Cerita Terbaru Sufiah Yusof
Published December 3rd, 2008 in Sufiah yusofSalam semua, ini adalah berita gembira terbaru daripada Sufiah yusof aka Genius matematik. Sufiah kini bukan pelacur lagi!
Alhamdulillah, ini mungkin disebabkan doa semua rakyat Malaysia.
Berita selanjutnya;
KUALA LUMPUR: Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.
Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.
Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.
“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.
“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.
Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.
Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.
Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.
Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.
Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.
Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.
Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.
Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.
“Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).
“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.
Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.
Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.
sumber : mymetro
***************************************
Lihatlah kekuasaan Allah, Allah akan memberi rahmat atas kehendaknya kepada sesiapa pun. Walaupun kepada seorang bekas pelacur, sedangkan Allah yang mencipta pun memaafkan umatnya, inikan kita sebagai hambanya?
Aku cuma tertanya-tanya, kenapa cerita Sufiah dah taubat sangat kurang diambil perhatian? Berbeza ketika dia menjadi pelacur dulu?! Aku harap, blogger di luar sana yang pernah buat cerita tentang Sufiah silakan sebarkan berita gembira ini kepada pembaca blog setia anda.
Wassalam.









salam, alhmdllh, sufiah da taubat, ermm biasa la kdg2 bende buruk tu lg hebat org heboh dr bende yg baik, ermm but anyway nice post, kalau x i xtau pon berite ni,
[reply this comment]
admin reply on December 4, 2008:
Ya, saya tau orang memang suke cerita keburukan orang… saje letak “question mark”…
faham2 la ye…
Alhamdulillah!
[reply this comment]
admin reply on December 4, 2008:
Bukan senang nak berubah, tapi Sufiah dah buktikan kita boleh berubah jika ikhlas.
alhamdulillah, sesungguhnya allah masa berkuasa! allah maha besar! kepada-NYA kita berserah memohon pertolongan.
terima kasih kepada rakyat malaysia dan orang islam yang tak putus-putus berdoa atas kesejahteraan sufiah!
[reply this comment]
admin reply on December 4, 2008:
alhamdulillah…semoga dia terus yabah dan kental hadapi semua ni…
[reply this comment]
admin reply on December 5, 2008:
InsyaAllah aloqmalai, memang kesian dengan dia. byk betul dugaannya.
bagus la macam tu, =)
[reply this comment]
admin reply on December 6, 2008:
Harap-harap dia balik Malaysia, pasti request sebagai penduduk tetap kat sini. Kalau dia kat sane bukan ada orang nak jaga pun…
ehm. baguslah tu.
[reply this comment]
admin reply on December 6, 2008:
Aku tak jumpa blogger lain yang cerita ni la Titan…
cube ko buat satu. 
erk. hehe..aku kene kaji dulu. Nanti aku ulas sementara isu ni masih panas. Hoho..
[reply this comment]
admin reply on December 10, 2008:
Okay, bagus la… kaji dulu ye.
alhamdulillah baguslah kalo sufiah benar2 insaf…..
[reply this comment]
bgoz la klo sufiah dh insaf..smga Allah luruskn jalan beliau
thanx ats informasi ni..amat beguna untuk sy sbgai bhan cerita kpd adek2 f2..
[reply this comment]
kalau betul dia dah kembali ke jalan benar, kenapa tak ada update pun cerita dia?ada sebab dia memilih pelacuran….bukan kerana kesempitan tetapi faktor lain….pemberontakan seorang remaja….kelihatan dia rela….bukan terdesak…
[reply this comment]
admin reply on July 5, 2010:
Ya, itulah yang akan berlaku jika institusi keluarga berantakan, atau kurang kasih sayang dan perhatian…