Mereka Juga Adalah Pejuang Kemerdekaan
Published October 23rd, 2008 in malaysia, bangsa, merdeka, indonesia, motivasi, InformasiSalam.
Anda minat sejarah? Tahu bagaimana susahnya untuk mencapai kemerdekaan? Negara kita, Malaya memerlukan 10 tahun untuk mencapai kemerdekaan daripada British sebelum bergabung dengan Sarawak, dan Sabah dan menjadi sebuah negara baru iaitu Malaysia pada 16 September 1969. Sebelum tu, pada tahun 1965 Singapura telah keluar daripada Malaya atas sebab keharmonian kaum yang tergugat, selepas Lee Kuan Yew menyuarakan mengenai “Malaysian Malaysia“. Bayangkan juga, jika ketika itu tiada pejuang berhaluan kiri (API, PKMM, AWAS, dan PKM) yang memulakan perjuangan ini. Mungkin kemerdekaan itu, mustahil untuk kita kecapi. Walaupun cara perjuangan mereka ada yang berasaskan gerila (berjuang dalam hutan), namun ketika itu ianya bukanlah satu pilihan. Mereka tiada pilihan, kerana pihak British ketika itu telah mengharamkan pertubuhan mereka!
Okay, agak sukar untuk aku menjelaskannya di sini. Jika hanya dengan penulisan yang hanya beberapa perenggan.
Tapi aku ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan. InsyaAllah selepas kamu semua menonton video ini, jika tak banyak paham sikit-sikit pun jadi la.
Nasihat aku, silalah buka minda, panjangkan akal, lapangkan dada, dan jangan mudah melatah. Fahami dan selamilah apa yang cuba disampaikan oleh bro FahmiReza ni.
Bagi aku, apa yang didedahkan ini cukup bagus untuk dijadikan tatapan khalayak semua. Semoga boleh menjadi azimat pada korang anak-anak mudaku!

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
Mari kita saksikan dokumentari pendek ini:
Sepuluh tahun Sebelum Merdeka!
![]()
![]()
![]()
Yang pasti, apa yang didedahkan ni takde diajar dalam buku-buku teks sekolah menengah. Nantikan juga Revolusi’48.
Wassalam… Good Luck bro Fahmi Reza!










ya…diorang pun sepatutnya dianggap pejuang kemerdekaan…
[reply this comment]
caya ah mie! x sia2 gua inform…
[reply this comment]
admin reply on October 24, 2008:
Thansk bro.