Page Rank Blog Aku Naik Lagi!
August 1st 2008 12:52 am
Salam semua! Aku harap korang sihat ye… Emm, sekarang ni musim apa aa? Musim orang demam ke? atau musim buah-buahan? Aku rasa dua-dua pun ada, bila datang musim buah maka ramai jugalah yang akan demam. Sebab terlebih makan buah durian, atau rambutan agaknya…
Anyway, tak kisah la musim apa pun… Yang penting sekarang ni, page rank blog kesayangan aku ni dah naik lagi lah…
Kalau sebelum ni PR blog aku 2, tapi sekarang berjaya naik setakuk lagi.
Sukanya aku!! Cuma yang menjadi persoalan sekarang ni, apa kepentingan PR dalam sesebuah blog? Terlalu banyak ke, kelebihannya bila PR blog atau website kita tinggi? Ada sape-sape boleh jawab?
Ada orang cakap PR tinggi ni takde maknenya kalau isi kandungan blog tu haprak? Ye ke? Ntah la, aku pun tak tau sangat bila bercerita tentang page rank ni…Masing-masing ada pro dan kontranya…
Aku bersyukur dengan “nilai” PR blog aku yang semakin baik, tapi ada juga blog rakan-rakan aku yang dulunya mempunyai PR yang baik tetapi mengalami kemerosotan yang mendadak, seperti yang terjadi kepada blog Titan aka earncent.com. Jika sebelum ini PR untuk blog earncent.com adalah PR 3, tetapi kini blog ini hanya mampu mempunyai PR”0″!
Sesuatu yang cukup membuat aku tertarik adalah, blog mantan Perdana Menteri kita yang keempat iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, walaupun Tun baru sahaja ber”blog”pada bulan May yang lalu, page rank blog beliau adalah PR5. Begitu juga PR untuk blog mantan Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr. Khir Toyo juga mempunyai nilai PR yang sama.
Sedangkan aku yang dah berblog lebih 7 bulan pun nilai blog 3 sahaja…
Baiklah, aku ada 10 sebab kenapa hal ini berlaku. Kenapa blog-blog politik ni mempunyai nilai PR yang tinggi?
1. Blog-blog mereka mempunya pelawat/trafik yang banyak, sebagai contoh blog chedet.com ketika ini telah menerima sebanyak 4,562,070 pelawat! bayangkan… (walaubagaimanapun blog chedet.com telah di”suspen” oleh Google kerana mereka ingat blog Tun blog spam)
2. Komen di blog mereka amat-amat banyak…
3. Ramai pengguna internet mencari keyword seperti, “chedet, “blog mahathir, “drkhir”, “blog dr khir” dan sebagainya. Aku rasa hal ini turut membantu meningkatkan nilai PR blog mereka.
4. Blog mereka mungkin menerima banyak backlink atau linkback, daripada kalangan blogger yang lain kerana backlink adalah sesuatu yang sihat dan bagus untuk blog kita.
5… 6… 7… 8… 9… dan10… aku belum fikir lagi.
Sampai sini dulu untuk hari ni, aku nak sambung update projek zangocash aku! Ciao!
P/S: Apa page rank blog korang?














