Kes Liwat Anwar Ibrahim
July 2nd 2008 02:01 am
Bismillahhirrahmannirrahim…
Salam semua.
Ke mana-mana aku pergi semua bercerita mengenai kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maksud aku blog-blog tanah air semua membincangkan mengenai isu ini. Bermacam-macam teori juga yang aku baca dari mereka… Em, buat aku bingung la dengan permainan politik Malaysia sekarang.
Ya Allah, selamatkan Malaysia. Aku tak mahu bercerita lanjut, kerana korang boleh baca sendiri mengenai isu ini di akhbar-akhbar, blog, youtube dan pelbagai lagi saluran media. Korang buatlah penilaian sendiri…
Aku hanya nak buat sedikit siasatan “forensik” dari meja komputer aku ni…
Ini bukan edisi siasat titan aa, ini betul-betul, bukannya cobaan…
Baiklah sila baca laporan yang dibuat oleh mamat yang sudah “glamour” seantero dunia ini kepada pihak polis…
“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya(Anwar Ibrahim). Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai(ni apa cerita ni? boleh kata bodoh jugak budak ni, kalau betul-betul tak nak orang tahu buat apa dia buat report polis?). Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”
Baiklah mari kita mulakan siasatan forensik kita ni…
- Menurut Mohd Saiful, kali terakhir dia di liwat adalah pada 26/06/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara.
- Waktu yang tepat tidak dapat ditentukan, kerana dalam laporan itu tidak dinyatakan.
- Baiklah, aku sudah singgah di blog Anwar Ibrahim untuk mencari “bukti”, aku tak dapat apa-apa dari sana cuma aku dapat sesuatu yang lain.
- Di dalam blog Anwar Ibrahim beliau telah menulis artikel bartajuk KeADILan Selangor: Muafakat Dicapai, Kepimpinan Khalid Terus Didukung bertarikh 26/06/08, iaitu tarikh yang sama dalam laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful.
- Melalui penulisan artikel yang aku nyatakan diatas, berkemungkinan Anwar Ibrahim menulis artikel tersebut sekitar jam 4 pm - 5 pm. Kerana komen pertama yang muncul adalah pada Jun 26th, 2008 at 5:13 pm yang ditulis oleh people’s power.
- Malam sebelumnya Dato’ Seri Anwar(DSAI) telah mengadakan perjumpaan dengan pemimpin parti keadilan Selangor, seperti yang dinyatakan dalam blog beliau, “Malam tadi saya, Syed Husin Ali, Azmin bersama dengan Tan Sri Khalid, ketua bahagian dan ahli perhubungan, Ahli Parlimen dan DUN Selangor mengadakan mesyuarat khas”.
- Aku tidak kenal dengan rapat dengan DSAI, cuma persoalan aku kenapa isteri beliau tidak turut serta dalam perjumpaan itu? Selain itu, dalam tempoh 06:00am-16:00pm dimanakah DSAI berada? Ini adalah anggaran aku sahaja.
- Jika mereka(pemimpin keadilan) melakukan perbincangan, mungkin akan tamat sekitar awal pagi. Jika melihatkan keadaan ini DSAI mempunyai alibi iaitu ketika kejadian seperti yang didakwa Mohd Saiful.
- Di mana pula DSAI berada sekitar jam 17:00 pm(26/6/08) - 24:00am(27/6/08)?
- Dan sekali lagi, DSAI telah melakukan rutin hariannya sebagai blogger untuk menambah artikel dalam blognya, kali ini DSAI menulis artikel ini Gagasan Pemikir Sepanyol - Ortega Y Gasse, masa yang tercatat untuk komen pertama adalah pada Jun 27th, 2008 at 8:51 am oleh Mansor.
- Sekarang kita perhatikan dalam tempoh 06:00am-16:00pm dan 17:00 pm(26/6/08) - 24:00am(27/6/08) di mana DSAI berada? Jika benar DSAI tidak bersalah, pastinya beliau mempunyai teman disekelilingnya yang boleh menjadi saksi dalam isu ini.
Kesimpulan yang aku dapat adalah, kenapa orang disekelilingnya tidak menonjolkan diri mereka ketika perkara ini mula tersebar? Bukankah mereka boleh buat penjelasan yang mereka berada bersama DSAI ketika kejadian?
Aku sendiri bingung… Ini hanyalah teori aku secara kasar, mungkin pihak polis dapat melihatnya secara lebih halus dan mendalam…
Pokok pangkalnya, kebenaran pasti akan terungkai akhirnya…
Sumber dari: putrawangsa.com, anwaribrahimblog.com
Pautan lain-
anwar-ibrahim-liwat-mohd-saiful-bukhari
anwar-ibrahim-out-from-turkey-embassy
anwar-is-playing-you-for-a-fool
Apa yang aku nampak, pakatan rakyat semakin kuat dan mendapat tempat dihati rakyat kerana berasa simpati dengan nasib DSAI.
Tetapi, adakah benar ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan DSAI? Atau adakah DSAI sendiri yang mengada-ngadakan isu ini?
Hanya Allah sahaja yang tahu, dan kebenaran pasti akan kita ketahui.
Updated 05/07/08:
Link Friendster Mohd Saiful Bukhari http://profiles.friendster.com/saifulbukhari nasib-nasib la kalau dia add korang… ![]()














yazidyahaya responded on 02 Jul 2008 at 12:49 pm #
biasala tu…mengupat..tapi tak baik kalau tak usul periksa dulu
[reply this comment]
admin reply on July 2, 2008:
Ya betul… aku pun takut nak cerita benda ni lebih2, sebab tak tahu kebenarannya. Masing2 cakap mereka dipihak yang betul!
nasrun responded on 02 Jul 2008 at 1:37 pm #
Keluar balik ye cite ni? Dah lama tak dengar..
[reply this comment]
wan_noor reply on July 2, 2008:
ntah la den pun herngak xkan dsai nak bat benda2 smua.
corneamleayu responded on 02 Jul 2008 at 2:00 pm #
bahaya gak sebenarnya bila bincang pasal kes ni. bahaya bukan sbb kena tangkap ke apa ke…bahaya sbb kita tak tau kesahihan kes ni…takut kalau x betul…x pasal pasal je…
[reply this comment]
admin responded on 02 Jul 2008 at 8:25 pm #
Nasrun- Dulu selalu dengar ke Nasrun?
Corneamelayu- x pasal-pasal kenapa corneamelayu?
[reply this comment]
nasrun responded on 02 Jul 2008 at 10:38 pm #
Zaman die baru kena tangkap dulu la emme.
Sekarng ni leh kuar balik lak.. apeda.
Betulgak cakap corneamelayu tu. Tak tau sahih ke tak..
[reply this comment]
corneamleayu responded on 03 Jul 2008 at 8:54 am #
x pasal pasal je kita dpt dosa…dah la dosa melambak lambak…hmmm…lagipun kita kena pastikan sesuatu perkara/hal betul dulu sblm kita siarkan..aku mintak maaf kalau aku silap/singgung perasaan sesiapa…xde niat nak malukan/jatuhkan maruah sesaipa..cuma beri pandangan/teguran..aku yakin kita ni selalu lupa.begitu juga pada aku, kalau aku lupa aku mintak sgt, tlg la tegur aku…
[reply this comment]
Uncle G responded on 03 Jul 2008 at 10:53 am #
pakcik pon heran gak sebanarnya.. camne la isu liwat nie boleh keluar lagi
[reply this comment]
hairun responded on 03 Jul 2008 at 4:35 pm #
biasalah dunia politik. masing2 nak p’thankan kedudukan kerana bila dah dok kat atas tu dapat kaut harta sebanyak mungkin harta negara yang diamanahkan. Takpa mungkin dapat tipu dunia tapi ingat azab ALLAH yang MAHA MENGETAHUI segalanya. Wahai manusia takutlah pada azab ALLAH.
[reply this comment]
titan responded on 04 Jul 2008 at 1:39 am #
yang aku pasti, setiap bulan, pasti ada isu dan kontroversi di Malaysia.
[reply this comment]
admin reply on July 4, 2008:
Betul jugak… apa maksudnya? aku dapat satu info yg yang boleh dipercayai, forecast untuk harga minyak untuk buat masa ni adalah sekitar $130 setong…
Dan mereka menjangkakan, harga seong minyak akan mencapai $400 per tong. Korang nak percaya ke tak aku tak kisah, yang penting aku dah bagitau…
So, apa tindakan korang sekarang? mahu cari duit lebih atau sebaliknya?
FYI negara-negara membangun seperti Bangladesh, Pakistan dan sebagainya akan lumpuh ekonomi mereka… Negara kita yang sangat bergantung dengan ekonomi Amerika, pasti akan mengalami nasib yang sama.
Ntah la, seram aku dengar…
Mak siti responded on 17 Jul 2008 at 12:42 am #
Kenapa orang Anwar tak pertahankan diri???? Jawapannya jikala Anwar beri alasannya sekarang,….Pihak yang mendakwa boleh mereka-reka bermacam-macam cerita lagi…. Jadi tempat yang terbaik untuk menceritakanapa yang berlaku sebenarnya adalah di Mahkamah nanti… Jadi oleh itu buat masa sekarang ini berdiam diri lebih baik dari mempertahankan didalam akhbar tetapi tidak mendatangkan sebarang faedah. ANWAR JANGAN MELATAH!!!!!
[reply this comment]
jem labu responded on 20 Jul 2008 at 10:10 am #
admin minat cereta dsai tu, nak ckp semua ok tapi kita tak faham . mungkin betul mungkin ya.
[reply this comment]
baity emy responded on 20 Jul 2008 at 7:22 pm #
Assalamualaikum..simpati sgt2 dgn anwar ibrahim..dah terang2 dia dianiayai org..same-samelah kite doakan kpd pihak yg buat dajal nie..hanya Allah jelah yg tahu sape yg btol dan sape yg salah..dan bersedialah menerima laknat Allah yang amat-amat pedih itu..menfitnah itu lebih besar dosanya drpd membunuh
[reply this comment]
rinah responded on 29 Jul 2008 at 12:06 am #
sekiranya tiada lagi keadilan an ketelusan dalam politik fitnah bermaharajalela pererbutan kuasa apa saja bole dilakukan,kejadian yang hampir sama ketika kejatuhan melaka di tangan pertogis.fikirkanlah……
[reply this comment]
Hamba Allah responded on 31 Jul 2008 at 3:04 pm #
Sebenarnya pemimpin Malaysia ni tak pernah ambik pengajaran dari kisah Rasulullah dan Sahabat-sahabat nabi dalam hal pemerintahan. Aku baca artikel yang ditulis mufti Perlis, Ustaz Asri, die sentuh tentang kite sekarang hidup zaman fitnah. Masing-masing nak pertahankan die betul sampai wujud fitnah memfitnah. Manusia sanggup memijak ugama untuk sampai ke atas. Berape kali agama dipijak-pijak untuk kepentingan. Bila isu liwat keluar, masing-masing keluar hujah dan dalil2 terhadap seteru masing-masing tapi persoalannya bile jari ditunding balik pade mereke tak ade pulak dalil-dalil dibawak utk menggambarkan kesalahan mereke. Jadi insaflah umat Islam…..ikutlah sunnah nabi dalam memerintah….Waallahualam.
[reply this comment]
howtoreplacethermocoupleonstatebrandwaterheatercen responded on 11 Aug 2008 at 4:22 pm #
The panjangakal.com is cool resource, good job, admin. And look at this state electric water heater
[reply this comment]
viagraceathehon responded on 19 Aug 2008 at 2:19 am #
The site panjangakal.com is good site, thanks, owner.
viagra viagra online pills.
[reply this comment]
sheryn responded on 21 Aug 2008 at 7:57 pm #
Mengapa susah sangat Anwar nak bersumpah dengan nama Allah bahawa dia tidak bersalah?????????????
[reply this comment]
admin reply on August 22, 2008:
Itu hak Anwar kot… lagipun mengenai sumpah pun para ulama bercanggah…
NABILA responded on 22 Aug 2008 at 1:53 pm #
pd pendapat saya tentang kenapa org anuar tidak kluar menyuara mempertahankan di manakah anuar ketika itu kerana sekarang ni “musim panas” kempen pematang pauh dan mgkin orang anuar tahu taktik fitnah dn ORANG2 BERSUBAHAT untuk terus menghukum anuar… so bagi mengelak kekacauan memang patut anwar dan orang2 nya diam sebelum bukti yang sabit kan kesalahan anwar ke mahkamah… jika org2 anwar bersuara sudah tentu ORG2 fitnah akan memutar belitkan dan sensasikan keadilan anwar.. betul tak dan lagi satu, jika orang anwar tidak mempertahankan anwar hanya wife anwar saja yang layak mempertahankannya. seperti kita sedia maklum wife anwar menafikan keras2 fitnah tersebut kerana tarikh dan masa tuduhan fitnah itu (saiful kena liwat) wife nya bersama anwar ketika itu…. tapi saya keliru tahu sapa benar dan sapa salah… andaikata MAHKAMAH jatuh kan hukuman ke atas anwar tentang liwat ini bermakna kita kena tunggu 4, 5, 6 tahun untuk lihat adakah kesahihan tuduhan itu benar atau tidak (seperti yang kita maklum anwar bebas kerana BERSIH SUCI dari tuduhan liwat orang sebelum ini).. jika kita analisis terperinci secara halus sebelum saiful bertugas dgn anwar saiful pernah bertugas dgn pejabat kerajaan kita dan saiful bergambar dengan dato shahir, sharizat dan bergambar berlantar belakang kan pejabat timbalan PM…… apa motif sebenarnya saiful ini???? apa pun kita orang islam ,ALLAH SWT ialah Tuhan MAHA ANGUNG MAHA BERKUASA , NABI MUHAMMAD SAW adlah pesuruh ALLAH SWT…. berdoalah mudahan SAPA PUN YANG BENAR AKAN SELAMAT… mudahan ALLAH SWT pertunjukkan jalan yang benar bagi org2 yang kurang imannya dan memperkayakan ketabahan dan kesabar pd orang yang di zalimi…. dan moga ALLAH AMANKAN DUNIA INI amin..
[reply this comment]
admin reply on August 22, 2008:
Ye la… kita tawakal je dengan Allah…
best savings accounts responded on 25 Aug 2008 at 7:08 am #
Nice site
Thanks, webmaster.
[reply this comment]
Ipod Nana responded on 26 Aug 2008 at 10:51 am #
Nice site
Thanks, webmaster.
[reply this comment]
digital cable modem responded on 26 Aug 2008 at 5:20 pm #
Cool blog
Thanks, webmaster.
[reply this comment]
cctv responded on 09 Sep 2008 at 5:20 pm #
glie blake…..
[reply this comment]