Selamat Hari Bumi Sedunia - 22 April 2008
Published April 29th, 2008 in Informasi, Isu semasa, Science, Umum
Salam semua, kabare waras?
Pandai-pandai la jawab sendiri ye, kalau tak paham tanye orang yang paham…
Korang sedar tak, pada 22hb April 2008 yang lalu “kita” telah menyambut Hari Bumi? Korang sedar tak ni? Atau buat-buat tak tau jer…? Jangan cakap tak tau, sedih aku
Takkan kita yang duduk kat dunia yang sementara ni tak tau Hari Bumi bila? Aku sendiri pun baru tahu Ahad lepas bila baca surat khabar Metro, pelik jugak aku kenapa sambutan Hari Bumi ni kurang dapat liputan? WHY?!
Sedangkan bumi ada satu saja, kalau habis bumi habislah kita, kiamatlah kita. Saban hari bumi tercemar, korang tak rasa pape ke? setiap hari bumi semakin tua, dan berpenyakit angkara sifat rakus makhluk bernama manusia… Jika hari ni kita seronok hidup, memandu kenderaan, ke tempat kerja, makan angin, tengok wayang dan sebagainya. Tapi kita pernah fikir ke? Mungkin 40 tahun, atau 50 tahun akan datang keturunan kita tak kan dapat merasai apa yang kita rasai sekarang?

Apa yang kita semua boleh lakukan bagi mengurangkan “kesakitan” bumi ni? kitar semula? guna basikal sebagai pengangkutan utama? Macam-macam cara kita boleh buat… korang tau tak? 34kg kertas terbuang yang dikitar semula dapat menyelamatkan sebatang pokok!
Ah, korang masing-fikirlah sendiri. Aku buat post ni untuk mengingatkan korang jer… Sekurangnya kalau korang sudah membaca post ini sudah tercapai hasrat aku untuk mengingatkan korang, BUMI kita hanya ada satu!
p/s: Tengah aku sedap2 fell menaip artikel ni, tiba2 ada budak laki mengamuk masuk CC ni nak main game. Kesian mak, dan abang dia malu… nasib sudah berambus, kalau aku yang layan memang dah kene humban keluar. ![]()









Hoho. Hari Titan Sedunia ada tak?
[reply this comment]
admin reply on May 1, 2008:
Sape cakap takde? ada la… sebelum ko lahir dah ada orang buat sambutan special untuk ko “Titan Day”.
Tak caye tengok ni http://tinyurl.com/3u9ksm