Uniform Sekolah Aku Dulu-Dulu

Salam semua, setiap daripada kita mesti ada kenangan waktu sekolahkan? :)

Mungkin ada dikalangan korang dulu-dulu adalah pelajar yang nakal (wanted cikgu cikgu disiplin ni), ulat buku, pemalas (macam aku), anak murid kesayangan cikgu (macam aku jugak), dan apa-apa ajelah gelaran korang kat sekolah dulu…

Kalau nak di ceritakan memang panjang, 4 hari 5 malam baru habis agaknya…

Hari ni aku cuma nak cerita tentang UNIFORM SEKOLAH

smk banting

Orang pertama yang dapat teka dengan tepat aku yang mane satu, aku bagi korang $1 (paypal)/rm3.3 (maybank/cimb)… :D

  1. Baju Sekolah aku - Baju sekolah wajib warna putihlahkan? Nak kene pelangkung dengan cikgu Mat Zin pakai warna lain? :P Selain tu, baju sekolah aku ni wajib digosok sebelum ke sekolah, kalau tak memang aku pi sekolah macam takde “feel” je… Seperkara lagi, wajib di “nila”, dan di gosok dengan lilin… Korang pernah buat ke?
  2. Tali Leher aku - Aku pakai macam biasa je, tapi ada gak budak2 yang pakai tali leher pendek. Ntah pape… :P
  3. Tali Pinggang aku - Ni wajib pakai, kalau tak terlondeh seluar aku.
  4. Seluar Sekolah aku - Warna hijau la, kalau pengawas lain la warnanyakan? Seluar ni basuh macam biasa, yang penting mesti dililin jugak. Baru nampak baru. ;) Setakat yang aku ingat ada dua jenis seluar yang aku pernah pakai, biasalahkan kene ikut trend waktu tu. Mula-mula tu seluar jenis “boot cut”, makin besar seluar korang makin kewl… heheh tapi kalau kantoi dengan cikgu disiplin sah-sah kene potong sampai lutut. Fesyen kedua jenis “cikang”, pernah dengar cikang? Fesyen ni macam style budak-budak skin head atau mat rempit yang kecik dan ketat kat bawah tu…
  5. Kasut Sekolah aku - Ah, kasut putih biasanya koyak kat bahagian hujung ibu jarikan? Hahah. Ni yang paling best, aku tampal dengan “handiplast” warna coklat…
  6. Stokin aku - Aku pakai selagi boleh pakai, walaupun dah terlondeh dan koyak, biasalah budak sekolah tak mampu nak beli sendiri. Nak minta mak bapak duit kesian plak. :)

Okay kawan-kawan dan pembaca sekalian, itu je cerita aku.

Wassalam. :D

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to “Uniform Sekolah Aku Dulu-Dulu”

  1. 1 admin

    Nampaknya korang tak nak duit free ni… ahah :D

    [reply this comment]

  2. 2 titan

    aku tak dapat teka la..hampeh tul..

    [reply this comment]

    admin reply on November 20, 2008:

    Yeke? kat friendster akukan ada sample. :) memang ada perubahan 40% kot…

  3. 3 Draco

    ko yg pkai tudung tu kan mie?! ahaha kantoi!!! bak sini duit oi!

    [reply this comment]

    admin reply on November 24, 2008:

    Pala hang, aku tampar pakai slipar baru tau… hahah

  4. 4 Siti Aizah

    aku rasa hang yang pakai songkok tu!

    [reply this comment]

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin