Domain & Hosting by

Kupon: Taip "diskaun"


somno-guard

Salam semua, selepas di TAG oleh Titan pada minggu lepas. Hari ni aku nak kongsi dengan korang mengenai satu alat yang diberi nama Somno Guard. Ape kejadahnya Somno Guard ni ek? Actually Somno Guard ni dicipta oleh seorang Profesor yang berasal dari Jerman yang berfungsi sebagai alat “mengubati” masalah berdengkur, agak2nya kenapa Profesor tersebut beria2 sangat nak cipta benda ni ye? Adakah kerana dia sendiri kuat berdengkur, atau pun tidak tahan dengan jirannya yang kuat berdengkur? :) heheMungkin jugak hipotesis aku ni betul, tapi fakta yang sebenarnya adalah dianggarkan 30 juta orang penduduk Jerman mengalami masalah berdengkur. Setakat ni fakta dari Jerman yang aku tahu, kalau kat Malaysia ni aku tak taulah berapa ramai yang berdengkur sebab aku rasa belum ada yang buat kajian di sini. Korang berdengkur tak? Kalau korang berdengkur baik berhati-hati, sebab ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain pulak seperti sakit jantung dll.

Antara Faktor2 yang menyebabkan berdengkur:
1. Berat badan yang berlebihan
2. Mengambil makanan pada lewat malam
3. Makan terlalu banyak





Ada satu istilah “Sleep Apnea” untuk orang berdengkur (di anggarkan 2% orang yang berdengkur mengalaminya), ia adalah satu tahap di mana nafas akan terhenti untuk tempoh seminit hingga seminit setengah. Kerana itu, ada diantara mereka yang berdengkur ni akan terbatuk2 ketika sedang nyenyak tidur. Teruk jugak ye masalah berdengkur ni? kalau nasib tak baik boleh terus “gol”.

Memperkenalkan Somno-Guard:

rupa-somno-guardIa dihasilkan dengan sejenis plastik yang sangat fleksibel, cara penggunaannya pun senang je. Hanya perlu rendam Somno Guard dalam bekas yang mengandungi air panas, biarkan untuk seketika dan terus boleh dipakai di bahagian gigi bawah. Sesuaikan pemakaian dalam mulut korang, biar selesa. Senang jekan? Tiada lagi masalah berdengkur membelenggu diri anda selepas ini :) InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no ni 03-7954 3622

p/s : Saya sebagai penulis tidak ada kepentingan dalam penghasilan artikel ini, hanya sedikit perkongsian untuk anda yang mempunyai masalah berdengkur. Semoga bermanfaat. :D

Related Posts with Thumbnails

12 Responses to “Somno Guard Untuk Anda Yang Kuat Berdengkur (Stop Snoring Devices)”

  1. 1 titan

    waa..menarik. mana nak dapat? harga berapa? jual kat e-bay laku nih..

    [reply this comment]

  2. 2 admin

    Kat atas tu aku ada letak no dia titan, aku pon tak pernah terfikir nak jual kat ebay… :)

    pekate ko call no tu… 03-7954 3622. benda ni masih amat2 baru, kat Malaysia lagilah baru sangat2…

    [reply this comment]

  3. 3 Afzai Afandi

    Tuan blog..aku tambah lagi satu faktor berdengkur iaitu kerana badan terlalu letih dek keje2 yang banyak pada siang hari :)

    Memang leh laku produk ini terutamanya untuk pendengkur cuma dari konteks bisnes..ianya hanya dibeli sekali jer dan tidak ada repeat use.

    p.s. produk utk mengingau belum ada lagi ekkk :)

    [reply this comment]

    admin reply on April 1, 2008:

    Haha… betul gak tu, penat bekerja. Mcm biase jer… :)

    Tentang repeat sale tu aku belum wat research lagi, setakat yang aku tau biasanya produk kesihatan ni ada satu tempoh untuk menggunakannya. Spt berus gigi yang perlu di tukar setiap 3 bulan, injection digunakan sekali dan sebagainya.

    Bagi aku masih ade prospek utk berkembang. :) Kalau search kat internet pun masih tak byk artikel tentang produk ni.

  4. 4 admin

    Updated info terbaru 01/04/2008, selepas siri bercakap dengan Jin :P

    SomnoGuard ada dua jenis:

    1. Somnoguard 2.0 RM300.00 (ada gig baru boleh pakai)
    2. Somnoguard A.P RM780.00 (untuk orang takde gigi)

    Maklumat lanjut boleh dapatkan di sini:

    http://panmedic.com.my :D

    [reply this comment]

  5. 5 syamsulariff.com

    aku kaki dengkur..haha..kena beli nie

    [reply this comment]

    admin reply on April 2, 2008:

    Beli je la, bukan mahal sangat pon nak dibandingkan dengan bunyi dengkuran ko tu… :D haha

    Nanti mane tau, siap ko boleh jual lagi kat kawan2…

  6. 6 deennasour

    ingatkan ni utk tahan gigi masa main ragbi tu..
    tak pun main boxing~

    [reply this comment]

    admin reply on April 4, 2008:

    Apeda deen… :P

    Tapi kalau nak pakai utk ragbi pon ble pe. :D

  7. 7 starwalker

    org kata kalau dengkur kuat maksudnya mudah kena sakit jantung :(

    [reply this comment]

    admin reply on April 4, 2008:

    Act. berdengkur ni barsangkut-paut dengan masalah kesihatan.

    Kalau nak tau kita berdengkur atau tak, biasanya orang berdengkur mesti ada berat badan berlebihan seperti yang aku nyatakan kat atas tu. :)

    So, kena byk bersenam la kalau nak dapat berat ideal.

  8. 8 Mei

    Hello Hi. Apa Khabar semua? Diharapkan baik, sihat dan cergas.

    Untuk pengetahuan yang selanjutnya berkenaan SomnoGuard, sila layari www.panmedic.com.my dan untuk pengetahuan mengenai cara membuat acuan, rujuk pada video klip yang pendek. Saya harap dengan memberi serba sedikit butir mengenai alat mandibular advancement SomnoGuard, semoga ada yang mengalami masalah berdengkur dan apnea tidur dapat meningkatkan tahap kesihatan.

    Terdapat 2 jenis SomnoGuard iaitu SomnoGuard 2.0 dan SomnoGuard AP. Kedua-duanya berfungsi untuk menggerakan rahang bawah kehadapan dan menetapkan keadaan rahang sedemikian sewaktu tidur, dan meluaskan ruang pernafasan atas sewaktu tidur. Ia tidak memberi kesan sampingan dan selamat untuk digunakan.
    Apa perbezaan antara keduanya?
    SomnoGuard 2.0 boleh digunakan sehingga jangka hayat anggaran setahun. Ini disebabkan alat tersebut diperbuat dari 100% Thermalplastic, sekeping alat MAD dimana keadaan plastik tersebut bertindakbalas kepada dedahan haba atau dingin. Mengikut kajian yang telah dibuat oleh pihak Jerman, jangka hayat adalah berdasarkan piawaian perubatan.
    Alat ini diacuan mengikut bentuk rahang dan gigi pemakai sebelum digunakan, dengan merendamkan alat tersebut didalam air panas sahaja (yang telah dibiarkan mendidih buat seketika) tetapi bukan memasaknya. Sepertimana yang diterangkan dalam catatan ulasan Titan. Kemudiannya masukkan dalam mulut dan buat acuan dan biarkan selama 30 saat. Pastikan acuan dibuat adalah padat, mendalam dan mendakap pada gigi. Kemudiannya tanggalkan dari mulut dan rendamkan alat tersebut kedalam air sejuk selama 2 minit. Itu sahaja … senang dan siap boleh dipakai.
    SomnoGuard AP pula, boleh digunakan sehingga anggaran 2 tahun selepas acuan dibuat. Ia juga lebih selesa dipakai dan membenarkan gerakan rahang secara mendatar sewaktu tidur mengiring. Alat ini 2 kepingan yang berasingan dan dicantumkan menjadi sekeping melalui saluran ā€˜C’. Alat ini boleh dibuat acuan semula sehingga sepuluh kali dalam jangka hayatnya. Tahap dan kedudukan kepingan rahang bawah boleh dialih selepas acuan dibuat untuk penyesuaian masing masing.

    Harap matlumat tersebut dapat membantu semua yang ingin mengatasi masalah berdengkur dan juga masalah apnea tidur.

    Terima Kasih.

    Mei :-)

    Nota: Masalah berat badan adalah salah satu sebab dan biasanya dikaitkan dengan masalah berdengkur. Tetapi berdengkur boleh disebabkan oleh tisu lembut dalam mulut dalam keadaan rilek berkendur sewaktu tidur atau dari peningkatan umur dimana tisu lembut kurang teguh dan mengendur,lalu menghalang ruang pernafasan.

    [reply this comment]

Leave a Reply





Inginkan artikel terbaru? Daftarkan emel anda dalam kotak di bawah:

Join My Community at MyBloglog!
TwitterCounter for @mohea

Delivered byFeedBurner

Archives

3K2 theme by Hakan Aydin