Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Jom Main Fantasy Football!

Salam semua! Waras yo. :)

Hari ni aku nak cerita tentang Fantasy Football! Ada sesiapa yang kat sini kaki bola, makan bola, tidur bola? Kalau setakat sukakan sukan bola sepak, tapi tak main Fantasy Football aku rasa hidup korang belum sempurna untuk mencintai sukan bola sepak ni. :)

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab dengan menyertai pertandingan Fantasy Football dapatlah kita menterjemahkan kemahiran kita tentang “knowledge” bola sepak. Contohnya taktikal formasi, pemilihan pemain, dan knowledge jual beli yang sentiasa berisiko. Kerana, ada sesetengah pemain yang bermain tidak konsisten maka disitu korang kena buat keputusan sama ada nak menjual pemain tersebut atau menyimpannya untuk satu tempoh. :) Anyway, kalau setakat minat taik-taik ayam susah jugak korang nak mahir dengan Fantasy Football ni, sama jugak la kalau buat benda lain kalau setakat taik-yaik ayam memang tak menjadi. :P Satu lagi, nasib juga mempengaruhi keputusan markah anda pada setiap minggu.

fantasy football

Poin terbaru aku, minggu ke 13.

Jika diperhatikan, pemain kesebelasan utama aku 4 orang tak main malam kelmarin, iaitu Cech, Arbeloa, Amr Zaki, dan Carew kalau tak poin aku boleh naik lagi tu… Itulah nasib yang aku katakan tadi, mungkin nasib mempengaruhi 30% permainan, selainnya kemahiran kita membeli pemain dan formasi yang digunakan. Contoh formasi 4-4-2, 4-3-3, 3-4-3 dan banyak lagi. Buat masa ni aku pakai formasi 4-4-2… Dan minggu ni aku dah jual 2 orang pemain dan beli dua orang pemain lain. :) Siapa yang aku beli, dan jual biarlah rahsia. Game week 14 ni aku bagitau korang kat sini, sama ada risiko yang aku ambil ni berbaloi… :P

cristiano ronaldoMarkah yang aku dapat untuk week 13 adalah 100 poin, Ronaldo jadi penyumbang paling banyak sebab aku “lantik” dia jadi kapten pasukan. :) yang lain-lain korang tengok sendiri la.

Berminat? Boleh la join hari ni, untuk suka-suka je… Buat masa ni aku join Fantasy Football Barclay Premier League, dan juga CYKI.COM.

P/S: Jangan terkejut ye kawan-kawan blogger sekalian… Keyword fantasy Football ramai orang cari. :D hohoh, tengah buat eksperimen ni…

P/P/S: Kalaulah Liga Super Malaysia ada Fantasy Football, mesti meriah liga Malaysia sekarang. Sebab nanti kita dapat kenal semua player yang main liga tempatan… Sekarang yang aku kenal ramai player dari BPL je… Liga Malaysia tak kenal sangat, sebab kurang publisiti. emm…

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to “Jom Main Fantasy Football!”

  1. 1 whiteblogger

    waa..macam best aje!

    [reply this comment]

    admin reply on November 18, 2008:

    memang best pon… kalau ko nak main sekarang pun takpe, tahun depan main awal2 la. :D

  2. 2 Draco

    cite2 gak… tgk point dlm crmc league cmne???

    [reply this comment]

    admin reply on November 24, 2008:

    Relaks la… poin skang pun dekat2 je… masa byk lagi la.. :)

  3. 3 aaadx
  4. 4 LJ

    macam mana nk start main g web mana?? toleng terangkn 1 per 1 bleh x??? xdpt la..

    [reply this comment]

  5. 5 ClubPenguin

    kalau ko nak main sekarang pun takpe, tahun depan main awal2 la.

    [reply this comment]

    admin reply on June 22, 2010:

    Setakat ni ranking terbaik aku 300,000 lebih je… heheh tahun depan target under 100,000…

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin