Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Penutupan laluan di atas jejambat Bulatan 100 dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang - Peta Laluan

>> KHIDMAT MASYARAKAT <<

Dimaklumkan bahawa mulai 1hb November 2008, laluan di atas jejambat Bulatan
100 dari arah Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang akan ditutup selama tiga bulan
untuk kerja-kerja membina ‘approach slab’ jejambat baru ke Jambatan Kota.
Oleh itu, semua kenderaan dari Kuala Lumpur perlu melalui Bulatan 100 dan jalan
susur Persiaran Sultan Ibrahim atau Jalan Batu Tiga untuk ke Pelabuhan Klang atau
Banting.

Kenderaan dari NKVE dan Jalan Persekutuan 2 yang hendak ke Jalan Kapar-Pekan Kapar, Jalan Meru-Pekan Meru, Northport atau Pelabuhan Klang adalah dinasihatkan tidak melalui pusat bandar tetapi melalui Jalan Shapadu. Kenderaan dari Jalan Shapadu, NKVE dan Jalan Persekutuan 2 yang hendak ke Jalan Kota Raja, Jalan Kebun, Jalan Sg Jati dan kawasan sekitarnya adalah juga dinasihatkan tidak melalui pusat bandar tetapi melalui Jalan Dato Mohammad Sidin (Connaught Bridge) atau Lebuhraya KESAS Pada masa yang sama, untuk melancarkan lagi aliran trafik di Bulatan 100, Jalan Batu Tiga, Jalan Pasar, Lebuh Tapah dan Jalan Mantin akan diubah menjadi jalan sehala. Kenderaan dari arah Jambatan Musaeddin yang hendak ke Jalan Persekutuan 2- Kuala Lumpur atau Jalan Meru hendaklah melalui (Peta laluan 1)

  • Jalan Pasar-Lebuh Tapah-Jalan Keretapi Lama-Jalan Kluang-Jalan Kapar-Jalan
    Shapadu-Lebuhraya Persekutuan 2 atau
  • Jalan Pasar-Lebuh Tapah-Jalan Mantin-Jalan Sireh-Bulatan 100

Kecuali kenderaan yang tingginya melebihi 4.5m hendaklah melalui Jambatan Kota

Kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Jalan Kapar yang hendak ke Klang Selatan atau Banting hendaklah melalui (Peta laluan 2)

  • Jalan Kapar-Jalan Sireh-Bulatan 100-Jalan Batu Tiga-Jambatan Musaeddin atau
  • Jalan Kapar-Persiaran Sultan Ibrahim-Pusingan U di bawah jejambat Bulatan 100- Jambatan Kota atau
  • Jalan Kapar/Jalan Keretapi Lama-Jalan Goh Hock Huat-Jalan Melayu-Jalan Pasar-
    Jalan Pos Baru-Jalan Baharu-Jambatan Musaeddin

Kenderaan dari Jalan Persekutuan 2-Kuala Lumpur yang hendak ke Klang Selatan atau Banting hendaklah melalui (Peta laluan 2)

  • Bulatan 100-Persiaran Sultan Ibrahim -Jambatan Kota atau
  • Bulatan 100-Jalan Batu Tiga-Jambatan Musaeddin-Jalan Tengku Kelana

Kenderaan dari Jalan Keretapi Lama dan Jalan Kapar yang hendak ke Jalan Pasar atau Lebuh Tapah hendaklah melalui (Peta Laluan 3)

  • Jalan Kapar/Jalan Meru-Jalan Raja Bot-Jalan Nanas-Jalan Pasar-Lebuh Tapah atau
  • Jalan Kapar-Jalan Goh Hock Huat/Jalan Nanas-Jalan Melayu-Jalan Raja Hassan-
    Jalan Pasar-Lebuh Tapah kecuali kenderaan yang tingginya melebihi 4.3m
    perlu melalui Bulatan 100 dan Jalan Batu Tiga.

Perpindahan Operasi Bas Henti-Henti, Bas Ekspres dan Kereta Sewa keTerminal Bas Klang Sentral, Jalan Meru, Klang

Semua operasi bas dan kereta sewa akan berpindah ke Terminal Bas Klang Sentral, Jalan Meru. Tarikh perpindahan pada 1hb November telah ditangguhkan dan tarikh baru akan diberitahu kelak. Hentian Bas Klang Utara, Hentian Bas Ekspres dan Kereta Sewa Lorong Kepayang akan ditutup sepenuhnya dan beberapa tempat menunggu bas (pick-up point) akan disediakan di sekitar bandar Klang untuk kemudahan penumpang.

Sila download maklumat dan peta laluan dibawah jika anda BIASA menggunakan laluan tersebut.

MAKLUMAT PENUTUPAN JALAN - Sila Download

PETA PENUTUPAN LALUAN - Sila Download

Wassalam…

Related Posts with Thumbnails

5 Responses to “Penutupan laluan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang”

  1. 1 cencurut

    Bhai…

    Jem teruk la Klang cam nie… dulu dah memang teruk.. kali nie.. lagi la teruk…. nasib baik gua dah pindah ke Kemaman, Terengganu nih… kalu tak… sure jem dari Seksyen 7 nak pi Klang…

    [reply this comment]

  2. 2 iwan_iman

    HMMMM………

    JEM2………

    [reply this comment]

  3. 3 admin

    Hahah :D klang jadi pekan koboi la macam ni… :)

    kadang2 aku dating dengan awek aku kat JJ bukit raja, kalau macam ni gamaknya… Sori la nak pi situ… JEMMMMM!!!

    [reply this comment]

  4. 4 titan

    ko dating kat banting ajela..

    [reply this comment]

  5. 5 Nici26

    Thank you very much for the knowledge about this good topic and buy essays about this topic at professional writing service.

    [reply this comment]

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin