Malaysia Adalah Malaysia

Salam semua, sesungguhnya aku kerimasan ni… Rimas dengan isu perkauman aka racial yang timbul ketika ni. Macam mane la isu ni boleh tiba-tiba muncul, jika sebelumnya dengan tuntutan Hindraf yang tak masuk akal tu, ni pulak dengan pemimpin sebuah parti politik yang cakap tak berlapik.Kenapa perlu ditimbulkan semua isu ni? Adakah kerana sifat dendam? Sedangkan kita dah merdeka 51 tahun, tapi masih mempunyai sifat curiga antara satu sama lain. Bukankah kita bangsa Malaysia? Yang membezakan kita bangsa Malaysia adalah anutan Agama kita sahaja.Bangsa Malaysia tidak di bezakan-bezakan dengan warna kulit, bahasa, dan budaya…Apalah faedahnya kerajaan wujudkan sekolah kebangsaan, program PLKN dan sebagainya, tapi rakyatnya sendiri masih berpecah-belah dan tidak paham ungkapan bangsa Malaysia. Apa yang menyebabkan kegagalan ini ya?…Suku kaum bangsa Malaysia:Bumiputera Semenanjung Malaysia.Melayu Anak Jati

  • Suku Johor
  • Suku Kedah
  • Suku Kelantan
  • Suku Orang Laut
  • Suku Pahang
  • Suku Patani
  • Suku Perak
  • Suku Terengganu

Melayu Anak Dagang

  • Suku Acheh
  • Suku Banjar
  • Suku Batak
  • Suku Boyan
  • Suku Bugis
  • Suku Cham
  • Suku Jambi
  • Suku Jawa (aku Jawa)
  • Suku Kampar
  • Suku Krinci
  • Suku Mandailing
  • Suku Minangkabau
  • Suku Rawa
  • Suku Riau
  • Suku Utsul

Melayu Kacukan

  • Melayu Arab
  • Melayu Cina
  • Melayu Eropah
  • Melayu India
  • Melayu Turki

Orang Asli

  • Semang (Negrito) - Kensiu, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendriq, Bateq
  • Senoi - Temiar, Semai, Semoq Beri, Jah hut, Mahmeri, Che Wong 
  • Melayu Proto (Melayu Asli) - Orang kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Jakun, Semelai, Temuan

Lain-lain

  • Serani
  • Siam Malaysia

Bumiputera Di Sabah

  • Kadazandusun
  • Bajau
  • Murut
  • Paitan
  • Bonggi
  • Idahan
  • Orang Brunei
  • Lundayeh
  • Iban
  • Kedayan
  • Bisaya
  • Kimarang
  • Rumanau
  • Minokok
  • Tidung
  • Bundu
  • Kimensi
  • Lobou
  • Orang Ulu

Bumi Putera di Sarawak

  • Iban
  • Melayu Sarawak - Melayu Brunei, Suku Dayak Muslim, Melayu Sumatera
  • Melanau
  • Bidayuh
  • Orang Ulu
  • Bisayah
  • Kedayan

Orang Cina Malaysia

  • Hokkien
  • Hakka
  • Kantonis
  • Hainan
  • Hoklo
  • Hui
  • Henghua
  • Peranakan
  • Teochew

Orang India Malaysia

  • Tamil
  • Benggali
  • Gujerat
  • Malayali
  • Sinhala
  • Telugu
  • Punjabi

Kaum Peranakan

  • Baba dan Nyonya
  • Chetty

Kaum-kaum Lain

  • Yahudi Malaysia - aku rasa dah takde kat Bumi Malaysia ni.

Senarai ni aku ambil dari wikipedia, so bangsa Malaysia sekalian. Hentikanlah perbalahan dan sengketa kita, aku rasa kita jadi macam ni pun disebabkan oleh orang-orang tertentu yang inginkan kuasa. Mereka ni sanggup buat apa saja, asalkan matlamat mereka tertunai, walaupun terpaksa menggadai negara, agama, dan bangsanya. Renung-renungkanlah. 

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Malaysia Adalah Malaysia”

  1. 1 bantingboy

    ya. kami anak malaysia..

    [reply this comment]

  2. 2 tryje

    Kita sebagai rakyat Malaysia, sesungguhnya harus lah bersyukur dan cuba untuk mengekalkan perpaduan antara kaum. Selalulah memanjatkan doa di setiap lepas solat, mohon kepada-Nya agar kemamkmuran ini sentiasa dihargai oleh semua pihak tak kiralah apa bangsa sekali pun… bak kata susan lancaster dalam cita mekanik

    ” Orang Putih ka, merah ka, biru ka .. kita orang Malaysia kan?”

    sekian terima kasih

    [reply this comment]

  3. 3 dr.oracle

    huhu, informatif gak.. Aku sebagai rakyat malaysia baru hari nie tau ader banyak tue suku kaum kat negara kiter nie..

    [reply this comment]

  4. 4 admin

    2bantingboy - Ya anak Malaysia, kalau bergaduh sesama kite, takde sape untung sejarah dah membuktikan.

    2tryje - ye tryje, kalau kita bergauh, cane nak jadi contohkan? :)

    2droracle - memang itu yang aku nak sampaikan, kita duk Malaysia dah bertahun, tapi masih tak kenal siapa “saudara-saudara” kita

    [reply this comment]

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin