Kereta Nasional
July 26th 2008 02:38 am
Salam semua, sori sebab dah lama tak update blog ni.
Ada tugas lain yang aku perlu lakukan, harap korang memahami ye… Kisah yang akan aku ceritakan ni adalah kisah ‘benar’. Terserah sama ada korang nak percaya atau tidak…
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di Lebuhraya Utara Selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lorong kecemasan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil itu sedang berjalan ke hulu ke hilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta EVO9 berhenti di sebelah kereta kancil tadi.
“Ada apa nie pakcik. kereta rosak ke?” tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20-an. “Ha ‘ah rosak” jawab pakcik tu simple aje…
“Ok camni la, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol… Mamat ni bagi idea.
“Worrait gak tu…”, tapi… nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagiĀ high beam”
“Ok pakcik”… mamat ni pun ikatlah tali kat kereta kancil di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper keretanya. Dia pun jalanlah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slow la balik…
Tiba-tiba ada sebuah Ferrari datang dari belakang dan ‘press’ minyak kat mamat EVO9. Apa lagi, jiwa muda pantang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar Ferrari ni… lupa la pulak dia dengan kereta kancil orang tua yang diikat kat belakang kereta dia.
Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat EVO9 tu dah tak sedar dah hangain punya pasal. Kebetulan pula polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
Vroooommmmm!!!… bedesup peginya… ini dah lebih speed limit ni… kata polis tersebut… cecah 250 km/j masing-masing ni… dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yang laju ni…
“Laporan, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah Ferrari, sebuah EVO9 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaya punya… sebuah kanci putih tengah cucuk angin EVO9 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!.
Jangan marah aa…
heheh














bantingboy responded on 27 Jul 2008 at 10:35 am #
Hoho..biar betul kancil tu cucuk belakang..
[reply this comment]
admin reply on July 27, 2008:
heheh aku wat lawak je la…
Mohd Sufian responded on 11 Aug 2008 at 10:26 am #
Memang best post nie…
[reply this comment]
admin reply on August 11, 2008:
Best ye… tq2
sila la datang lagi…
Uncle G responded on 13 Aug 2008 at 10:36 am #
adui.. terkena pakcik
[reply this comment]
admin reply on August 13, 2008:
Sori…