Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


Salam semua, moga2 semua sihat hendaknya.

dua-pemimpin-melayu

Aku baru dapat tahu mengenai berita Dr Mahathir aka Chedet keluar dari Parti Keramat UMNO selepas menonton siaran berita Buletin 1.30 TV3 tadi. Dalam berita TV3 tu cakap, Tun Dr Mahathir keluar dari UMNO dan menyeru para penyokongnya juga mengikut jejak langkahnya keluar dari parti UMNO. Cuma Tun Dr Mahathir melarang mereka yang keluar dari UMNO menyertai mana-mana Parti Pembangkang.Kenapa Tun Dr Mahathir sanggup buat keputusan macam tu ye? Sedih aku, selepas lebih 40 tahun Tun Dr Mahathir berjuang dalam UMNO tapi hari ini beliau buat keputusan yang cukup drastik ini… Aku harap tiada perpecahan di dalam UMNO, dan keseluruhan masyarakat Melayu khususnya, kerana UMNO adalah Parti Utama Bangsa Melayu (selepas PAS Parti Islam Se-Malaysia). Dan aku yakin UMNO masih relevan, selain aku percaya UMNO lah satu-satunya Parti yang dapat melindungi bangsa Melayu buat masa ini…

Berita dari Utusan Online pula, Tun Dr Mahathir akan terus berada di luar Parti UMNO selagi Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengepalai UMNO. Kenapa begini Tun??

Kita tunggu surat rasmi daripada Tun, yang akan diserahkan kepada Setiausaha Agung Parti dalam tempoh terdekat ini…

Berita-berita lain yang terkini:

UMNO sedih dengan tindakan Dr. Mahathir - Mattaib

UMNO Perlis rayu Tun Mahathir timbang semula

Ahli-ahli UMNO diminta bertenang

DAP terkejut Dr. Mahathir keluar UMNO

Pemimpin UMNO Johor terkejut Dr. Mahathir keluar parti

Duri dalam daging sudah terkeluar - Musa Hitam

Abdullah tak sangka Dr. Mahathir keluar UMNO

Tun Mahathir diminta tarik balik keputusan

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “Berita Gempar : Kenapa Dr. Mahathir Mohamad (chedet) Keluar dari Parti UMNO?”

  1. 1 titan

    adakah TUn keluar UMNO tandanya Tun tidak setia? Aku rasa tidak..

    [reply this comment]

    emme reply on May 24, 2008:

    Sape cakap tak setia tu…? Tun ni genius orangnya, dia paham dan tahu setiap perkara yang dilakukannya…

    Dan yang paling penting dia buat ni semua tidak berlandaskan harta dan kuasa, tapi berdasarkan apa yang tak betul berlaku pada UMNO…

  2. 2 ZAKRI

    saya anak malaysia ..menyokong penuh apa saja tindakan yang dilakukan oleh bekas perdana menteri dr.m semasa beliau memegang jawatan PM malaysia…biarlah apa setengah hamballah yang bodoh dan bachul nak kata kat beliau… DR.Mahathir i luv yours managment and leader ship.

    [reply this comment]

    admin reply on April 23, 2009:

    Saya sayang Dr.M juga! :D

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin