Anwar Ibrahim Jadi PM Best ke?
Published August 18th, 2008 in anwar ibrahim, DSAI, Isu semasaSalam semua, aku dah dekat seminggu mamai ni… Demam + selesema. Seksa la keadaan macam ni, aku kalau nak sakit ni jarang sekali tapi kalau dah kena tu faham-faham la memang teruk…
Berbalik kepada tajuk aku kat atas tu, Anwar Ibrahim jadi PM best ke? Masa dia jadi TPM dulu banyak ke sumbangan yang dia bagi? Aku tak kenal dia secara peribadi, tapi mungkin ada dikalangan korang adalah dikalangan keluarga dia, atau kroni dia, atau pun konco-konco dia…
So, korang boleh bagi tau kat aku. Apa yang bagusnya bila Anwar jadi PM? Yang dicanang akan menjadi PM pada bulan September ni. Sebab kalau aku baca blog-blog yang anti Anwar Ibrahim ni, banyak sangat yang negatif pasal dia ni…
Setakat yang aku tau, ramai blogger yang aku kenal pro-Anwar Ibrahim aka Parti Keadilan. Aku tak suka dengan pendirian PKR bersubahat dengan HINDRAF… Selain tu, macam mane PAS boleh bersama dengan PKR yang terang-terang membantu HINDRAF… Korang taukan sape HINDRAF? Pikir la sendiri ye…
Ini adalah pandangan peribadi aku je, aku ramai kawan berbangsa India. Tapi aku tak suka dengan perjuangan HINDRAF yang terlalu ekstrim! Tau tak ekstrim? Pikir sendiri…
Lagi satu, PKR inginkan kesamarataan dalam semua perkara. Mak ai… Mane boleh, kalau macam tu habislah hak istimewa Bumiputera yang ditatang selama ni. Habislah kuasa orang Melayu bila semua benda samarata, sedangkan kita dah 51 tahun merdeka aku tengok masih wujud lagi SRJK (Tamil), SRJK (Cina)… Bagi aku, kerajaan yang memerintah 51 tahun dulu dah bagi peluang secukupnya untuk semua bangsa dan latar belakang…
Kalau tak, takkan bangsa Cina, dan India boleh jadi orang yang terkaya di Malaysia? Kalau betul kerajaan yang memerinah selama 51 tahun ni banyak sangat yang tak betulnya kenapa negara kita masih stabil ekonominya, pendidikannya, masyarakatnya, agamanya, pergaulannya?
Sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan, tapi sampai sini dulu la… kang aku cerita lebih-lebih jadi hal lain plak…
Okay, aku suka rujuk blog-blog ni kalau nak tahu peribadi dan siapa itu Anwar Ibrahim… Aku tak kenal pun sape pemilik blog-blog tu, tapi isi dalam blog tu dapat mengimbangi blogger-blogger pro-Anwar Ibrahim yang lain…
Sila lawat sini:
p/s: Nampaknya disebabkan masih mamai, aku menulis hal politik pula dalam blog aku ni… Walhal aku dah malas nak cerita pasal benda ni…

“Habislah kuasa orang Melayu bila semua benda samarata”
haha..lawak la..kenyataan awak nie….
[reply this comment]
admin reply on August 19, 2008:
hehe lawak ke? tak kisah la…
Bagi aku selama ni kita hidup dah sempurna… aku tak tau la orang lain, memang ada yang susah. Melayu, Cina, India pun ada yang miskin, ada yang kaya…
Aku bengang dengan Anwar kot…
mestila best…jawapannya terang lagi nyata
[reply this comment]
admin reply on August 20, 2008:
kenapa best? cerita la sikit… Aku tak minat Anwar, so aku tak kenal siapa Anwar.
knp suma blog tu menceritakan tentang negatif psl anwar??hmm betul ke tu blog anwar ibrahim??
[reply this comment]
admin reply on August 21, 2008:
La… apa la ko ni budak kecik…
takpe budak sekolah belum paham lagi benda macam ni…
aku tak kesah. Janji depa wat keje diorang. Ingat senang ke jadi PM?
[reply this comment]
admin reply on August 21, 2008:
Betul jugak ko cakap tu Titan…
Aku plak yang sibuk-sibuk wat pening sendiri? 
apa plak aku bdk kecik??huhhuu..weh pilihan raya kali ni agak kotor sikit la..hi hi hii..politik oh politik…
[reply this comment]
admin reply on August 22, 2008:
Maksud aku ko belum cukup matang untuk memahami…
Bila baca artikel awak ni saya rasamacam awak sorang yang berfikiran yang agak baik. rajin mencari maklumat. tahinah buat anda. bagi saya cuma maklumat anda kabur. bayangkanlah awak ada kerja gaji rm5000, tetpi kelulusan anda sepatutnya mendapat gaji rm10000. cuba bayangkan rugi atau tidak. bagi saya tentu rugi. boss tidak adil. anda tidak mendapat hak yang sepatutnya. begitu la yang terjadi pada negara kita.renungkanlah. mungkin bagi anda sudah cukup berpuas hati bila dapat kain batik sehelai. beras sekampit sudah memadai. tetapi bagi saya jika sepatutnya dapat lebih daripada itu. kenapa saya tidak akan tukar. anda bukalah al-quran selalu. teliti apa kandunganya. dan bandingkan dengan realiti kita di malaysia. maafkan saya. awak perlu menilai sesuatu dengan mata hati dan mukjizat allah (al-quran).bila hati terang , penilaian insyaAllah betul. jika hati hitam, beginilah apa yang keluar dari tulisan anda. menurut tulisah anda ini. memang ternyata anda bukanlah seorang yang hatinya bersih.bukan pengting pun anwar jadi pm atau tidak. tetapi yang paling penting perubahan dari yang tidak baik,kurang baik, atau sangat tidak baik. kepada yang lebih baik. wassalam
[reply this comment]
admin reply on August 22, 2008:
Terima kasih tokteh, ini hanya pandangan peribadi aku je… Aku bukanlah sempurna.
Orang lain pun boleh suarakan apa yang mereka nak… begitu juga dengan aku…
Lagi pun memang aku kabur dengan hal politik negara ni… Cuma belajar-belajar untuk menulis hal politik.
Ya, betul kita harus berubah menjadi yang lebih baik… soalnya sekarang aku tidak kenal dengan hati budi, dan peribadi Anwar… itu je…
Semoga Allah merahmati bumi Malaysia. Amin.
Nak tolong HINDRAF buat apa.aku rasa Malaysia ni
kira baiklah kerajaan.sebab dulu orang cina minta
bahasa mandarin cina jadi bahasa kebangsaan.
tetapi PM pertama Malaysia menolaknya.anda boleh
boleh buka sendiri sekolah cina ke india ke.
Tak cukup adil ke!!!!!!!!!!!!!!!!!!
[reply this comment]