Penipuan (SCAM) SMS - Yang Anda Semua Wajib Tahu!
Published September 9th, 2008 in sms, scam, Informasi, Isu semasaSalam semua, selamat berbuka.
Aku harap korang happy, ceria, dan senyum selalu… Senyum sikit.
Pernah dapat SMS berbunyi macam ni?
“TAHNIAH! Sim Card anda telah memenangi Peraduan, dari “Akademi-Fantasy”. Anda memenangi Rm17,000. Sila hubungi 015-5568587 untuk menuntut hadiah anda!”
Tapi awas! Tahu tak, ianya sebenarnya adalah salah satu cara penipu-penipu di luar sana untuk memperdaya korang semua.
Aku sendiri pernah dapat SMS macam tu, dan aku tak pernah layan… Banyak kes-kes yang dilaporkan ramai dah yang terkena dengan sindiket ni. Bukannya kecil nilai yang terkena tu, bahkan sampai berpuluh ribu ringgit!
Kesian tak? Adakah korang salah satu mangsanya? Berita baik untuk semua warga Malaysia, saudara irwan Dahnil & Salleh Esa telah menyediakan satu report percuma untuk korang download dan baca tentang apa itu Penipuan SMS.
Dalam report percuma ni korang akan dapat tau:
- Modus Operandi Aktif, dan Pasif
- Manipulasi sistem SMS
- Adakah anda prospek menjadi mangsa
- Kaedah penipuan SMS. dsbnya.
Korang boleh download report ni di sini
>> Download - Penipuan SMS Anda Wajib Tahu! <<
p/s: Korang boleh sebarkan report percuma ni pada kawan-kawan, supaya dapat memberi kesedaran kepada semua.
Salam semua! Ciao.

jangan coba-coba mau kena tipoo… jangan biarkan diri menjadi mangsa keadaan dan terpengaruh dengan tawaran yang menarik dan lumayan tersebut….
[reply this comment]
siapa yang tak gembira sakan dapat hadiah lumayan namun hadiahnya kita yang bagi kat depa buat apa. mudah mudah aje kita yang kena bagi hadiah kepada mereka. bukan kita yang dapat hadiah… hadiah lumayan kepada mereka secara percuma…
Percuma…! kata ferdi…. eh bawang puteh… eh bawang merah…
[reply this comment]
Promote ebook ke ni fatah?
[reply this comment]
tuan blog dah warning dah…. wuahahahaa… eh eh banyak jugak ebook dalam tu…
[reply this comment]
admin reply on September 11, 2008:
Mane de marah fatah.
heheh ko punya pasal aku tak kisah, buat seratus backlink pun takpe…
Saya pun pernah terima sms mcm ni.
“”TAHNIAH” Simcard Anda B’jaya memenangi RM30.000 dari “COCA-COLA” Nampak di TV3 s’mlm pkl.11.30 No.PIN :012547 Sila_hub Office: 017-8906857 Terima Kasih.”
Apabila Buliten Utama TV3 menyiarkan berita mengenai sms menipu ni dan ada juga yang terkena, barulah saya faham bagaimana duit mangsa boleh hilang tiba2 dari akaun. Saya rasa sms ni dihantar secara rambang dan mangsa adalah biasanya pemegang akaun bank yang tidak pernah menggunakan online banking untuk akaun mereka.
Begini cara mangsa terkena jerat yang dipasang:
1) Mangsa akan menelefon nombor yang tertera dalam sms tipu ni.
2) Penipu tersebut akan menjawab panggilan dan akan nyatakan yang mangsa ni dah menang RMxx,xxx. Untuk menuntut hadian, mangsa akan ditanya adakan mangsa mempunyai online banking (contoh: Maybank2U), kerana wang tersebut akan dihantar secara online. Jika jawapannya tidak, BINGO! jerat dah mengena.
3) Mangasa akan disuruh pergi ke atm terdekat untuk melakukan transaksi berikut:
a) Mohon pin M2U. (Pin yang dihantar melalui sms tersebut contoh: 012547)
b) daftar no telefon M2U (untuk TAC, biasanya menggunakan no sms penipu tersebut. contoh: 017-8906857)
c) mangsa juga diminta untuk memberikan nombor kad ATM, kononnya untuk memudahkan proses dan sebagai rujukan.
4) Waktu ni penipu dah ada maklumat yang cukup untuk masuk akaun mangsa, apa lagi, penipu ni terus aktifkan M2U mangsa dan terus transfer ke akaun lain, dan lesap!!!
5) Bila tiba waktu dijanjikan, mangsa akam memeriksa baki dalam akaun, tapi bukan dapat duit yang banyak tu, tapi hilang semua duit dalam akaun.
Biasanya aduan yang kita dengar..
” Saya call no. tersebut, orang ni minta saya ke atm untuk masukkan pin & no telefon dia. Dia juga minta no kad saya katanya sebagai rujukan. Tapi bila saya periksa baki kad atm saya dah tinggal RM0. Tak kan lah dia boleh keluarkan duit saya sedangkan saya tak beri pun no PIN kad atm saya ni???”
Biasanya mangsa adalah orang yang tak pernah guna online banking & yang kurang mahir/ tak tahu guna internet. Mereka tak sedar dangan menggunakan no kad ATM, no. telefon penipu dan PIN yang diberikan dah cukup untuk penipu ni menceroboh akaun mangsa.
So.. hati2 lah.. jangan gelap mata bila nampak sms ni dgn hadiah RMxxx,xxxx….
[reply this comment]