Tahniah Misbun Sidek!

Salam semua… :)

Korang mesti dah tau Lee Chong Wei melangkah ke final Olimpik Beijingkan? Tapi korang perasan tak? Lee Chong Wei je yang dapat penghargaan dan hamburan pujian, sedangkan guru aka sifunya iaitu Misbun Sidek dipandang enteng je… Kalau diikutkan, tanpa Misbun Sidek tak mungkin Lee Chong Wei boleh mencapai tahap macam sekarang ni.

Korang setuju tak ni? Sebelum ni prestasi Lee Chong Wei pernah merudum selepas BAM mengarahkannya berlatih di bawah program BAM. Tetapi, selepas kembali dengan Misbun prestasinya kembali memuncak. Contohnya dengan kejayaan pelbagai kejuaraan, selain mampu menewaskan Lin Dan di Piala Thomas, mungkin kejayaan lepas tu mampu berulang di final nanti. :)

Okay mari kita berkenalan dengan Misbun Sidek:

Biodata.

misbun-sidek

Tempat Lahir: 17 Februari 1960 / Banting, Selangor, Malaysia (orang “kampung” aku ni)

Jawatan:

-Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)

-Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri
(Mulai 1 Januari hingga sekarang)

-Ketua Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (Mulai 1 Januari 2003 hingga 31 Disember 2004)

-Jurulatih Perseorangan Persatuan Badminton Malaysia(Mulai 1 Januari 2005 hingga sekarang)

Pencapaian:

1980 Pemegang Pingat Gangsa Bergu Lelaki Kejohanan Dunia (bersama Jalani), Jakarta
1981 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
Pingat Emas Perseorangan Sea Games di Manila
1982 Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Naib Juara Perseorangan Piala Dunia
Semi Finalis Perseorangan All England
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1983 Juara Perseorangan Terbuka Jerman
Juara Perseorangan Terbuka Sweden
Juara Perseorangan Terbuka Kanada
Semi Finalis Perseorangan Kejohanan Dunia
Tempat ke-3 Perseorangan Sirkit Pro-Kennex

1985 Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia
1986 Juara Perseorangan Terbuka Malaysia
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1987 Juara Perseorangan Terbuka Chinese Taipei
Juara Perseorangan Piala Konica (Singapore)
Juara Perseorangan Kebangsaan Malaysia

1988 Naib Juara Perseorangan Akhir Grand Prix Dunia
1990 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1992 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1994 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
1996 Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Atlanta.
1998 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2000 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
2002 Memenangi 3 pingat emas dalam acara perseorangan lelaki, berpasukan dan bergu campuran bawah kategori 35 tahun ke atas di World Masters Games, Melbourne, Australia.
Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Menerima penghargaan khas daripada Persatuan Badminton Melayu Malaysia
Menerima Penghargaan khas daripada Majlis Sukan Negeri Selangor
Menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan daripada Majlis Sukan Negara
2004 Tenaga jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga jurulatih ke Sukan Olimpik, Athen
2005 Tenaga Jurulatih Ke Kejohanan Dunia, California USA
2006 Tenaga Jurulatih Piala Thomas Malaysia
Tenaga Jurulatih Malaysia ke Sukan Asia, Doha

 2008 Membawa Lee Chong Wei ke final Olimpik Beijing 2008

Itulah lumrah manusia… mudah lupa, tapi takpe sebab aku ingat. :) Kadang-kadang bila ada pelajar cemerlang mendapat 15A, atau 21A jarang ada yang tanya. Sapa “guru” budak tu?…

Sumber : terima kasih kepada bulutangkis.

Related Posts with Thumbnails

6 Responses to “Tahniah Misbun Sidek!”

  1. 1 farahaznil

    hmm…chaiyok2 misbun..hahaha..hmm aku pun minat gak nak main badminton..aku aktif gak kat sekolah..tp knp la prmpn ni klu main xpandang endah sngt..huhhuu..ni aku sedih ni..cewah..ada bakat lah kunun aku ni..hi hi hi..

    akhirnya..chong wei gak yg dpt naikan nama malaysia..yeehaaaaaaa….sudah sekian lama negara kita tenggelam di dunia sukan akhirnya timbul kembali..cuma satu persoalan aku..knp cina selalu bersungguh2 bila bermain badminton??ini bkn 1 isu perkauman…org melayu nak jd apa??huhhuu..lg satu aku klu pg selayang mall tu slalu nmpk bdk2 cina bwk beg dan raket dorang..hmm..cina sememangnya berbakat dlm bermain badminton..go chong wei!!hahaha..xlupa gak pada misbun…tanpa dia dan family dia..badminton takkan terkenal smpi mcm ni.ingt badminton ingt family sidek!!hi hi hi

    [reply this comment]

    admin reply on August 17, 2008:

    Bukan isu kaum ni… ini adalah maslah institusi keluarga, orang melayu ni tak pandang sukan sebagai satu cara untuk mengeratkan perhubungan dan satu cara untuk mendisiplinkan anak2 mereka.

    tengok je anak-anak Cina tu, lepas habis sekolah ada je aktiviti yang dilakukan… berbeza dengan orang kita…

    So, fikir-fikirkan anda diluar sana…

    Semua orang kena tau, setiap juara dunia yang ada di muka bumi ni di asuh dari kecil lagi, selain mendapat dorongan dari ibu bapa dan keluarga mereka. :)

    Contoh paling mudah keluarga Allahyarham Haji Sidek, dan Keluarga Hashim (Roslin, dan Hafiz)…

  2. 2 bantingboy

    hoho..hidup banting!

    [reply this comment]

    admin reply on August 18, 2008:

    Hehe, ko Banting area mane aa? nak jugak aku berkenalan dengan ko. :)

  3. 3 titan

    Misbun memang best. Tapi sayang, tak banyak video yg menunjukkan aksi beliau..

    [reply this comment]

    admin reply on August 21, 2008:

    Itu la pasal… aku cari sebenarnya… nampaknya kena minta tolong siapa-siapa yang kerja kat arkib negara ni…

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin