Mykad Hilang, Berapa Kena Bayar? #1
Published November 24th, 2008 in jabatan pendaftaran negara, jpn, malaysia, InformasiSalam semua.
Aku harap semuanya sihat, dan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.
Tahukah anda, bayaran maksimum untuk kehilangan Mykad adalah RM310.00? Manakala bayaran paling minimum pula adalah RM0.00. Siapa yang dikenakan bayaran sampai RM310.00? Dan siapa pula yang dikecualikan bayaran?
Aku rasa, ramai dikalangan awam di luar sana tak tahu tentang perkara ni. Sebab tu, aku perlu jelaskan kat sini. Tiap-tiap hari ada je orang awam yang mengeluh kerana terpaksa bayar “denda” yang sangat mahal.
Sekali hilang kena bayar Rm110.00, dua kali hilang Rm210.00, dan tiga kali (maksimum) hilang kena bayar sampai Rm310.00. Siapa yang kena marah? Aku yang kerja kat kaunter jugak, sedangkan aku hanya makan gaji dan hanya menerima arahan daripada pihak atasan sahaja.
Aku harap dengan siri penerangan serba ringkas yang bertajuk “Mykad Hilang, Berapa Kena Bayar?” ni dapatlah memberi sedikit penjelasan dan kefahaman orang awam terhadap perkara ni. Jangan ambil sambil lewa bila tiada Mykad ni, silap haribulan boleh duduk “lockup”.
Di bawah ni aku sertakan jadual mereka yang layak dikecualikan daripada dikenakan bayaran kehilangan Mykad;

Sila baca dan fahamkan sama ada korang layak untuk dapat pengecualian, tak perlu nak menipu di kaunter. Kakitangan JPN terlatih untuk mengetahui sama ada anda menipu atau tidak. Jadi berhati-hatilah.
Akan datang, aku akan bagitau pula Golongan yang boleh dipertimbangkan untuk pengurangan bayaran, dan juga Golongan yang tidak boleh dipertimbangkan. Jika rajin, sila layari website JPN di www.jpn.gov.my, di sini pun ada banyak info yang aku nyatakan tadi.

setakat ni, tak ilang lagi. nanti kalau ilang, aku cari ko. haha..
[reply this comment]
admin reply on November 25, 2008:
Takde hal la.
adeih.. aku da ilang sekali dah.. loker kena pecah.. huhu
[reply this comment]
admin reply on November 27, 2008:
Kesian… heheh
melayang duit, tapi cuba report polis dulu pastu tanya JPN tempat boleh dapat diskaun tak?
Kalau masih belajar boleh dapat diskaun.
reezluv reply on December 27, 2009:
kalau masih belajar, bape tu dapat diskaunnya?
admin reply on December 30, 2009:
Biasanya student dapat 50% pengurangan dengan syarat kena kemukakan kad pelajar atau sebarang bukti seperti surat tawaran atau slip peperiksaan.
Aku penah ilang 2 kali tp yg 1st time bkn MyKad. So time tu aku amik chance tukar to MyKad for free. Kena charge RM10 sbb hilang. 2nd time, hilang MyKad and sepatutnya kena bayar RM100 sbb hilang MyKad for 1st time tapi aku kena RM10 kalo tak silap atas dasar belas kasihan. Charge akan bertambah to RM200 for 2nd time hilang and more kalo 3rd time. Another thing, kalo 3rd time hilang u xleh wat report polis and go JPN apply baru je. Maybe kena wat pengakuan mahkamah sebab nak make sure u tak jual MyKad.
[reply this comment]
admin reply on November 28, 2008:
Pelik juga dengan prosedur yang ko cakap ni, maybe ini prosedur beberapa bulan yang lalukan? Sebab prosedur di JPN ni selalu berubah dan updated mengikut situasi semasa.
FYI tgk bawah ni.
1st hilang : rm110
2nd hilang : rm210
3rd dan 4th hilang :rm310 (ini adalah maksimum)
bagi kehilangan yang kelima dan seterusnya korang kene buat cabutan kad pengenalan, dan terpaksa membuat secara manual. Kena isi borang dan sebagainya. Ambil masa beberapa bulan untuk siasatan dijalankan. Lepas siasatan selesai baru boleh buat mykad.
Jadual atas tu aku tunjukkan utk mereka yang DIKECUALIKAN. Nanti aku bagitau siapa yang boleh diberi PENGURANGAN.
dan siapa yang tak perlu langsung untuk DIPERTIMBANGKAN. 
jab jab.. kalu aku nak pegi tukau MyKad walau xrosak xpe? gambar xcun da. da brape lama aku menahan segan gambar kat mykad aku.. boley tak?
[reply this comment]
admin reply on November 28, 2008:
Boleh takde masalah!
Setiap penukaran memang akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10.00.
FYI kalau hilang sekali kena bayar RM110 kan? RM100 adalah kompaun yang dikenakan, RM10 adalah bayaran proses.
mslah sy ialah sy kena ragut n mykad sy hilang skli.so bg sy yg khilangan yg x disengjakan adakah sy dkenakan byaran jgk?sy da buat semua repot pd polis….xkn dknkn byaran smpai beratus2 kot!!kalu blh jgnlah ada kn byaran bg yg nasib mcm sy ni…..perkra ni bkn ye sy suka2…sy harp jgnlah ada byaran..
[reply this comment]
admin reply on January 9, 2009:
Salam Nura, jangan risau. Jika kamu kena ragut tiada bayaran yang akan dikenakan, hanya perlu isi borang, fotostat repot polis tu, kemudian bagi kakitangan di kaunter jabatan pendaftaran.
Mereka akan proses permohonan anda.
Bro kalau mykid hilang macam mana pulak prosedurnya yer.. kene buat report polis & kena bayar jugak ke?
[reply this comment]
admin reply on October 24, 2009:
Mykid hilang tiada sebarang denda, bahkan kalau hilang tiada sebarang masalah… Kerana Mykid hanyalah pemberian kerajaan kepada kanak2 yang baru lahir. Tak perlu nak buat repot polis…
Sekarang ni kalau Mykid hilang dah boleh buat semula, namun perkara ini akan berubah dari semasa ke semasa. So, sementara tengah boleh ni pergilah buat sekarang.
JPN Ibu pejabat, dan Ibu negeri buka setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Untuk hari minggu di buka pada 9.00 pagi-2.00 petang.
adeh…tnsion aku tngok comment2 kt ats ney..aku bwu jer ilang mykad tok kali ke3..xmmpu da aku nk byar denda kali ney..kali ney aku ngaku la mmg clap aku coz cuai..but yg lpas2 2 bkn slah aku..first,aku kna ragut..second tyme aku jd mngse pnyeluk saku..da wat report polis tp still kena byar…kali ney pon nk kne byar gak ke…adoi ai..xde care lain ke yg bole tlg aku..?? aku da la student g..mane de wit…
[reply this comment]
admin reply on March 11, 2010:
Kalau masih belajar boleh dapat pengurangan separuh, hanya perlu bawa pas pelajar atau surat tawaran. Fotostat sekali .:)
alamak kad pengenalan aku dah hilang lah.
hang boleh tolong tak.aku ni OKU.nak
buat macam mana.
[reply this comment]
admin reply on March 28, 2010:
Safar, kalau hang OKU bayaran dikecualikan… Begitu juga dengan warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Apa yang perlu di lakukan adalah, hang bawa kad OKU daripada JKM. Dan isi borang di JPN.
masalah sekarang ni.kad OKU masih tak siap lagi.
dengar kata sebulan.nak ke kelas lagi.nanti pensyarah
tulis tidak hadir.
Tuan Panjangakal boleh tolong tak.siapkan mykad saya.
dalam masa seminggu macam tu.
[reply this comment]
admin reply on March 31, 2010:
Hari minggu pun boleh datang ke JPN Ibu Negeri terdekat, dari jam 9 pg - 2 ptg. Bawa surat pengesahan daripada JKM pun cukup.
Mykad siap lepas 10 hari. Semoga dapat membantu…
Boleh dapatkan lebih maklumat di portal JPN http://www.jpn.gov.my
En. Admin,
Kawan saya baru pertama kali hilang IC, so…kena bayar RM100 dan yuran pemprosesan 10 ke ?
[reply this comment]
admin reply on April 12, 2010:
Sila refer sini http://www.jpn.gov.my/en/identitycard semoga membantu.
alamak….saya lupa nak inform….kawan saya tu berumur 28 tahun, tapi dia tak pernah tukar IC semenjak berumur 12 tahun. Pastu….hilang plak IC nya….agak2 berapa ringgit yg dia kena bayar ?
[reply this comment]
admin reply on April 12, 2010:
Salam, rm110 tu confirm kena bayar kalau hilang sebab tercicir kali pertama. Umur 18 tahun wajib tukar, kalau dan umur 28 masih tak tukar kena denda. Saya nasihatkan standby dalam rm250…
Sebarang yang tak faham sila rujuk portal JPN http://www.jpn.gov.my
Salam….
Nak tanya…
Kalau kali pertama hilang disebabkan ragut..kali kedua hilang kerana tercicir..kena bayar kompaun hilang kali kedua (Rm200) jugak ke?
[reply this comment]
admin reply on May 31, 2010:
Sepatutnya begitu…
slm…
klu kad pljr hlg skli..ps2 srt twrn kt umh..yg de skng slip kptsn peperiksaan yg latest..bley ke gne tu je tuk jd bkti sy ni stdnt????
[reply this comment]
admin reply on July 30, 2010:
InsyaAllah boleh.
mykad sy hilang
entah mane sy letak.. sy mmg jenis yg cuai.. duh! sy keluarkan dr dompet coz nak kuar dekat je.. so sy x nak bawak dompet lepas tu sy da tak ingat dah mane sy letak…. sy mmg selalu hilang barang… sekarang ni bukan tu jd masaalah… kalau x silap sy, sy dah hilang kan mykad 3x…. macam mane ekkkkkk…… pening… sy tkt x leh balik raye coz skang dok kl n balik raye kat swk… mcm mane ni… berape lame blh sy dptkan mykad lg ekkkk….
[reply this comment]
irda reply on August 3, 2010:
menangis, kecewa dgn sikap cuai sendiri…. sakit hati…..
admin reply on August 3, 2010:
Sebelum berputus asa, silalah pergi bertanya dahulu di cawangan JPN berdekatan saudara/i…
salam..gambar mykad sy dh pudar dan sy bercadang nak tukar.mykad boleh siap brape lama?sbb sblum raya mykad sy kne ad untuk urusan penerbangan dsb.raya dlam 1bulan lebih g.
[reply this comment]
admin reply on August 4, 2010:
Sila rujuk website JPN. Jika membuat permohonan di cawangan biasanya ambil masa 10 hari bekerja, tapi perlu buat semakan sebelum mengambilnya. Jika ambil di Putrajaya pula ambil masa 24 jam, dan di JPN Melaka hanya ambil masa 2 jam.
ermmm…saya bdk student..n mykad saya kena curi untk pertama kali…
jika sya buat laporn polis dan mnunjukkn id kad student saya….dlm baper anggaran
yg saya perlu byr???
[reply this comment]
admin reply on August 7, 2010:
Salam, kalau ada student kad insyaAllah dapat kurang 50%. 1x rm60
sabtu and ahad opis buka x?
[reply this comment]
admin reply on August 8, 2010:
Buka, bagi Ibu Negeri dan Ibu Pejabat sahaja.