Aku Seorang Islam
Published November 22nd, 2008 in Informasi, IslamSalam semua, semoga hidup kita semua diberkati oleh Allah…
Kita sebagai umat manusia yang diberikan hidayah Allah, yakni beragama Islam sepatutnya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Bersyukur pada Allah kerana kita lahir di Malaysia, dan sangat beruntungnya kita apabila lahir sahaja sudah berada di dalam keluarga Islam. Berbeza dengan rakan-rakan kita yang lain, yang masih tercari-cari hidayah daripada Allah s.w.t. Sesungguhnya apa yang berlaku itu atas kehendak dan rahmat Allah… Ada juga diantara rakan-rakan kita yang telah dicabut iman dari rohnya, seperti yang berlaku kepada mereka yang telah murtad…
Semoga kita dijauhkan dari malapetaka seperti itu… Aku terpanggil untuk menulis perkara ni selepas mendengar Khutbah Jumaat tadi, jika korang berada di negeri Selangor mesti korang juga dengar khutbah yang sama seperti aku juga. Khutbah yang menyeru kepada kita supaya menyuburkan lagi Islam di bumi Allah ini.
Selain itu, khutbah tadi turut menceritakan mengenai tentangan dari musuh-musuh Islam yang menyerang umat Islam bukan sahaja dengan senjata, malahan mereka cuba mempengaruhi umat Islam dengan perkara-perkara keduniaan sahaja semata-mata. Berbeza dengan agama Islam, yang merangkumi segala aspek sosial, ekonomi, politik, nasional, dan juga “international”. Walaupun Islam cuba diperangi dan musuhi oleh pelbagai pihak, tanpa disedari agama Islam semakin subur di negara-negara maju seperti Eropah, Amerika dan juga negara-negara Asia khususnya.
Bagi anda yang bukan beragama Islam, namun berminat untuk mendalami agama Islam silalah hadir di mana-mana Jabatan Agama Islam yang berdekatan untuk mempelajari agama Islam dengan cara yang betul dari mereka yang bertauliah.
Untuk menjadi Islam yang sempurna, kita wajib tahu dan menuruti perkara-perkara di bawah ini:
Rukun Iman ada 6;
- Beriman kepada ALLAH SWT
- Beriman kepada Malaikat-malaikat
- Beriman kepada Kitab-kitab
- Beriman kepada Rasul-rasul
- Beriman kepada Hari Kiamat
- Beriman kepada Qada dan Qadar
Rujun Islam ada 5;
- Mengucap dua kalimah syahadat
- Sembahyang lima waktu
- Berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan
- Menunaikan haji
- Menunaikan zakat
Semoga bermanfaat. Wassalam
p/s: ingatan ini aku tujukan pada diri aku sendiri dan kepada seluruh umat Islam khususnya. Marilah kita sama-sama suburkan agama suci Islam bersama-sama!









alhamdulillah emme ko da bertaubat kejalan yg benar..hahaha..
xpe bgs-bgs aku sokong ko.. hidup emme.. sama-samalah kite memupuk kesejahteraan ummah..
[reply this comment]
admin reply on November 22, 2008:
Ye la geng, kita sebagai umat Islam sepatutnya berdakwah kepada seluruh umat manusia selagi termampu…
Bayangkan, mungkin dengan tulisan kita ada 100,000 orang yang akan memeluk Islam. Bayangkan pahala yang kita dapat.
Aku cuma nak tekankan sekali lagi, Islam tu adalah merangkumi segala-galanya, dari segi sosial, hiburan(tak berlebihan), ekonomi, sukan, apa-apa ajelah dalam hidup kita seharian. Sebab tu, Islam ni adalah satu cara hidup.
follow jer kedua2 rukun tu…insyaallah kita selamat
[reply this comment]
admin reply on November 24, 2008:
Yup! termasuk, sunnah nabi dan Al-quran sebagai panduan.