Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Kita Bersaudara?

Salam semua…

Korang pernah makan buah tamar? Ada juga yang panggil buah kurma. Walau apa pun namanya, ia adalah buah yang sangat sedap. Nabi Muhammad dulu pun berbuka puasa dengan hanya 3 biji buah tamar, lihatlah betapa berkhasiatnya buah tamar. :)

Khasiat Buah kurma/Tamar:

khasiat-tamar

Selain tu, korang pernah dengar asal usul /pokok buah tamar ni dari mana? Kalau belum, kat bawah ni ada cerita asal usul buah tamar.

Asal-usul pokok Tamar:

pokok-tamarMenurut cerita, asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya, Nabi Isa a.s, Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncang pohon tamat di tempat dia melahirkan, lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba lain. Ditakdirkan Allah s.w.t dengan kelahiran Nabi Isa a.s itu juga, Allah s.w.t telah tumbuhkan pokok tamar betina.

Untuk mendapatkan buah tamar yang elok, ia harus dilakukan menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (proses pendebungaan betina dengan debunga jantan). Pokok tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit manakala pokok tamar betina lebih rendah serta daunnya melentuk ke bawah.

Pada bulan Februari, biasanya pohon tamar jantan dan betina berbunga setahun sekali. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang berkembang dari tandannya.

Untuk menghasilkan buah tamar yang berkualiti, ia mesti ‘disenyawakan’ oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau di terbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang 55 darjah celsius.

Bulan Julai pula adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos untuk dituai. Memadailah memiliki beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pokok tamar betina.

Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk diguna berulang kali selagi debunganya masih ada. Debu jantan pokok ini dikatakan berbau seakan air mani lelaki. Oleh itu tidak semua makhluk suka. Buah ini juga tidak berbau kerana Allah s.w.t mahu memelihara kesuciannya selain mudah untuk kita menguruskannya dalam cuaca panas kering. Maka tak perlulah risau ia dihinggapi lalat atau semut.

Sebelum aku menulis dan mengedit artikel ni, aku tak pernah tau pun asal-usul buah tamar ni dari mana. korang plak macam mane? :D Diharap artikel kali ni bermanfaat untuk korang juge.

Wassalam.

Sumber : okra spa

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to “Kita Bersaudara?”

  1. 1 RajaOtai

    ler…gitu rpanya cerita dia…x tahu la lak.. selama ni.. “Makan aje lah!” hehe

    [reply this comment]

  2. 2 cyza

    Macam baca rencana pasal tamar siut…
    bagus…thanks for sharing…
    baru tau lah khasiat nye yg sebenar….secara scientific lagi ;)

    [reply this comment]

  3. 3 reddebt

    memang manis buah tamar ni. Manis dia lain sangat banding gula..

    [reply this comment]

  4. 4 admin

    2RajaOtai - Tu la pasal, rupanya ramai yang tak tau. :) termasuk aku le tu…

    2Cyza - Sama-sama. :)

    2Reddebt - Em, betul tu… pelikkan? :D

    [reply this comment]

  5. 5 afham

    cam ne ea Nabi lu..relax jer tahan makan 3 biji time berbuka..pergh..hebat tol..

    [reply this comment]

    admin reply on October 20, 2008:

    Pada pendapat aku… cewah. :) manusia biasa macam kita ni, buat apa pun hanya berlandaskan nafsu! betul?

    Kalau nabi, makan kurma 3 biji… aku sekali makan 10 biji, tak ke ikut nafsu namanya tu?

  6. 6 PonTianaK DegiL

    Erm, naru tau lepas bace artikel ni. Thnks for the info..:)
    Tp, tu la..sekarang kurma da ade banyak yang campu ngan bahan kimia lain,
    semata-mata nak kasi tahan lame sikit.
    sampaikan, kurma yang sepatutnya tak dihinggapi semut,
    tapi kurma yang aku beli siap semut kerumun.
    mmg sah ade campur ngn bahan kimia lain.
    ade suggestion dari mne nak dapt kurma asli?
    brand ape?harge? :P

    [reply this comment]

    admin reply on October 25, 2008:

    aku ada jual… :) ko duk area mane?

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin