Tragedi Hidup Seorang Genius - Sufiah Yusof Kini Seorang Pelacur
Published March 31st, 2008 in Sufiah yusof, Isu semasa, Umum

Jika korang tak kenal siapa Sufiah Yusof ni, biar aku perkenalkan serba sedikit latar belakang gadis ini. Sufiah Yusof suatu ketika dahulu pernah menggemparkan dunia apabila layak memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun, dia merupakan seorang kanak-kanak pintar matematik sama seperti adik Adi Putra. Entah apa masalah yang membelenggu keluarga Sufiah ni ramai yang tak tahu, tapi selepas 3 tahun melanjutkan pelajaran di Universiti Oxford iaitu pada usia 15 tahun Sufiah pernah melarikan diri. Dia hilang begitu saja, sebelum di jumpai semula di sebuah cafe internet di Bournemouth. Seterusnya dia kembali ke Oxford untuk menyelesaikan pengajian matematik peringkat sarjananya. Pernah berkahwin pada tahun 2004 ketika berusia 19 tahun dengan seorang peguam pelatih, Jonathan Marshall, 24, tapi rumah tangganya hanya mampu bertahan selama 12 bulan saja. Bapanya Yusof Farooq berasal dari Pakistan, manakala ibunya Halimahton berasal dari Muar, Johor.Tetapi siapa Sufiah Yusof sekarang? Sufiah a.k.a Shilpa Lee (nama samaran) sekarang tidak sama seperti Sufiah 11 tahun dahulu, kini dia merupakan seorang pelacur murahan yang menawarkan khidmat seks dengan harga 130 pound (RM830) setiap kali melanggan khidmatnya. Ini merupakan satu kisah sedih bagi diri aku, dan seluruh umat Islam khususnya. Aku mengikuti perkembangan Sufiah ni sejak awal lagi, kerana kagum dengan kepandaiannya, lagi pun dia tua setahun je dari aku. Apa yang menjadi punca yang membuatkan Sufiah berubah menjadi sebegitu dengan bergelumang dalam lembah penghinaan?
Walaupun dia boleh menjadi seorang yang kaya raya dengan kebiksanaannya, tapi kenapa dia memilih jalan hina ini? Aku memang cukup sedih dengan berita mengenai Sufiah ni, adakah ibu bapa Sufiah yang bersalah dalam hal ni? Aku pun tak nak tuduh sebarangan, tapi pertama kali Sufiah melarikan diri dulu. Dia cakap, kehidupan yang dia alami bersama bapanya “seperti neraka”! Apa maksud Sufiah ni?
Untuk pengetahan korang, bapa Sufiah iaitu Yusoof Farooq merupakan seorang pesalah seks. Dia telah dihukum penjara selepas melakukan kesalahan serangan seksual ke atas dua gadis beruisa 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya. Adakah Sufiah juga adalah mangsa kerakusan seks bapanya sendiri? Adakah sejarah hitam lalu yang menyebabkan Sufiah jadi begini? Hanya Allah saja yang tahu.
Ketika artikel ini ditulis, adakah Sufiah masih lagi bergelumang dengan maksiat dan dosa? Aku harap sangat dia sudah sedar dengan kesilapan yang dilakukannya, marilah kita semua berdoa supaya Sufiah dapat kembali ke pangkal jalan. Aku harap adalah pihak yang dapat membantu Sufiah kembali ke pangkal jalan, terutamanya dari keluarga sebelah ibunya yang tinggal di Muar, Johor.
Semoga tragedi sedih ini tidak berulang.
p/s : Artikel ini bukan untuk memalukan Sufiah dan keluarganya, hanya sebagai renungan kita bersama.









ehm..entahlah. susah aku nak cakap. Kekadang, macam2 boleh jadi dunia hari ni.
[reply this comment]
emet reply on April 1, 2008:
Aku harap Sufiah ni dapat balik ke pangkal jalan…
Update terbaru 02/04/2008
Sumber Utusan Online
Sufiah keliru — Bekas suami
LONDON 1 April – Sufiah Yusof yang pernah menggemparkan dunia kerana berjaya memasuki universiti pada usia 13 tahun, dikatakan keliru dengan apa yang diingini dalam hidupnya.
Setelah akhbar mendedahkan kisah memalukan apabila dia kini terpaksa menjadi pekerja seks menyara hidup, ia turut menjadi episod terakhir kepada perkahwinan ibunya, Halimahton.
Wanita itu semalam meninggalkan kediaman keluarganya di Coventry bagi menguruskan penceraian dengan suaminya, Yusof Farooq.
Rumahtangga mereka bergoncang selepas suaminya dipenjarakan kerana melakukan gangguan seksual terhadap dua gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai tutor persendirian.
“Kami tidak mahu dikaitkan lagi dengan ayah. Dia selalu bertindak kejam terhadap kami dan ini juga merupakan alasan utama kenapa Sufiah melarikan diri,” kata abang Sufiah, Isaac Abraham, 26.
Kira-kira 10 tahun lalu, Yusof mendakwa dia telah memperkenalkan sistem yang dipanggil “Hothousing” iaitu teknik pembelajaran insentif melalui tutor peribadi.
Mereka yang menjadi bahan uji kaji adalah kelima-lima anaknya.
Paling penting keadaan di rumahnya sentiasa terkawal bagi memastikan tumpuan mereka tidak terjejas.
Televisyen, muzik pop dan perkara lain yang boleh menggugat pemikiran mereka adalah dilarang dan bagi Yusof, udara segar sangat penting untuk menjana fikiran cerdas.
“Namun tumbukan juga membantu kami,” ujar Isaac.
Menurut pemuda itu, semuanya terpulang kepada mood bapanya keran ada ketikanya Yusof akan mengejutkan anak-anak di tengah malam dengan menumbuk muka mereka.
“Perkara itu sangat sukar diterima,” kata Isaac.
Yusof yang lahir di Pakistan menggelar dirinya sebagai seorang yang berkebolehan luar biasa dan dia mendapat publisiti apabila Sufiah berjaya masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford.
Dia mendakwa kejayaan anaknya itu adalah hasil keberkesanan sistem yang dibangunkannya dan bukan kerana Sufiah seorang pelajar yang bijak.
Yusof menjanjikan lebih ramai ‘Sufiah’ akan lahir dan gadis itu seolah-olah model kepada sistemnya itu.
Tekanan akhirnya membuatkan Sufiah memberontak dan melarikan diri dari Oxford pada tahun 2000.
“Saya tertekan dengan kehidupan selama 15 tahun yang penuh dengan penderaan fizikal dan emosi,” kata Sufiah yang mengaku cuba membunuh diri sebanyak dua kali sewaktu berusia 11 tahun.
Sufiah kembali ke Oxford bagi menyambung pelajarannya namun usahanya kini semakin terpinggir setelah bertemu dengan seorang pelajar undang-undang, Jonathan Marshal yang kemudiannya memeluk Islam.
Mereka berkahwin pada 2004 sewaktu Sufiah berusia 19 tahun dan suaminya itu 24 tahun.
Jonathan yang kini bertugas di sebuah firma guaman terkemuka di Arab Saudi berkata, alasan utama perpisahan mereka ialah kerana dia semakin fokus dengan pelajaran tetapi Sufiah pula sebaliknya.
“Ini telah mengakibatkan dia semakin hilang arah dari sasaran sebenar. Ajaran Islam adalah penting dalam kehidupan harian dan apabila kita beralih arah ia akan menjadi isu yang sukar ditangani.
“Dia berasa keliru dan tidak tahu apa yang diinginkan.
“Dia bukanlah seorang yang aneh dan tidak sukar untuk hidup dengannya tetapi kami mempunyai matlamat dan pemikiran yang berbeza,” kata Jonathan.
Lelaki itu mendapat kerja di sebuah firma di London sebelum dihantar ke Singapura dan dia turut membawa Sufiah bersamanya.
Pasangan ini berpisah ketika di Singapura dan sekembalinya ke London, Sufiah mendaftarkan diri di Universiti London dalam jurusan ekonomi.
Menurut Jonathan, dia masih menanggung Sufiah selama lapan bulan selepas mereka bercerai dan sebelum dia dihantar ke Arab Saudi.
“Saya bersetuju untuk menanggung perbelanjaannya bagi tempoh masa tertentu kerana berasa bertanggung jawab dengan impiannya melanjutkan pelajaran di universiti,” katanya.
Menurutnya, pendedahan mengenai kerja Sufiah ketika ini sangat mengejutkannya kerana latar belakang agama wanita itu.
– Agensi
Lain2 artikel:
1. http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/BeritaUtama/20080401231505/Article/index_html
2. Kempen Selamatkan Sufiah
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm
[reply this comment]
admin reply on April 7, 2008:
info terbaru tentang Sufiah.
http://www.anorak.co.uk/tabloids/182744.html