Air Oh Air!
Published October 21st, 2008 in air, selangor, Isu semasaSalam semua…
Seperti yang diketahui umum, baru-baru ni iaitu pada 16 Oktober hingga semalam kawasan kat tempat aku ni terputus bekalan air. Bayangkan la, 4 hari tiada air… Aktiviti harian pun turut terganggu, nak basuh baju, masak, mandi wajib, dan berwuduk semuanya memerlukan air.
Bagi yang tak tau tu, selain daerah tempat aku Kuala Langat, daerah-daerah lain yang terlibat adalah Hulu Langat dan Sepang termasuk la KLIA dan SIC pun takde air. Dari satu sudut, perkara ni cukup memalukan! Bayangkan, minggu lepas berlangsungnya kejohanan Polini MotoGP Malaysia. Apa kata orang luar bila perkara ni terjadi? Mesti diorang ingat masalah ni selalu berlaku.
Apa yang diketahui, punca sebenar bekalan air terputus adalah disebabkan kerakusan Lanun-lanun darat yang mencuri pasir berhampiran saluran paip utama yang terletak di kampung Revolusi Hijau, Sepang. Disebabkan kebodohan dan ketamakkan mereka mencuri pasir, masalah ini berlaku. Bodoh! Menyusahkan orang. Aku rasa hukuman yang paling sesuai untuk pencuri-pencuri ni adalah membayar ganti rugi 10 kali ganda kepada Syabas, selain hukuman penjara 10 tahun.
Pagi ni pula, bekalan air di tempat aku perlahan. Apa yang aku dengar, terdapat sedikit masalah pada paip yang mereka baiki sebelum ni. Aku harap Syabas dapat selesaikan masalah tersebut dengan segera, dan tak berlarutan sampai berhari-hari.
Anyway terima kasih kepada Syabas, kerana bertungkus-lumus bagi menyelesaikan masalah ini walaupun terpaksa bekerja 24 jam.
Wassalam.
p/s : Selama air takde 4 hari tu, aku terpaksa mandi kat umah nenek aku. Sebab rumah orang dulu-dulu mandi pakai air takungan dalam kolamkan? Terima Kasih nenek!

yeke emme..ko jgn lupe plak byr bil air kat nenek ko..haha..
[reply this comment]
admin reply on October 22, 2008:
Nenek aku pun tak bising…
ape email ko..kate nk ym..
msti nenek ko da penat la tuh nk bising2 kat ko pham2 la sndr..hahaha..
[reply this comment]
hehe..best apa mandi air kolah nih..
ada bagusnya. leh lawat nenek sekali..
[reply this comment]
admin reply on October 22, 2008:
Memang tepat apa yang ko cakap tu! memang ada hikmah la, walaupun umah nenek aku kat belakang je… tapi aku jarang datang jenguk nenek aku…
teruk la aku ni…
mmg teruk…. tp, lg teruk kt tmpt aku ituari… banjir o~… nk kuar pun kena ikut estet…
[reply this comment]
admin reply on October 24, 2008:
ko kene beli bot la geng, pegi keje lalu sungai la! haha
Sungai pun dekat jekan? tak payah la lalu estet..
waahahah
msti nenek ko da penat la tuh nk bising2 kat ko pham2 la sndr..hahaha..
[reply this comment]