6 Restoran pilihan Aku

Salam semua, dalam bape minggu ni aku agak kurang menulis dalam blog ni. Adakah korang perasan? Mungkin tiada perkara yang betul-betul dapat menarik perhatian aku yang berlaku di luar sana. Cerita panas, dan yang tengah hangat sekarang ni pula tentang tanah runtuh, banjir, dan huru-hara kat Thailand. Aku tak pandai nak ulas berita itu semua, sebab korang boleh cari kat website, atau blog lain. Lagi satu, aku langsung takde terlibat dengan hal itu. So, apa yang nak aku ceritakan? Cuma, kita sedekahkan al-fatihah kepada mangsa-mangsa beragama Islam yang terbunuh.

Berbalik tajuk kat atas ni, aku ada cerita untuk dikongsikan… Korang pernah dating? Biasanya kalau keluar dengan awek, korang makan kat mane? Takkan kat kedai mamak je? Setakat mamak kat kampung aku pun ada la… :P heheh jangan marah aa, aku gurau je. Aku bukan kisah pun korang nak makan kat mane, yang penting mereka menyediakan makanan yang halal dan berkhasiat. :)

Baiklah, 5 restoran yang menjadi pilihan aku adalah;

1. Johnny’s Restaurant

Bagi yang tak tau tu, Johnny’s Restaurant adalah lebih kepada steambot dengan “Thai style”. Kalau aku makan sini memang wajib makan steambot dia, dan desert paling aku suka SALIM. SALIM ni lebih kurang macam cendol la.

Lokasi yang biasa aku pegi, Alamanda l JJ Bukit Raja

2. 1901

Kegemaran aku adalah New York chicken. ;)

3. Secret Recipe

Kat sini aku jarang makan kek dia, walau pun sedap… Awek aku la yang suke melantak cheese cakes tu, aku layannn je. :) Aku biasa order nasi je, dengan ayam black pepper.

Lokasi regular Alamanda l Sunway Pyramid

4. McDonald’s

Siapa yang tak tahu apa itu Mc Donalds kan? Sedangkan tempat aku pun ada Mc Donalds, takkan la tempat korang yang lebih advance takdekan? Betul ke makanan di McDonalds banyak kolestrol? Ada sape-sape ambil peduli? Kalau ke sini biasanya aku order Double Cheese burger la, favorite ni. :)

Lokasi biasa Banting l Alamanda l JJ Bukit Tinggi

5.  Pizza Hut

Pizza Hut pun best, aku suka makan dengan suasana di dalam restoran ini. Mungkin kerana penggunaan warna yang digunakan untuk menghias restoran tersebut sedap mata memandang. :) Cuba teka kalau aku datang sini apa yang wajib aku order?… Pandai pun! Mestilah pizzakan?… hahahah :D Pizza kegemaran aku sama ada Chicken Supreme atau Hawaian Chicken.

Lokasi aku pergi Bkt Tinggi Klang l Alamanda l Banting

6. A&W

Akhir sekali restoran ni, aku rasa A&W tak cukup glamorkan? Nak dibandingkan dengan McDonalds? Anyway kalau lepak sini aku mesti order Root Beer, dan curly fries. Kat sini aku bukan makan untuk kenyang-kenyang, just untuk relaks-relaks je, suasana dia pun memang sesuai sangat untuk relaks.

Lokasi Alamanda

Macam mane? Dalam banyak-banyak restoran yang aku review ni, mane satu yang korang belum pernah cuba? Kalau belum pegi la ajak awek sekarang jugak! :D Okay la, cau dulu.

Wassalam…

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “6 Restoran pilihan Aku”

  1. 1 farahaznil

    aku suka yg no 1 tu..hahhaa..jarang n xpenah pg pun…hahahaha..weh apsal la ko letak McD..pizza..benda tu dah mmg kita tahu org rmi pun suka..hehe

    apsal ko tak letak restoran2 yg sediakan makanan spt nasi dan lauk pauk..mksd aku bkn fast food..tak kisah la mana2 pun..hahaha..kat kl restoran mn best?hehe..aku nak ronda2 nih..haha..jalan2 cr mkn..ekekekeke….

    tp ni good post bro..cuma aku nak tahu lebih lg kepada restoran..atau kdi mkn biasa pun takpe..aku tak kisah..jnji best..hi hi hi

    [reply this comment]

    admin reply on December 9, 2008:

    heheh suke ati aku la… :D bukan apa, ni la restoran yang selalu aku lepak kalau aku kuar “dating”. Aku jarang lepak restoran makan niasa kalau keluar dengan awek, bukan apa… dalam shopping komplex mana de restoran yang macam ko cakap tu… :)

    Lagi satu mane ko tau Mcd n pizza ramai orang suke aa? ko buat andaian sendirikan? sebenarnya kat luar sana ramai lagi yang tak pernah jejak kat situ tau x? :)

    Aku suggest utk family makan kat johnnys! sesuai sangat.

  2. 2 titan

    hehe. kalau ko perasan. selain bahar ali dan restoren izzi. Tak banyak restoren yang orang melayu punya kat banting..

    [reply this comment]

    admin reply on December 10, 2008:

    Itu memang dah lama aku perasan. :) tak sampai sepuluh pun restoran melayu kat area banting tu…

  1. 1 6 Restoran pilihan Aku | Fairy Tail Manga

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin