Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Blog Kita
Join My Community at MyBloglog!
PageRank
hihera.com
TwitterCounter for @mohea

Delivered by FeedBurner

Archives

Survey



Salam, selamat berpuasa semua. Hari ni kita berkenalan pula dengan Nyamuk Aedes, dan penyakit yang disebabkan oleh nyamuk aedes, iaitu Demam Denggi. perkataan aedes adalah berasal dari perkataan Greek, iaitu AEDES yang bermaksud “tidak menyenangkan”.

nyamuk-aedes

Nyamuk Aedes

virus-denggi

Virus Denggi

Niat aku adalah untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia, betapa bahayanya demam denggi ni sehingga boleh membawa maut!

Tanda & Gejala Demam Denggi

  • Demam mengejut dengan sakit kepala yang teruk
  • Sakit di belakang bebola mata
  • Sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias)
  • Gatal-gatal
  • Bintik-bintik merah terang
  • Sakit perut, dan muntah-muntah
  • radang hati, paru-paru, dan otot jantung

Bagaimana Demam Denggi Berjangkit

  • Nyamuk aedes yang membawa kuman demam denggi
  • Seorang yang sihat digigit nyamuk aedes
  • Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya
  • Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Pencegahan

  • Menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi
  • Menghapuskan tempat takungan air (seperti bekas pasu bunga)
  • Pengguanaan ubat jentik-jentik
  • Gunakan kelambu
  • Fogging atau semburan
  • Yang paling penting pastikan kawasan kediaman anda sentiasa bersih dan sihat. :)

Aku harap artikel kali ini bermanfaat untuk semua, aku sendiri adalah “bekas” penagih pesakit demam denggi. Sengsaranya kena demam denggi ni hanya Allah sahaja yang tahu, kalau nasib tak baik faham-faham je la…

Jangan jadikan rumah korang jadi tempat pembiakan nyamuk pembunuh ni. Okay?

Salam, Ciao!

sumber : wikipedia


3 Responses to “Kaitan Nyamuk Aedes, Demam Denggi Dan Anda”

  1. 1 titan

    uik. gemuknya nyamuk tu. Nampak sangat dia tak pose..

    [reply this comment]

  2. 2 Aedes

    Saya ialah nyamuk aedes yang ditakuti oleh orang ramai, marilah hapuskan saya. Marilah kita lihat sama ada nyamuk hebat atau manusia yang hebat!!! HaHaHa….

    [reply this comment]

    admin reply on June 30, 2009:

    Uih, makin canggih nyamuk aedes sekarang ni… Jaga-jaga nyamuk aedes, jap lagi aku sembur ko dengan racun. :P

Leave a Reply





[Most Recent Quotes from www.kitco.com]

Iklan

freeKAD by IklanorAds

3K2 theme by Hakan Aydin