Kandungan Perlembagaan Persekutuan
Published November 2nd, 2008 in malaysia, kontrak sosial, perlembagaan persekutuan, merdeka, Pilihanraya, Isu semasa, Informasi, IslamSalam semua… Kite belajar sejarah lagi ye…
Perlembagaan Persekutuan:
- Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.
- Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
agama Islam sebagai agama rasmi;
kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
soal kerakyatan.

- Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:
Perkara 1 hingga 4
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi
Persekutuan
Perkara 5 hingga 13
Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22
Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A
Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31
Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
Perkara 32 hingga 37
Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
Perkara 38
Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
Perkara 39 hingga 43C
Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
Perkara 44 hingga 65
Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan
Persekutuan)
Perkara 66 hingga 68
Persekutuan (Bab 5 – Acara)
Perkara 69
Persekutuan (Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman )
Perkara 70 hingga 72
Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79
Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
Perkara 80 hingga 81
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
Perkara 82
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri
(Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)
Perkara 83 hingga 91
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 4 – Tanah)
Perkara 92
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 5 – Pembangunan negara)
Perkara 93 hingga 95
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan
pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)
Perkara 95A hingga 95E
Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
(Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
Perkara 96 hingga 112
Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)
Perkara 112A – 112D
Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian
Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
Perkara 113 hingga 120
Pilihanraya
Perkara 121 hingga 131A
Perhakiman
Perkara 132 hingga 148
Perkhidmatan Awam
Perkara 149 hingga 151
Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan
Kuasa-kuasa Darurat
Perkara 152 hingga 160B
Am dan Pelbagai
Perkara 161 hingga 161H
Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
Perkara 162 hingga 180
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 181
Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
Perkara 183 hingga 183
Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Sumber : Jab. Penerangan Malaysia, wikisource

first time aku bace entri blog berkaitan perundangan malaysia. ahah…
[reply this comment]
admin reply on November 2, 2008:
Yup… itu cara aku.
aku suka jika berbeza.
tp masih ada yg tidak mengerti akan perlembagaan ni..aku ade masuk sabah forum aritu, dorang mcm tak suka sabah digabungkan mjadi salah satu negeri kat malaysia ni.. ade post dlm tu ckp disebabkan ketuanan melayu, dorang tak maju..
[reply this comment]
admin reply on November 2, 2008:
Mungkin ada betulnya… Tapi mereka tak boleh salahkan orang lain, sepatutnya salahkan pemimpin dikalangan masyarakat mereka. Mereka ada sumber semulajadi yang banyak (pelancongan, petroleum dsbnya), jika mereka nak maju mereka kena tau bagaimana untuk memanfaatkan sumber2 tersebut.
Tertubuhnya negara Malaysia (termasuk semenanjung, sabah, dan sarawak) pada ketika itu adalah bagi mengekang pergerakan komunis. tapi itu apa yang kita belajar di sekolah dulu. Aku tak tau la kalau ada maksud yang tersirat disebalik penggabungan tu.
Disebabkan gabungan tersebut juga Indonesia telah melakukan konfrontasi terhadap Malaysia. Sampai sekarang pun ramai masyarakat Indonesia yang membenci Malaysia. biasanya mereka dikalangan mereka yang terpelajar di sana.
ai..mentang2 la kerja kat situ sekarang..
[reply this comment]
admin reply on November 2, 2008:
Bukan setakat sebab aku kerja “dekat” situ…
Ini adalah isu semasa juga, dan FYI aku buat ni bukan suka2
ada udang disebalik mee…
Actually benda macam ni tak ramai nak ketengahkan, sedangkan orang ramai cari maklumat macam ni… setakat ni visitor blog aku tiap hari 300-500 unik.
Anggaran aku separuh mesti ada yang baca tentang perkara ni, kat situ aku dah bagi info yang sangat berguna untuk orang ramai. betul tak?
salam…. terlawat pula blog bro…
bagus juga buat benda ni… kalau banyak sangat blog fokus kepada niche yang satu lama-lama jadi bosan pulak..
[reply this comment]
admin reply on November 2, 2008:
Thanks
“terjumpa” kat mane blog ni? google? yahoo?
Blog niche atau tak niche memang ada kelebihan dan kelemahan masing2… Macam blog aku ni blog rojak, apa saje ada dalam ni. Memang takde niche khusus, mungkin niche yang paling dekat adalah “knowledge” atau info.
Setakat ni aku cuba sedaya upaya untuk menjadi unik…
hmm..terlalu di blog ni..
“admin reply on November 2, 2008:
Mungkin ada betulnya… Tapi mereka tak boleh salahkan orang lain, sepatutnya salahkan pemimpin dikalangan masyarakat mereka. Mereka ada sumber semulajadi yang banyak (pelancongan, petroleum dsbnya), jika mereka nak maju mereka kena tau bagaimana untuk memanfaatkan sumber2 tersebut.”
tahukah ke mana sumber semulajadi yang banyak tu hilang? Ke Semenanjung Malaysia. Sudah terang2 masalah berpunca dari sana, tapi kami pulak yg disalahkan? Ini la masalah dengan orang2 dari SM ni..stereotype.
Kami tahu macamana mau maju, kami tau macamana mau memanfaatkan hasil itu. Tapi sepa yang kebas semua? kamu! Petroleum, 5% saja kembali ke Sabah. 95% ke SM. Pelancongan, setakat pelancongan, berapa banyak peluang yang ada, itu pun sudah kami guna sebaik mungkin pun masih tidak mendatangkan hasil yg ketara.
Sori, tapi saya betul2 tidak tahan membaca komen saudara yang sangat menampakkan anda tidak peduli pun tentang Sabah dan Sarawak sedang kita ni sama2 Malaysian. Asal ada apa2 ketidakpuashatian terhadap keadaan di Sabah, jalan mudah, ’salah sendiri’ dijadikan alasan.
Dan memang ada maksud tersirat disebalik kemasukan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia. Kenapa kamu tidak tahu? Sebab memang kamu tidak mahu ambil tahu pun..
sori, off topic dan outdated reply..tapi bagi saya, hal ini (sabah & Semenanjung) tidak pernah outdated..
[reply this comment]
admin reply on April 28, 2009:
Minta maaf sekiranya komen saya mengguris perasaan saudara di Sabah atau Sarawak.
Maksud sebenar saya adalah, pemimpin di sana harus TEGAS dalam mempertahankan apa yang ada di sana(hasil bumi Sabah dan Sarawak). Sebaliknya yang berlaku sekarang, kerajaan pusat banyak mengambil hasil dari Borneo. Saya harap anda faham.
Salam.
Salam, great effort panjangakal ! Useful info..Anything on rukun negara, keadilan sosial or kontrak sosial? Thanks
[reply this comment]
admin reply on October 26, 2009:
Sama-sama, saya sekadar berongsi.