Selamat Hari Raya Semua!
Published September 28th, 2008 in selamat hari raya, IslamSalam, alhamdulillah bertemu lagi kita.
Kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada seluruh umat Islam di Malaysia, kepada pembaca-pembaca setia blog ini, kepada rakan-rakan semua, kepada keluarga jauh dan dekat, kepada jiran-jiran aku, kepada kawan-kawan lama, kawan-kawan baru dan seluruh umat Islam.
Kesempatan ni juga aku nak minta maaf, sekiranya selama ni aku berkasar dengan korang semua, maafkan juga sekiranya aku terkutuk, termaki, termarah korang semua. Sesungguhnya aku manusia biasa, tak dapat lari dari semua tu.
Kalau korang ada kelapangan silalah singgah beraya ke rumah aku, kalau korang tau kat mane la.

Tahun ni mungkin aku balik kampung kat Bukit Gambir, Muar Johor. Selain beraya kat kampung bapa aku kat Banting ni. Tak sabar plak aku nak beraya umah nenek dan atok, nak merasa ketupat, dengan kuah kacang dan rendang.
Kalau dulu, tak sabar raya sebab nak kumpul duit raya je. Tapi sekarang semua tu sudah jadi kenangan manis aku.
Sekarang kita plak yang kene kuar duit raya untuk adik-adik, dan sepupu-sepupu yang kecik-kecik tu.
Okay semua, SELAMAT HARI RAYA. Jika ada yang nak balik kampung tu, silalah memandu kenderaan korang dengan berhati-hati, patuhi peraturan jalanraya, dan had laju. Sesungguhnya, anda mampu mengubahnya.
Hahah ![]()

Selamat Hari Raya…
[reply this comment]
Selamat Hari Raya Semua…moga hari raya tahun ini memberi makna kepaada kita semua…insyaallah
[reply this comment]
2 nasrun dan azuan - Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
[reply this comment]
sayaaaaa….. sayaaaaaa…. sayaaaaaaa…..
saya nak buat ucapan selamat pagi raya untuk semua…. selamat hari raya 2008…
[reply this comment]
admin reply on September 30, 2008:
Fatah, aku nak duit raya dari ko.
weh, aku raya umah ko dapat duit raya tak? haha..
[reply this comment]
admin reply on October 3, 2008:
lor.. ko pun nak duit raya ke? tak nak bagi aa.