Salam, halo semua rindu kat korang semua… keh..keh… :D

Dah lama jugak aku tak buat review filem melayu ni, kali terakhir yang aku buat adalah review filem KL Drift. :)

Korang dah tengok ke filem I’m Not Single (aku bukan bujang) arahan Piere Andre aka anak kepada Khatijah Tan ni? Kalau korang ada awek, aku rase filem ni memang sesuai untuk korang… Lagi-lagi kalau awek korang tengah merajuk, boleh la belanja dia tengok. Aku gerenti lepas dia tengok cite ni, mesti dah tak merajuk puya… ;)

Walaupun filem ni berdurasi lebih kurang satu jam 20 minit, tapi aku puas dengan jalan ceritanya… Memang best, dan sesekali membuatkan aku rasa terharu… :)) Memang boleh nangis siot… :)

Cuma yang membuatkan filem ni sedikit cacat adalah lakonan Lisa Surihani yang memegang watak Maya aka isteri kepada Adam (Farid Kamil). Sori Lisa, memang lakonan ko agak kaku… Adegan paling tak menjadi + kelakar adalah ketika ko kejar FaridKamil tu, aku tak pasti sama ada babak tu babak lawak atau babak serius… :lol:

Tapi aku rasa ko ada masa depan, cuma perlu diasah lagi bakat ko ni… :)

Lakonan pelakon yang lain memang baik, aku ni bukannya pandai sangat bab mengkritik ni. Tapi bagi aku lakonan Farid Kamil, Awal Ashaari, dan Intan Ladyana memang menjadi.Yang pasti lakonan Intan kali ni lebih baik dari filem pertama dia dulu, Jangan Pandang Belakang…

Okay ini je review dari aku, macam aku cakap tadi korang wajib tengok! :)

Aku bagi 4/5 bintang.

Poster I’m Not Single:

imnotsingle

Synopsis:

I’m Not Single mengisahkan pasangan Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan ibu bapa masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil. Walaupun saling membenci dan langsung tidak mempunyai rasa cinta, Adam dan maya tiada alasan untuk membantah tambahan pula perancangan tersebut disokong kuat oleh nenek Maya yang sangat teringin melihat persandingan cucu tunggalnya sebelum menghembuskan nafas terakhir. Maya sendiri mempunyai teman lelaki iaitu Dani. Dani dan Maya memang saling cinta mencintai dan telah merancang untuk berkahwin. Dani seperti tidak dapat menerima kenyataan Maya sudah berkahwin mencari jalan untuk mendapatkan Maya semula.

“Percutian bulan madu” di rumah pusaka keluarga Adam bukanlah satu rancangan yang bijak. Pelbagai peristiwa lucu yang mencuit hati berlaku sepanjang mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama mereka saling mengenal hati budi masing-masing. Namun Maya masih bertemu dengan Dani dan Maya mempunyai niat untuk melanjutkan pelajaran ke universiti memandangkan usianya baru 21 tahun.

Melihat perilaku Maya, Adam menjadi tertekan dan serba salah dengan perhubungan itu. Sehingga pada suatu hari mereka bertengkar dan Maya meminta diceraikan. Adam terus meninggalkan Maya keseorangan. Maya menghubungi Dani dan Dani memberitahu Maya yang dia ada bertemu Adam. Adam telah memberi beberapa pesanan kepada Dani untuk menjaga Maya dengan baik.

Kisah seterusnya boleh tengok di pawagam k…

Kalau korang nak tengok David Teo berlakon, inilah masanya… :) Memang lawak.

Salam, Ciao! :)

Sumber dari: im-not-single-themovie.blogspot.com

Tempat: Sunway Pyramid

Filem: Saya Bukan Bujang. :P

Tiket: 2 keping (rm 24.00) couple seat maa.. hehe :D

Trailer I’m Not Single:

updated: 04/08/08 Monday

Tadi aku tengok lagi kat JJ Bukit Tinggi Klang. :)

Korang tak tengok lagi ke? Mungkin disebabkan hari ni hari Isnin, yang tengok tadi boleh dikira dengan jari kaki aku termasuk dengan jari tangan kanan aku… :) hehe

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Review Filem : I'm Not Single (Aku bukan bujang)”

  1. 1 sunflower87

    alo….em tau x tajuk background song tuk flem nie….nice to hear la…

    [reply this comment]

    admin reply on November 20, 2008:

    Permintaan anda telah ditunaikan… :)

Leave a Reply





Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"

Iklan

Mobile Payments by Fortumo
3K2 theme by Hakan Aydin