Analisis Aku Untuk Piala Eropah 2008 l Austria dan Switzerland
Published June 2nd, 2008 in piala eropah, Informasi, Isu semasa, Umum.jpg)
Salam korang rasa pasukan mana juara Piala Eropah tahun ni?
Analisis aku ni berdasarkan ranking pasukan bertanding, pengalaman, keupayaan semua posisi, dan berdasarkan kritiria yang aku buat sendiri… Hehe suka hati aku la, blog aku.
Pasukan pilihan aku tahun ni adalah Italy (juara piala dunia 2006), Sepanyol, Belanda, dan German.
Italy yang lebih dikenali sebagai skuad Azzurri memang sudah terkenal dengan kekentalan pertahanannya, selain mempunyai keseimbangan di bahagian “midfield” dan serangan. Aku rasa Italy takde masalah untuk melepasi saingan kumpulan, mungkin tentangan paling kuat datangnya dari Belanda yang mempunyai penyerang hebat seperti Ruud Van Nistelrooy.
Pasukan Sepanyol aku perhatikan mempunyai barisan serangan paling mantap untuk EURO kali ni, aku jangkakan David Villa dan Fernando Torres akan menjadi duri dalam daging bagi setiap pasukan yang mereka tentang.
Belanda juga seperti Sepanyol, agak mantap disemua posisi. Aku nak sangat tengok bola sepak “total football” Belanda ni, yang pernah terkenal satu ketika dulu. Kalau diorang boleh main “total football”, aku rasa Piala Eropah tahun ni Belanda yang punya.
Akhir sekali pasukan pilihan terakhir aku adalah German, pasukan ni aku perhatikan cukup ramai pemain muda dan berpengalaman. Kebanyakannya pemain sama yang bermain untuk Piala Dunia 2006 lalu. Pasukan ni paling mantap di bahagian tengah, aku suka tengok diorang main. Dengan rembatan-rembatan jarak jauh, yang aku rasa dah jadi trademark bola sepak German.
Em… aku rasa mungkin ramai tak setuju dengan analisa aku ni.
Lantaklah, kalau korang nak, korang buat sendiri la.

Dalam banyak-banyak pasukan bertanding, aku jangkakan Italy bakal bergelar juara! Sebab aku die-hard-fans Italy.
Mesti la yang menang pasukan pilihan aku sendiri huhu…
Tapi ini jangkaan aku sahaja, pasukan-pasukan lain seperti Greece (juara bertahan), Portugal (finalis 2004), Perancis, Turkey, Croatia serta pasukan-pasukan lain masih mampu membuat kejutan seperti yang berlaku pada edisi lalu.
Kalau korang minat bola, terutamanya untuk Piala Eropah ni. Aku nak jemput korang main Fantasy Football. Ha, barulah kita boleh beradu “kekuatan”, knowledge dan kepakaran, selain sedikit nasib…
Korang boleh daftar di sini Pendaftaran pasukan, korang boleh pilih 12 orang pemain sahaja (belanjakan wang 100 Euro tu dengan bijak). Apa yang korang perlu buat adalah.
1. Daftar
2. Pilih Jersey
3. Pilih pemain
4. Tentukan Formasi.
Lepas korang dah siap semuanya, klik bahagian Leagues kemudian masukkan kod ni 121061-18934
Nanti korang akan masuk dalam liga yang aku create ni, buat masa ni takde hadiah la. nanti kalau ada sponsor mungkin aku akan bagi hadiah untuk pemenang.
Perkara tu aku akan bagitau nanti. Anyway kalau korang terror, penganjur sudah sediakan hadiah.
Selamat berjuang!









Macam best je nie..hehe
[reply this comment]
slm bro, team aku mmg italy ngan germany,hehehe..:) mintak2 diaorg menang..:)
[reply this comment]
Dauz - Join jela, free je pon.
jgn lupe ajak kawan2 ko ek…
Acai - Italy jgk ke Acai? Mesti ko suke kaler birukan?
[reply this comment]
hahahaha…dah lama aku tak tgk bola sejak pmr..huhhuu..pe citer skrng??dah lama tak tgk le..
[reply this comment]
emme reply on June 4, 2008:
Ape susah, internet kan ada… tengok je la bola kat situ.