Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Blog Kita
Join My Community at MyBloglog!
PageRank TwitterCounter for @mohea

Delivered by FeedBurner

Archives

Survey



Yes Is The New No!

Salam semua. Adakah ungkapan sebegitu? Yes Is The New No, dalam bahasa Malaysia lebih kurang macam ni Ya Adalah Tidak Yang Baru… :) Maaf ya kalau salah, aku cuma translate je tapi tak tau macam mane nak buat penerangan yang lebih jelas…

Ayat ni kali pertama aku dengar semalam, ketika menonton filem Yes Man! Lakonan Jim Carey.

Dalam filem Jim memegang watak sebagai Carl Allen iaitu seorang lelaki yang sangat negatif, pada awalnya dia adalah seorang yang anti sosial, selain gagal dalam perkahwinan. Cerita ni aku rasa sangat sesuai bagi anda yang selalu mengalami kegagalan dalam hidup, dalam filem ini anda dapat saksikan bagaimana Carl berubah daripada seorang yang sering mengungkapkan perkataan “No”! Kepada perkataan “Yes”, Carl mula berubah selepas menghadiri seminar “Yes Man” atas desakan seorang kawan yang simpati dengan keadaannya.

Selepas pulang dari seminar tersebut, hidup Jim mula berubah selepas dia mengatakan “Yes” kepada semua perkara. Dan yang menariknya, kehidupan Carl mula bertambah baik. Di mana selepas itu Carl telah dinaikkan pangkat dan kenaikan gaji, selain itu dia juga telah mempunyai teman wanita baru. Carl turut mula belajar memandu kapal terbang, belajar bahasa Korea, belajar menyanyi dan main gitar, dan terjun Bungee sesuatu perkara yang tak pernah dia bayangkan untuk lakukan sebelum ni.

Banyak adegan kelakar dalam filem ni, paling aku ingat ketika Carl menyelamatkan seorang lelaki yang ingin membunuh diri. Carl mendapat idea, dengan menyanyikan sebuah lagu untuk lelaki tersebut maka lelaki tersebut pun tak jadi nak bunuh diri. Cuba bayangkan, seorang lelaki yang ingin membunuh diri dapat diselamatkan, supaya dia dapat bina hidup baru. Adegan lain adalah ketika Carl ditahan di lapangan terbang kerana disangkakan pengganas, tanpa Carl sedari hidupnya telah diperhatikan oleh pihak berkuasa Amerika kerana Carl menghadiri kelas kapal terbang, kelas bahasa Korea, dan berkenalan dengan seorang wanita arab melalui sebuah laman web Sosial. Mereka menyangkakan Carl cuba menjadi agen “talam dua muka” pihak Korea. :D

Untuk gambaran lebih jelas apa kata korang semua tengok sendiri, memang berbaloi la. Yang baik kita jadikan tauladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan…

Betul ke “No” adalah perkataan yang mula-mula kita belajar? :) Setuju? patutlah pun kita sering mengalami kegagalan.

Salam…


5 Responses to “Yes Is The New No!”

  1. 1 adsense alternative

    hehe. kene tengok cite nih..

    [reply this comment]

    admin reply on December 23, 2008:

    Memang kena tengok, lebih2 lagi kalau korang memang minat dengan Jim ni…

  2. 2 hafiz

    dulu asyik “no” aje…sebab tu gagal…memang cite ni penuh motivasi.

    [reply this comment]

    admin reply on December 25, 2008:

    Dah tengok ke Hafiz? :)

  3. 3 SarahGK34

    Various spheres of life take a lot of time and money, thence why have we to waste free time for term paper composing? This will be better to use some experienced paper writing service to purchase the term paper titles from, I opine.

    [reply this comment]

Leave a Reply





[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Iklan

freeKAD by IklanorAds

3K2 theme by Hakan Aydin