Salam semua, selamat berpuasa. Alhamdullilah kerana aku diberikan peluang sekali lagi untuk menulis dalam blog kesayangan aku ni. :) Sesungguhnya kita tak tau bila ajal kita akan tiba, dan ia takkan “delay” walaupun sesaat.

Baiklah, aku memang ada 2 berita. Satu berita baik, dan satu lagi berita buruk.

Aku rasa baik aku cerita yang buruk dulu la, untuk pengetahuan korang semua peminat pembaca setia blog ini, pada tarikh 19 hb - 24 hb September blog ini telah mengalami kemalangan. Maksud aku terdapat masalah berkaitan hosting. Dekat seminggu jugak la blog aku ni “down” kadang-kadang je dapat online, ini berlaku kerana aku bernaung di bawah payung Netkl.Com di mana mereka mengahadapi masalah pada hardware mereka.

Namun hasil kerja keras mereka, blog aku dah kembali normal hari ni. Syukur, dan terima kasih. Cuma aku sedikit terkilan sebab, mereka hanya dapat backup file-fileĀ  aku setakat sampai 14 hb September sahaja. So, artikel aku yang bertarikh dari 15 hb - 22 hb tak dapat diselamatkan. Salah aku jugak sebab tak buat backup sendiri. :(

Kawan-kawan yang lain seperti titan, taukey, dan abdfatah juga menghadapi masalah yang sama. Cuma aku tak pasti, seteruk mana kecederaan blog mereka. Mungkin lebih teruk? Aku tak tau… Anyway service netkl memang baik, seingat aku perkara macam ni tak pernah berlaku lagi sebelum ni. Terima kasih netkl.

Okay, sekarang aku cerita berita baik pulak. :)

Pernah dengar zangocash? Aku pernah me”review” tentang benda ni sebelum ni. Kalau belum pernah baca boleh tengok sini >>>

Dan semalam aku dah dapat first payment dari mereka bukti kat bawah ni.

Convert RM adalah dalam RM199, memang tak banyak tapi dapat la cover sikit untuk raya tahun ni. :) Kalau korang nak dapat income macam tu pun boleh, dapatkan panduan rahsiazango Alang ni. InsyaAllah korang boleh dapat, sebab aku pun baru je start buat bulan lepas, bulan ni dah dapat payment. Nak capai minimum payment pun tak susah, sebab nanti korang boleh belajar banyak dari forum yang disediakan. Kat situ nanti ramai kawan yang akan tolong.

Jangan lupa dapatkan sekarang panduan Rahsiazango ni, takut Alang naikkan harga plak. :) Okay klik saja banner kat bawah ni.

Related Posts with Thumbnails

8 Responses to “1 Berita Baik, dan 1 Berita Buruk”

  1. 1 taukey

    aku nyer cam ko gak la emme. sampai 14hb jer. pastu yang lain hilang. ada gak sedikit corrupt script wordpress aku. mgkn aku kena upgrade ke 2.6.2

    ko patut tanya nasrun. satu blog dia hilang. mysql hilang, data dia buat pun hilang. cian dia. penat lelah dah siap tunggu nak promote jer lagi. sekelip mata jer habis.

    [reply this comment]

    abdfatah reply on September 27, 2008:

    adesh… yang nih teruk sakan nih…

  2. 2 titan

    nasrun? waa, tu lagi teruk. sekarang. blog aku tak leh bukak langsung. tak leh masuk. tak tau apa jadi..harap2 takde masalah lagi teruk. aku dah rasa cam teruk gila dah ni..

    harap depa leh recover semua data..aku tak kesah bab masa. janji semua ada semula. nak karang balik bukan senang maa..

    [reply this comment]

  3. 3 admin

    2taukey - ye la, setakat ni nasrun punya blog paling teruk kene… kesian gile la… harap dia sabar je. Abdfatah punya aku tengok dah kembali normal, dan aku tengok blog dia macam tak teruk sangat.

    2titan - pasni lepas kita karang sesuastu kat blog kene buat softcopy la, simpan dalam notepad. :) insyaAllah selamat.

    [reply this comment]

  4. 4 abdfatah

    nasib baik laa untuk blog sejempot saya tuu… dan mungkin artikel kat sini akan bernasib baik jika tiada “read more” … untuk artikel tanpa “read more”

    kenapa? sebab dalam google reader ada tajuk2nya dan ada sekerat aje artikel yang tertera… yang selebihnya kena cantas “not found” kiranya memang teruk laaa…

    kalo blog earncent.com/blog tu untuk artikel sekitar haribulan 15 sehingga tarikh tercantas not found rasanya masih ada lagi dalam akaun google reader yang saya try add dalam senarai google reader…

    mungkin setengahnya ada dan mungkin setengahnya takder…

    [reply this comment]

    abdfatah reply on September 27, 2008:

    apohal pun yang terpenting adalah backup segala data yang ada untuk berdepan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku…

  5. 5 taukey

    Selamat Hari Raya Emme. Aku baru perasan tentang Zango Cash tu. perghhh dapat duit raya la ko ni. hahah. Dekat Rm200 tu. :D

    [reply this comment]

    admin reply on September 28, 2008:

    Selamat hari raya juga… haha :D baru perasan? :P

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin