak boleh pakai maka terpaksa la beratur panjang guna mesin yang satu lagi.

Nak dijadikan cerita, benda ni dah berlaku beberapa kali berlaku pada aku. Aku tak tau nak cakap benda lawak atau serius. :lol: Korang la tolong tentukan untuk aku, bagi aku benda ni ada bau-bau serius sikit sebab menyakitkan hati aku.

Panjangnya intro aku! :D

Ceritanya apabila ada seorang lelaki atau perempuan sedang memasukkan duit ke dalam mesin deposit tersebut. Namun, apabila mereka sedang memasukkan duit kertas tersebut adalah beberapa keping “note” Rm50.00 atau Rm10.00 atau tak kisah la berapa nilainya pun gagal untuk dimasukkan. Mungkin kerana duit tersebut adalah palsu, atau ronyok, atau atas sebab apa pun mesin tak nak terima… Biasa berlakukan?  heheh

Tapi, tiba-tiba lelaki atau perempuan yang berada di depan anda menoleh kebelakang dan meminta kepada anda seperti ini “BOLEH TUKAR DUIT?“. hahah :D Korang faham tak dengan cerita aku ni, waktu tu aku rasa macam nak lempang je dengan orang yang tanya soalan bodoh tu. Jawapan aku kepada soalan tadi tu, tentulah “TIDAK!“.

Aku akan tinggalkan benda ni tergantung di sini, aku nak tengok kefahaman korang tentang cerita ni. ;)

Wassalam…

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to “Boleh Tukar Rm10?”

  1. 1 KE

    aku paham ending dia.. maknanya da duit tu mesin tak terima kalau diteruskan mesti lah org belakang plak akan tuka dengan orang belakang dia hingga lah sampai CDM tu da takde orang hahaha..org last short RM10.

    conclusion cite ni. makcik tu nak tuka sebab dia takde duit laen dah nak ganti duit tu. sebab tu dia tanya orang belakang. kot² org belakang ade duit laen tuk dituka. kekekek

    [reply this comment]

    admin reply on December 27, 2008:

    Tahniah! :) ada juga yang paham… aku bukannya apa, saje buat kelainan kali ni bila menulis. Kalau boleh setiap kali aku menulis biar ada kelainannya.. :D

  2. 2 titan

    aku pernah kene gak macam tu. aku kata ada. tapi aku kata, bagi aku guna dulu..pastu, aku blah. haha..

    [reply this comment]

    admin reply on December 27, 2008:

    Ko ni biar betul buat macam tu? Aku tak sampai hatilah nak buat, cuma aku paling benci dengan dua jenis orang bile guna “cash deposit”…

    yang pertama jenis tak pernah guna tapi buat2 tahu, tak reti nak tanya orang plak tu, yang kedua jenis masuk duit sekali banyak-banyak. Dua-dua jenis orang ni la buat lambat… hampeh betul.

  3. 3 ahseng

    emme aku tau klu ko x kencing kat kat toilet ko kencing kat tepi jalan kan..hehehe..hahaha..jgn mara emme..aku pon sj jer nk bg kelaian kat coment ko nie..hahaa..

    [reply this comment]

    admin reply on December 30, 2008:

    kalau aku dah lempang ko… :lol:

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin