I’m A Treasurer - Patatasz Return
Published April 22nd, 2008 in hobbies, UmumSalam semua! Selepas dua hari (19 & 20 Apr) aku berada di Melaka Bandaraya Bersejarah, campur satu hari semalam kerana penat yang tak kebah lagi. Akhirnya hari ni dapat jugak aku menulis kat blog kesayangan aku ni.
Dapat jugak aku melepaskan gian untuk menulis…
Apa kena mengena “Patatasz Return” dengan cerita aku di Melaka tu? Korang boleh agak ke?
Sebenarnya aku menyertai pertandingan Mencari Harta Karun, yang dianjurkan syarikat tempat aku bekerja. Tahun ni adalah tahun kedua aku menyertai pertandingan ni, pengalaman yang aku perolehi memang cukup banyak dan amat bernilai bagi aku. Walaupun terpaksa mengharungi perjalanan selama 8 jam, tapi aku berasa cukup puas!
Act. kalau pergi Melaka dari tempat aku ni ambil masa 1 jam setengah ke dua jam saje, tapi hari tu tempoh perjalanan yang diharungi lebih panjang kerana terpaksa menyelesaikan “task” yang di beri.

Pertandingan ni bermula di Wisma Lion (tempat keje aku la ni), dan tamat di Pusat Kanak-kanak Terencat Akal Bahagia, Taman Anggerik, Klebang Kecil, Melaka. Ketika berada di rumah kanak-kanak terencat akal tu, sempat juga aku melawat “penghuni” di situ. Aku berasa cukup insaf dan tersentuh melihatkan nasib kanak-kanak tersebut. Mereka di tinggalkan di situ kerana keluarga mereka tidak sanggup untuk memelihara mereka. FYI terdapat kira-kira 40 kanak-kanak yang kurang bernasib baik tinggal di situ, dan perbelanjaan untuk menampung keperluan seharian mereka adalah sebanyak RM22,000 setiap BULAN termasuk kos perbelanjaan makanan, susu, perubatan, dan sebagainya. Kalau korang bermurah hati untuk menderma boleh hubungi mereka melalui emel ni, pkktab_happiness[at]yahoo.com. Atau Hotline : 06-336 4561.
Kalau aku nak cerita dari mula sampai habis perjalanan aku dari Banting ke Melaka memang tak cukup aku nak cerita kat sini, cukuplah aku kongsikan pengalaman aku mengunjungi Pusat Kanak-kanak Terencat Akal tersebut.
Kalau korang berpeluang menyertai program seperti ini, aku galakkan korang sertainya. Syok habis!
“Patatasz Return” adalah nama kumpulan aku ketika menyertai pertandingan ni, unik tak nama tu? Act. nama tu kitorang ambil dari nama yang kitorang pakai tahun lepas “Patatasz Ichiban”, cuma Ichiban tu kitorang tukar untuk memberi nafas baru kepada nama tersebut.
Dan nama tersebut mungkin membawa tuah kepada kitorang, kerana tahun ni kitorang menduduki tempat ke-tujuh daripada 37 penyertaan. Nak kata hebat tu tidaklah, sekurang-kurangnya kitorang memperbaiki kedudukan ke-18 yang kitorang dapat pada tahun lepas. Team Patatasz di anggotai oleh aku sendiri, Bacha(tiger), Lan(Ahseng), dan Kecik(draco).
Pengalaman aku di Melaka memang best, cuma yang rasa lain sikit bila berada di tengah-tengah pusat bandar Melaka. Jalan yang aku lalui di situ semuanya adalah laluan sehala, kekok juga mula-mula aku masuk situ, konfius pun ada. Tapi lepas tu semuanya ok.



Korang tengoklah sendiri gambar-gambar yang aku ambil semasa, dan selepas pertandingan tersebut. Bak kata pepatah, “gambar memberikan seribu pengertian“.
Aku harap korang seronok dengan cerita aku ni, almaklumlah aku ni bukannya pandai sangat bercerita… Sikit-sikit tu boleh la.
p/s : Yuran penyertaan yang aku bayar untuk menyertai pertandingan ni RM50 je, murahkan? Dengan yuran RM50 tu, setiap pasukan dapat Voucher minyak Petronas RM20, menginap satu malam di Hotel Mahkota, Melaka(termasuk sarapan), dan makan malam di Umbai Laut.
p/p/s: Kalau belum Download lagi, jangan lupe untuk download Panduan Download Rancangan Popular TV3 dan 8TV sekarang! tapi kena ada software VLC, kalau belum ada boleh download sekarang, sudah download install di komputer korang.










first time aku lepak sini.. hehe..
thnks 4 visiting..
[reply this comment]
admin reply on April 22, 2008:
hehe, thanks gak singgah sini
p melaka tak ajak pun..hehe..patatasz?unik name tu..
[reply this comment]
ko naik tak menara taming sari tu?
[reply this comment]
lain kali ajak aku lak k..
kompem boleh dapat no 1..
huhu..
[reply this comment]
sepanjang hidupku ini, hanya sekali je sampai Melaka..tu pun sekejap je..Melaka best. Tahniah dapat no.7..tahun dpn sila ejas dapat no.1..
[reply this comment]
hafifi : Patatsz=kentang
Syamsulariff : Boleh naik ke menara tu? aku tak tau plak…
Menteil : ko orang Melaka ke menteil?
Kooren79 : Act target tahun ni jadi Johan, tapi apakan daya. Saingan tahun ni boleh tahan sengitnya.
[reply this comment]