Khas Untuk Peminat Bola Sepak Selangor!
July 20th 2008 08:43 pm
Salam semua.
Sesungguhnya aku masih mengingati memori kancah Liga Perdana Malaysia sekitar tahun1993-1995 (masa tu aku berumur 8-11 tahun).
Ketika tu perlawanan-perlawanan liga profesional di negara kita ni cukup meriah, dulu aku tak dapat peluang untuk ke stadium. Tapi sekadar menontonnya di televisyen yang disiarkan oleh TV3 (sebelum diambil-alih oleh RTM-tak meriah), kalau takde siaran langsung di televisyen, radio Malaysia Selangor yang menjadi peneman aku.
Waktu tu ramai nama-nama besar yang bermain antara yang aku masih ingat adalah Azman Adnan, Annuar Abu Bakar dari Selangor, Radhi Mat Din, dan Manja Man untuk Kedah. Selain diperkuatkan dengan pemain import seperti Abbas Saad, Alistair Edward, Josip Biskic, Mehmet Durakovic dan ramai lagi.
Aku berani cakap, semangat pemain ketika itu lebih bagus daripada pemain yang ada sekarang. Bukan aku nak merendahkan pemain sekarang, tapi korang tengoklah sendiri macam mane diorang main jika nak dibandingkan dengan orang dulu-dulu. Ranking FIFA untuk bolasepak lelaki dah menunjukkan segala-galanya.
Jika dahulu pasukan negeri yang bermain dalam liga kita setaraf dengan Kelab ternama lain seperti Dundee United, River Plate, dan Arsenal kenapa sekarang sebaliknya? Kalau nak dibandingkan soal gaji, aku rasa gaji pemain sekarang adalah lebih tinggi jika nak dibandingkan dengan pemain terdahulu. Setakat yang aku tahu, gaji paling rendah untuk pemain profesional di negara kita adalah lebih Rm2,000, dan yang paling tinggi ada yang mencapai belasan ribu ringgit..
Em… apa yang aku boleh buat? Hanya mampu memberikan luahan hati semata-mata… Nak juga aku tengok liga kita seperti yang berlaku pada awal tahun 90-an dulu memang meriah.
Adakah Astro bersalah dalam hal ni? Kerana menyiarkan perlawanan dari liga luar seperti BPL, La Liga, dan Serie A yang pastinya lebih meriah kerana dibarisi pemain-pemain ternama dunia selain kualiti permainan yang disajikan?
Entah la kan, siapa yang bersalah agaknya? Yang aku ingat, kemerosotan yang terbesar berlaku apabila berlakunya gejala rasuah yang bermula sekitar tahun 1994-1995 dulu. Ketika tu ramai pemain liga utama yang digugurkan kerana FAM telah mengharamkan mereka dari menyertai semula liga, antara pasukan yang terlibat adalah Sabah, dan Singapura. Selepas kejadian tu, Singapura telah menarik diri dari menyertai liga di negara kita kerana ingin menumpukan kepada liga domestik di negara mereka.
Mari kita imbas kenangan manis Pasukan Selangor…
Lirik lagu Semangat Selangor:
Merah kuning lambang kebanggaan
Selangor merancang kejayaan
Gemuruh sorakkan menggegarkan
Cabaran disambut dengan kesungguhan…
Kecemerlangan… 3x
Jadi kenyataan…
*
Merah kuning keberanian
Merempuh segala halangan
Sekali melangkah buktikan kemampuan
*Ulang
Selangor darul ehsan
Selangor darul ehsan…
Boleh download kat sini DOWNLOAD
Sphere: Related Content













bantingboy responded on 27 Jul 2008 at 10:39 am #
hang ni orang kuat selangor rupanya..
[reply this comment]
admin reply on July 27, 2008:
Dah kampung halaman aku… ko pun samakan?
TheReds responded on 31 Jul 2008 at 6:22 am #
Cayalah..
aku pon penyokong kuat selangor time tu..
zaman tu..selangor menang piala Malaysia 3 tahun berturut-turut.Tapi tahun 95-97 la..
[reply this comment]